13 August 2015

PENULIS TAMU KISAH SEORANG MADU EPISOD 4

Baru meletakkan noktah pada papan keyboard 
..dah bersambung lagi ceritera kita.

Hari ni bercuti hoii gembira update blog
Kak Aya bagi ruang untuk Kak Hani lepaskan 
segala rasa

Alaa Kak Aya, dah tak ada rasa dah kot
rasa nak makan je 
sebab tu badan pun makin kembang

opsss cakap pasal kembang ni
rasanya badan yang kembang pun boleh jadi asbab
untuk menerima madu opssssss

Kak Hani jenis berbadan berisi sikiiit je.
Bukan sebab tu kot kena madu hi hi

Dah tanya pada sang suami
Diam pulak dia
Malas dah haihh nak tanya-tanya
Dia pun dah ada anak 4 dengan orang sana

Ok mungkin dia sukakan anak yang ramai
Dengan Kak Hani dapat 2 je
Hmmm kenapa abang tak cakap nak anak ramai?
Kalau tidak kita boleh usahakan sungguh-sungguh
biar tiap tahun kita menambah cahaya mata

Ok persoalan jodoh tu satu bab
Permulaannya mesti ada asbab

Pada awal -awal dulu
memang jenuh la kak hani ni belek
telek sana sini 
mencari kelemahan diri
bagi kita cari makin banyak la kita jumpa

Hikmahnya, kita pasti makin dekat dengan Allah
pastinya.
Itu yang sangat Kak Hani syukuri
Kalau pun ada yang sudi mendengar luahan kita
pasti ada satu hari dia pun bosan mendengarnya
Tapi Allah sentiasa ada untuk hambaNYA.
Mengadu pada dia tanpa henti
Menangis hingga kering airmata
Tiap kali giliran suami di sana

Muhasabah diri
Jangan ikut rasa sakit
walaupun kak hani sendiri
ikut rasa tu 
sebab memang susah nak hapuskan

eh nanti sambung lagi la...kata hari ni bercuti


p/s: kalau ada yang sekapal dengan kak hani, nak share cerita yang sama
boleh email kepada rohayayusof73@gmail.com
nanti kak hani balas guna email yang sama ye.

kak hani boleh sediakan 2 telinga dan bahu kak hani ye.


No comments:

Post a Comment