11 August 2015

PENULIS TAMU : KISAH SEORANG MADU EPISOD 1

Assalamualaikum, 

Entry pertama sebagai penulis tamu di blog Naura ni.

Menulis sekadar untuk meluahkan rasa

Tapi sebaik mungkin untuk 'tapis' rasa tu
tak semua lulus unuk perkongsian secara umum

tak pandai mengarang pun

Tiada syarat untuk tulisan ini..panjang pendek,

sebulan sekali, seminggu sekali atau hari-hari atau tidak langsung?

oh tiada langsung tu , no no..marah pulak kang kak aya 

Untuk yang pertama , selalu kena ringkas je kan. 

Pengenalan la katakan. 

Nak cerita apa ek? 

Ok, kita cerita tentang diri sendiri. 

Panggil Kak Hani je, umur 45 ,

tempoh perkahwinan menghampiri 25 tahun, 
tempoh 'berkongsi' hampir 15 tahun. 
Mempunyai sepasang cahayamata perempuan,

seorang baru saja menerima Ijazah, seorang lagi akan menduduki SPM tahun ni. 

Berkerja sebagai Pegawai di sebuah syarikat swasta. Lulusan SPM . 

Orang 'di sana' lulusan Ijazah Teknologi Maklumat. 

10 tahun lebih muda . 

Kak Hani dan suami sebaya. 

Apa lagi ye? 

Sangat gembira saat ini kerana anak-anak dah besar, 

kerjaya pun dah stabil , 
masa bersama anak-anak adalah masa emas kami. 

Suami agak sibuk dengan anak-anak kecik di rumah "sana". 

Kak Hani mendapat tau diri mempunyai  "rakan kongsi" selepas hampir setahun dikongsikan. 

Hmmm perasaan ketika itu? 

Jumpa di entry akan datang ye. 

Sekian 

1 comment:

  1. Salam kak hani...
    Dalam pahit bermadu 15 tahub dah ye kak? Ank2 dah besar, kerjaya akak pin dah ditahap selesa. Mungkin itu nikmat besar yg akk kecapi utk mengubati luka dihati

    ReplyDelete