PENULIS TAMU : KISAH SEORANG MADU EPISOD 7

Assalamualaikum

Sihat semua ke silent reader entry "Ceritera Seorang Madu?" Mesti kena sihat tau,
kalau tidak mesti termiss baca entry Kak Hani.

Silent la kan sebab sorang pun tak ada komen tapi viewnya boleh tahan jugak 
untuk setiap entry.... hmmmm tinggalkan la komen, tak la Kak Hani rasa macam 
bercakap sorang-sorang je. 

Ok tak nak komen takpe sebab Kak Aya tak cakap pulak 
perlu ada pengomen, dia cakap nak ada pembaca..ok capai target dah! 

Kak Hani sebenarnya suka kalau ada feedback/respons...eh kak aya ada cakap kalau 
nak orang komen pada entry kita wajib la kita komen dulu pada entry orang ..ohh ok ok . 

Belum pandai meneroka alam blogging.

Mesti sekarang ni peminat Kak Hani lagi ramai daripada peminat Kak Aya ! 
***bukanpujidiritapikeyakinantinggisangat 
Kak Hani dah ada terima soalan daripada silent reader Kak Hani tau...hmmm Kak Hani mohon sedikit masa untuk reply di sini ye...cuba buat entry untuk 2 soalan  tu sebaik mungkin, sebab tu perlukan extra time , ok? ***2soalanjekpun

Hari ni nak luahkan rasa sikit ...kak aya suruh luahkan je , ok hari ni nak luahkan sikit. 
Memang hari demi hari muntoh ijo la duhai silent reader kak hani baca luahaaaaan je.


Luahan perasaan yang menyentuh  ruang lingkung kehidupan Kak Hani je..biasalah kondisi sebegini memang banyak rasa yang terpendam. 

Macam ni...Alhamdulillah sangat suami Kak Hani ni dia sangat menjaga keadilan dari segi giliran masa. 

Hari ni kat rumah Kak Hani. 
Esok kat rumah sana. 

Lusa kat rumah Kak Hani. 
Tulat kat rumah sana. 

macam tu la berterusan...sampai dah hampir 15 tahun tak jemu-jemu  dia... hari ni start motor ke sana, esok start motor lagi ke sini... 


kalau bawak motor sambil pejam mata, confirm tak sesat tapi tak jamin la dapat sampai tak... 

kalau ada apa-apa hal kecemasan atau apa-apa je la perkara tak dapat dielakkan yang menyebabkan tak boleh balik ke sini atau sana pada waktu giliran tu, 
dengan rela hati semua setuju untuk ganti semula untuk hari tu ..boleh faham kan? 

Bagus la kan kami ni? Ke tak bagus macam tu ? 


Yang macam tak bagus sikit bila situasi yang nak diceritakan ni. 

Kalau suami gilirannya di rumah sana....hilang terus dari radar. Faham kan? 

Kalau gilirannya di rumah Kak Hani, radar dapat kesan sepanjang masa. Jelas kan? 

Handpohone tu melekat kat badan sentiasa kecuali kalau time ke surau untuk Maghrib dan Isyak. 

(Ehhhh psssttttttt Kak Hani curi-curi baca mesej time tuan handphone pergi ke surau...siapa suruh tinggalkan handhpone tu!) 
Ingat bila dah tau komunikasi dia dengan yang di sana,  boleh gembira tepuk tangan ke? 

Mencebik cebik kembang kempis lubang hidup tahan perasaan.. 

hmm sedihkan kalau kita tau kat mana dia perosokkan kita dalam hati dia. 


Sedih sangat kalau sepanjang hari tak kira giliran dia kat mana, dia asyik risaukan, rindukan, pedulikan orang sana, anak-anak di sana je. 

Pilu sangat kalau ayat-ayat cinta sentiasa keluar pada screen whatsapp antara dia dengan orang sana. 

Dah berbelas tahun pun rasa cinta mereka sentiasa mekar, menggebu. Agaknya inilah namanya cinta sejati.. 

Rasa sedar sangat siapalah kak hani ni..macam sebesar zarah je kot..itu pun kalau memang dia rasa Kak Hani ni masih wujud dalam hati dia la. 

Hmm memang sedih la kalau ingat benda ni...tak tau nak expresskan rasa tu kat sini biar kita sama-sama merasainya. 

Sejak hidup bermadu ni, Kak Hani sedar - cinta sejati boleh ubah seseorang tu . 

Kalau dengan Kak Hani - suami memang sangat bossy...tau kan macam mana boss , semua dia nak secretary yang buatkan, sediakan untuk dia. 


Tapi selalunya boss ada affair dengan secretary..ishh salah perumpamaan la pulak..ok bayangkan la sendiri perumpamaan yang macam mana. 

Ok memang tak baik memburukkan suami sendiri..abis tu kalau tak cerita macam ni, macam mana nak bagi panduan kepada pembaca? Ampuni la Kak Hani, tak ada niat nak burukkan tapi tolong la ambik sebagai pengajaran bersama.


