27 August 2015

MISIKU KURUS - Persediaan diet

Assalamualaikum,

Tengah ambik mood, kumpul semangat nak mula diet, nak mulakan aktiviti kecergasan secara rutin.

( mesti yang ramai cakap, mesti hangat-hangat taik ayam je tu)

Kali ni nak buat lain sikit daripada kebiasaan diet lalu yang sering gagal tuhhh....dah ratus ribu kali dah kot.

Perancangan untuk kali ni:

1. Seminggu sekali pergi gym tak jauh dari rumah,RM5 sejam..pergi sejam dah la.

2. Sebelum pergi gym kena beli pakaian yang sesuai . Beli yang murah-murah dah la , dah kurus esok baru reward pakaian sukan yang cantik-cantik..dah lama teringin nak beli pakaian sukan yang cantik tapi saiz pakaian tu terlalu kecil untuk kak aya huhu..

3. Nak exercise kat rumah berpandukan Youtube...ada jumpa workout yang simple dan sesuai untuk newbie kertu macam kak aya ni.

4.Nak kena tulis misi besar-besar dan tampal pada satu tempat yang menjadi tumpuan kak aya...biar sentiasa ingat dan menghantui diri.

5. Apa lagi ek? Hmmmm...kena sediakan jadul pemakanan seimbang untuk kak aya.

BERAT terkini = 75kg ( dulu last mengandung sblm bersalin adalah 73kg)

Tinggi = 144cm

BMI= ?


Kira sendiri la ye.


2 comments:

  1. Ooo kak aya rendah je rupanya. Ingatkan sama tinggi dgn saya.

    Psst: berat saya 73 kg sblm bersalin aritu kak. Sobsss smpi skrg lum dpt berat asal. Berangan nk senam kat youtube sensorang tp angat2 taik ayam je saya ni

    ReplyDelete
  2. 36.2
    You are obese. To obtain a normal body weight, you must lose between 23.37 and 36.64 kilograms.
    Ni hah akak punya.. selepas pengiraan dibuat.. huhuhu..

    ai pun pernah cecah berat sebanyak tu kak.. tapi la ni dalam proses diet menurunkan berat badan..
    kisah ai di sini:
    http://aizamia3.blogspot.com/2015/07/body-mass-index-bmi-dan-overweight.html

    ReplyDelete