JOM SEMBANG

Assalamualaikum

Alhamdulillah kak aya gembira sebab kak hani kita dah mula menulis untuk blog kak aya ni...bernyawa la sikit blog ni.

Kak Aya tak ada tetapkan sebarang dateline kepada kak hani untuk memberi bahan penulisan beliau...cuma kak aya ada warning dia, make sure tiap minggu ada 1 entry!

Haa konon tak tetapkan dateline tp awal-awal dah bagi amaran hi hi....

Kak Aya tak nak ulas cerita kak hani ..apa-apa nak share dengan kak hani, nak tanya pengalaman dia ke, perasaan dia ke, boleh emailkan ke inbox kak aya ye

rohayayusof73@gmail.com

Kak Aya akan terus forward setiap emel kepada kak hani tetapi tang jawapan daripada kak hani , itu kena ikut kesesuaian masa dia.

Dia akan jawapan di dalam bentuk entry ye! Jadi senang la orang lain dapat membacanya sekali.

************************************************************************************************************

Syawal dah pun menemui titik akhir. Kak Aya tak ada ke mana-mana open house pun tahun ni..eh tipu...ada hantar Ucu ke Open House Islah Dialysis dan kak aya join makan jugak. Makanan memang banyak disediakan tapi kak aya cuma jamah laksam je hari tu.

Ada jemputan daripada sahabat-sahabat tapi terpaksa di tolak kerana ada hal-hal keluarga yang tak dapat dielakkan ...

Tahun ni tahun yang agak murung, sebenarnya bukan la murung macam mana, kak aya dan anak-anak macam biasa je tapi suami memang agak terkesan dengan pemergian arwah abah.
.Insyaallah dah makin ok nampaknya situasi dia, tak ada la nak memerap sangat dah...yang pergi tetap akan pergi, kita yang hidup perlu teruskan kehidupan dan kena sediakan bekalan
untuk ke destinasi yang sama seperti arwah abah.


************************************************************************************************************

Nadhirah tak lama lagi dah nak UPSR..berdebor sakan mama dia...sama la kan dengan mana-mana ibu pun.

Hmm tak terungkap perasaan ni...

Semoga berjaya dengan cemerlang...nanti la buat entry khas untuk anak mama sorang ni..

************************************************************************************************************

Kak Aya ni hari-hari fikir nak berenti kerja...ntah berapa ratus ribu kali tulis ayat ni pun tak tau la.

Nak berenti..nak berenti...itu je la ...padahal ramai orang kat luar sana yang begitu teringinkan pekerjaan.

Ok setiap orang ada alasan dan asbabnya atas apa yang dia ucapkan.

Sama dengan kak aya..mungkin sebab dan alasan yang terlalu klise tapi itu la hakikatnya.

Tak apalah tak dapat berhenti awal, kita tunggu umur pencen confirm boleh berhenti hi hi.

************************************************************************************************************

Bisnes online yang kak aya usahakan sekarang ni nampaknya alhamdulillah, sambutan yang diterima boleh la ..,untung sebulan dapat la beli satu pek Drypers untuk Zahra dan 1 kampit Beras 10kg..tak banyak mana tapi cukup bermakna.

Rezeki semua dari ALLAH, kita perlu berusaha dan serahkan kepadaNYA.

Sekarang yang sentiasa ada stok adalah produk keluaran SEQYBEAUTY dan JUS FAQQIH MURABBI.

Produk seqy beauty memang dah selalu dengar dan baca kan? Produk ni memang tengah meletup di pasaran sekarang...agen Seqy Beauty pun dah beratus orang jadi kak aya memang kena kerja keras
untuk bersaing bersama ratusan daripada mereka itu.

Tapi Jus Faqqih Murabbi ni belum ada kesempatan nak betul-betul promote di blog kerana kak aya selalu hantar stok kepada mak di kampung je, dah ada
regular customer dan mereka sentiasa repeat order, jadi bila restok je terus customer datang beli Stok sentiasa ada dan sentiasa laku .

Jus ni bagus dan sangat laku di kampung kak aya....asalnya Ucu yang guna produk ni ..dia terasa kesan positif dan dia share dgn mak...daripada mak terus kepada kawan-kawan dia..memang alhamdulillah
feedback sangat positif.

Ramuannya adalah daripada pemakanan sunnah dah ditambah satu lagi ramuan daripada sarang burung.

Nanti la kak aya buat entry khas mengenai Jus Faqqih Murabbi ni.

************************************************************************************************************
Hingga jumpa lagi ye......Zahra dah merengek..keluar la aksi -aksi mengada dia tu.

Stop dulu ye.

1 comments :

Diana Rashid berkata... [Reply to Comments]

Tahniah kak..adat berniaga macam tu la..mula2 untung sikit..lama2 ramai yang kenal dan percaya makin berkembang..memang ambik masayang penting kita usaha kan kak??

Catat Ulasan