12 August 2015

PENULIS TAMU : KISAH SEORANG MADU EPISOD 2

Bertemu lagi 

Apa perasaan kita kalau barang kesayangan kita diambil orang senyap-senyap dan barang itu sememangnya berat untuk dikongsi?

Itu lebih kurang la perumpamaan yang kak hani nak gambarkan apa yang kak hani rasa.

bukan maksud suami tu seperti barangan.

bukan.

tidak sama sekali.

apa yang dihighlightkan  sesuatu yang disayangi dan seboleh  mungkin ingin jadikan hak mutlak.

sendiri jawab dalam hati bagi persoalan ini ye.

sangat menipu andainya jawapannya tidak sedih, tidak kecewa.

tipu sesungguhnya tipu.

saat kali pertama tau berita itu, seakan langit menghempap kepala.

memang sekeliling boleh menasihatkan sabar,sabar, sabar

namun sesungguhnya saat itu bukan itu yang ingin didengari oleh 2 telinga ini.

ntahlah jangan ditanya apa yang kak hani mau dengar saat itu

pujukan yang sebagaimana kah

semuanya milik Allah - ini nasihat keramat yang kak hani sedarkan diri kak hani daripada kesedihan
kedukaan
kekecewaan yang tiada penghujung

segalanya milik Allah
tiada yang kekal
tiada yang abadi

satu tamparan kepada diri sendiri
lupakah pergantungan kepada Allah 
hingga kan seperti tiada daya upaya setelah mengetahui 
dia telah memilih insan lain untuk berkongsi kasih.

hingga kini
berbelas tahun berlalu
tidak ketahui 
apa sebab
apa asbab
kak hani dimadukan.

pasti ada sebab
cuba belum terungkai

sedar setiap insan miliki kelemahan.
mungkin sebab itu la 
dia perlukan yang lain
untuk merasa lebih hebat.

Sekian.

maaf andai tersilap bicara.

1 comment:

  1. Bergenang air mata saya baca kak hani. Apa lah ayat yg mampu kita pujuk hati yg remuk selain segalanya dari Allah tiada yg kekal. Akk sangat kuat. Saya kagum berbelas tahun kak hani mampu bertahan. Moga syurga buat segala pengorbanan kak hani ni

    ReplyDelete