15 September 2015

PERCUTIAN DI TAIPING

Assalamualaikum

Ni memang betul-betul cerita throwback..jangan marah aaa..

Punya la lama gila cerita ni, baru ada kelapangan untuk buat entry.

Ingatan tentang cuti-cuti ni dah tinggal yang hujung-hujung je.

Ni kisah ketika cuti sekolah bulan Mei 2014 ye, bukan 2015.

Kami anak beranak ni jarang dapat bercuti khas bersama sekeluarga..maksud kak aya, cuti selain balik kampung.

Kebiasaannya memang asal ada cuti je khas untuk balik kampung terutamanya ke Terengganu..kalau sekadar nak balik kampung di Tampin tu cukup Sabtu dan Ahad je.

Kak Aya ni walaupun usia dah 42 tahun , keghairahan untuk balik kampung jumpa mak dan adik-adik sentiasa menggebu..sama macam ketika bujang-bujang dulu..

Selain ingin selalu balik kampung sendiri tiap kali tiba waktu cuti, alasan duit pun satu perkara utama jugak yang menghalang untuk bercuti ke tempat lain selain balik kampung.

Kalau bercuti luar daripada kebiasaan ( maksudnya balik kampung) kena fikir tentang tempat penginapan dan makan minum..minyak dan tol.

Ok la cukupla mukadimah, panjang bebenor la pulak.

Terus kepada percutian di Taiping ni..

Kami menginap di Swiss Garden Damai Laut.

Dapat harga special daripada kawan suami Kak Aya.

Memang murah sangat.

Tapi hotel ni banyak lalat.

Nasib baik pool dia best, anak-anak berpuas hati.


Ketika nak memulakan perjalanan ke Taiping, pakat sengih dulu..kak aya dan zahra kat belakang.

Dalam 3 jam lebih , kalau tak silap dari Selayang ke Swiss Garden Damai Laut.


Terkejut tak tengok gambar ni? He he dia cuba nak masuk..ee bahaya betul, tak boleh nak lepak kat balkoni bilik.


Kami bertolak lepas Zohor,sekitar pukul 2..hampir pukul 5.30 kami sampai di hotel..lepas check in keluar cari makan...tapau balik makan kat bilik.

Malam lepak kat dalam bilik dan keluar ambik angin sekitar hotel..memang sejuk dan berangin duduk rehat-rehat sekitar hotel.

Tidur dan berlalu la hari pertama .......siang pun tiba.

Aktiviti untuk hari kedua.

Bangun awal pagi. Nak ke bandar Taiping.

Anak-anak kak aya ni kan, depa bukan teruja nak keluar jalan-jalan tapi lebih kepada teruja nak mandi manda kat pool.

Masa bersarapan sambil dihurung lalat dan mengadap pool , Umar asyik berzikir ajak mandi kolam dan tak perlu keluar.

Sakit hati rasanya tapi kontrol..kata bercuti kan? Tak nak la ada anasir anasir negatif macam tu..

Suami cakap kita keluar dulu untuk hari ni dan esok hari last, kita bantai mandi kolam biar sampai biru bibir. 

Ok semua setuju walaupun Umar keluar dengan hati yang berat.

Destinasi pertama, Zoo Taiping.















Tak banyak ambik gambar tapi lebih kepada rakam video..Nadhirah la yang rajin merakam.

Naik bas je tak jalan kaki pun sepanjang dalam Zoo tu...lenguhhh...tak larat nak berdukung si Zahra.

Orang cakap kalau datang waktu malam untuk Safari Night lagi best..lain kali je la..

Keluar dari Zoo tu, lepak kat Taman Tasik Taiping sat...cantik menghijau je kan...sejuk, redup...damai terasa.








Maafla gambar semua biasa-biasa,maklumlah guna handphone cap ayam je, cukup la boleh buat kenangan.

Tak lama pun kat situ sebab perut dah berbunyi...cadang nak pergi makan Kuey Teow area penjara tapi tak tau kat mana...anak-anak dah lapar, nampak warung tak jauh daripada pejabat pos terus terjah situ...best jugak makan situ,harga pun murah.

Plan seterusnya nak ke Bukit Larut , tapi sayangnya tak naik sampai ke atas kerana time tu ada kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan.

Turun dan cari masjid.

Lepas tu balik hotel lepas tapau makan . Makanan perlu sentiasa ada.

Malam keluar makan tak jauh dari hotel..eh dah lupa apa nama tempatnya

Kekenyangan dan terus lena hingga pagi.

Hari last kami hanya habiskan masa di kolam .















Mandi manda hingga budak berdua ni surrender..tak tahan sejuk dah...baru naik ke bilik dan bersiap untuk check out.


Lepas check out kami terus ke Lumut...makan tengah hari kat situ..beli barangan laut kat situ...rambang mata tengok ikan bilis..itu la perempuan kan? tengok ikan bilis pun boleh rambang mata..


















Ok la lepas tu terus masuk kereta dan gerak balik...

Sempat lagi singgah satu lagi tempat - Kelly Castle..tempat ni Nadhirah yang teringin sangat nak pergi..Kak Aya tak minat sangat..Umar pulak memang takut nak masuk.

Jom layankan je permintaan kakak nak masuk dalam ni..







































































Punya la banyak gambar yang diambil dua beranak ni hinggakan leih 100 keping di sini ...apa yang menarik minat sangat, tak tau la.

Jadi ini je la episod percutian santai kami...disebabkan dah lama sangat, banyak info menarik dah hilang daripada simpanan memori.

Mungkin lain kali kena tulis siap-siap dalam buku nota sepanjang tempoh percutian.

Takpe, ada rezeki kita bercuti lagi di tempat lain.

Tunggu bajet cukup dulu .

Harap tak mual dan loya tengok banyak gambar...ni la kot entry Kak Aya yang paling banyak gambar.

1 comment:

  1. kami org perak pun belum sampai lagi Kelle's Castle tu

    ReplyDelete