Kalau ada suami yang silent reader baca entry Kak Hani, ambik la panduan dan pengajaran di sebalik cerita hidup kak hani ni. Jangan-jangan yang perempuan je 
kalut mai baca senyap-senyap kat sini, suami senyap-senyap pasang strategi. 

Suami Kak Hani tak pernah pun tolong Kak Hani buat kerja-kerja rumah, dulu masa belum ada pembantu pun, dia memang tak pernah pegang batang mop, dah ada pembantu 
sangat 'tulah' la kalau tiba-tiba rajin nak pegang batang mop, batang penyapu segala tu. 

Nak bancuh air tak tau. 

Nak bancuh susu anak, tukar diaper anak - semua jawapannya "abang tak reti" 

Nak sidai pakaian kat luar - pandang kiri kanan dulu, takut jiran nampak. 

Keluar beli sarapan pun tidak. 

Nak ke pasar beli sayur, ikan - itu lagi la.. 

Pendek kata , semua Kak Hani sediakan..daripada sekecik pakaian dalam hingga ke sebesar jubah, Kak Hani sediakan. 

Ok faham , itu tugas seorang isteri...tak pernah komplen pun...sebelum ni...sekarang memang komplen, itu pun takat komplen di blog ni, nasib kak aya bagi peluang , dapat la komplen. 


Bila Kak Hani curi-curi baca whatsapp dia, baru la Kak Hani tau, tersangat bahagianya kehidupan mereka...rasa bersalah pun ada... sebab macam  menjadi penyibuk antara mereka.. 


Kalau Kak Hani simpulkan daripada apa yang tertera di dalam whatsapp antara mereka berdua,  suami Kak Hani ni sebenarnya sangat ringan tulang..suami dan ayah yang penyayang. 


Segalanya antara mereka di sana adalah - berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, baru la kasih sayang melimpah ruah..suami boleh sembang tentang harga ikan di pasar, 
harga barang-barang keperluan, macam-macam la..macam mereka ni memang ditakdirkan untuk bersama la.. 

Ini salah satu puncanya agaknya - Kak Hani jadikan suami tu raja...sepatutnya kena anggap dia pun hamba sahaya macam kak hani jugak, jadi baru la semua nya dipikul bersama. 

Ada waktu rasa kesal datang menyinggah. Tapi Kak Hani pujuk diri , kalau pun kak hani meRAJAkan dia  , kenapa dia sendiri tak cuba untuk sama-sama mengHAMBA kan diri yang sememangnya hamba kepada PENCIPTA , yang ada tanggungjawab dan amanah? 


Sebagai seorang suami, Kak Hani rasa dia lagi arif tentang tanggungjawab dia ...memang salah Kak Hani at the first place sebab sentiasa senangkan dia hingga dia naik lemak.


Dulu kami ni bercinta sakan...dating semedang..bukannya kami paksa..tak ada siapa paksa pun, kami sendiri yang gatal nak kahwin..

Kak Hani bukan tak boleh terima hidup bermadu...bukan la maksudnya jugak yang Kak Hani ni jenis suami bagi borang poligami terus sign cop jari semua tu..tak juga.

Tapi biar la kita bincang dan bincang dan jelaskan jelaskan....lepas tu baru la kak hani sign , kalau memang perlu untuk sign la kan? 

Dah baca entry ni, buat la kesimpulan sendiri ye..kak hani dengan kesimpulan kak Hani. 

Ok, entry ni tak begitu mewakili apa yang kak hani rasa sebab rasanya bila kak hani baca, ianya tak begitu "rasa di sini". 

Sila komen , ada rasa ke tidak? 

5 comments :

Diana Rashid berkata... [Reply to Comments]

sedihnya kak...nak tau jugak dulu kenapa akak sign?biasanya lelaki ni dia janji bulan bintang bila mintak sign kan??erm..kalau saya kan kak,bila dia sampai2 umah je terus hilangkan enpon dia..hehehehe..kita buat nakal kita pulak bagi dia rasa..hahah

Aku Ibu Muda berkata... [Reply to Comments]

Dah lama tak tinggalkan komen di mana2 entry. Tapi kali ni rasa terpanggil nak memberi komen. Bab menjadikan suami raja. Salah seorang ibu saudara sy pernah berpesan ketika sy baru berkahwin supaya jgn tunjuk semua kerja kita boleh buat. Ajak suami sama2 buat kerja rumah. Alhamdulillah rezeki sy dpt suami yg memang ringan tulang. Tp yg sy kesiankan ibu saudara yg berpesan sebegitu akhirnya dimadukan juga dlm diam.

Kak Aya berkata... [Reply to Comments]

hai diana....kak hani dimadukan tanpa pengetahuan pun...nanti kak hani buat entry mcm mana kak hani dapat tau.

tq sudi baca dan komen ye

Kak Aya berkata... [Reply to Comments]

hai aku ibu muda..tq perkongsian tu...kesian ibu saudara tu..senasib kak hani.

SYANI berkata... [Reply to Comments]

Baca cerita Kak Hani ni, saya terbayang mak saya.. Camni la rupanya perasaan isteri2 yang dimadukan.. Kesian Kak Hani, kesian mak saya..

Catat Ulasan