MISIKU KURUS - DAY 2 & DAY 3

Assalamualaikum

Untuk hari ke 2 dan ke 3, diet kelaut.

Hari ke 2 - ketika di pejabat cantik sangat.

Balik rumah makan nasi goreng satu polistrine. La La la la.



Hari ke 3 - pun lebih kurang sama je...di pejabat terkawal.

Dek kerana petang semalam hujan lebat,sangkut dalam jem bukan main lama.

Perut berirama lagu rock. Gigil kaki tekan clucth.

Macam orang ketagih.

Sampai area rumah, singgah beli nasi lemak sorang satu.

Terus ke rumah Ucu untuk jemput Zahra.

Suami balik lambat dan dia akan makan kat luar dengan geng ofis.

Jadi kami anak beranak putuskan untuk makan kat rumah Ucu je

Apa lag bersila mengadap nasi lemak ayam goreng, sambal kerang
bertemankan bunyi hujan yang menggila.

Diet hancur menggila.

Sesal tiada guna.

Wat lek wat peace, kata budak hari ni.


p/s: Nak belajar kira kalori lepas ni..

Comel tak kak ton? eh kak aya



0 comments :

Catat Ulasan