26 August 2015

MISIKU KURUS

Assalamualaikum
Tengok tajuk dah boleh tau apa yang kak aya nak share kan? Bijak-bijak semua ni.

Lamanya membiarkan misiku berlalu begitu je..berlalu tanpa menambah inci tak apa jugak , ini dalam sedar tak sedar, berat berada pada tahap membimbangkan la jugak.

Ishh susahnya nak lawan nafsu..peperangan melawan hawa nafsu lebih besar daripada peperangan di medan perang.

Serius, Kak aya memang suka makan.

Lagi banyak masalah lagi suka makan.

Bukan tak ada motivasi,berlambak lambak tapi ...ntah la.

Ini pun sekadar menulis je kot, tindakan sama macam hari-hari semalam. Menulis ni sebab tertekan sangat bila tengok perut selambak memboyot kalah mengandung 5,6 bln.

Ada je alasan yang datang untuk gagalkan perancangan ..

mungkin perancangan terlalu lemah. benteng pun tak teguh mana.

Blur...tak tau nak mula kan macam mana.

Sejujurnya, semua baju ketat.

Takkan nak buat baju baru je semedang.

Nak buat jubah pun tak kan sebesar besar jubah

Tak selesa jugak.

Tengok Jubah Bella Ammara, terliur

Tengok Jubah Souq , terliur


Tengok Jubah SucibyYatt, terliur

Hari tu ada beli satu Jubah SucibyYatt, ambik saiz XL...dah cuba macam ok, cuma terlalu kembang, tak apalah, beli je la kan, lepas tu boleh alter.

Beli sebelum puasa hari tu...beli terus simpan.

Minggu lepas nak hantar ke tailor, cuba la pakai.

Macam nak meraung, ketat bahagian lengan.

Colour ni la..camtik colour dia...




Arrghhhhhhh..........

2 comments:

  1. heheh..jangan putus asa kak..satu cara mudah ialah bersenam dan minum air masak..klau lapar minum je air masak..

    ReplyDelete
  2. tips saya yang tak seberapa ni.kongsi makanan dgn anak. makan 1 pinggan. jadi kita akan kurang nak makan banyak. hihi

    ReplyDelete