26 September 2015

USAHA 3 MINGGU LEBUR DALAM 1 HARI JE

Assalamualaikum dan Salam Aidil Adha

Kak Aya baru je sampai dari Tampin...saja gerak lewat malam untuk mengelak jem.biasalah kan , ada ke orang yang suka harungi kesesakan lalulintas? Kalau ada, kak aya rasa nak berkenalan je dengan dia..hi hi tak lawak langsung!

Nak bagitau nihhh.....elok-elok turun 1KG, balik dari Tampin naik balik 1KG.

Oleh kerana tersangat geram, sambil menaip entry ni Kak Aya sulamkan dengan mengunyah nasi impit kuah kacang yang mak mertuo den bekalkan..Hambek ko..

Eh rasa macam nak simpulkan je yang Kak Aya ni memang ditakdirkan gemuk seumur hidup!

Sangat sedih.....hampa ..kecewa..benda yang biasa dilalui tapi rasa tu tetap sama..tetap menusuk ke hati sanubari.

Tengok sepupu-sepupu belah suami yang kurus slim , hati memang terasa...rasa macam mana tu tak perlu la kot nak tulis panjang lebar...faham sendiri je la.

Susahnya nak istiqomah....sukar gila nak bermujahadah.Selai demi selai baju kurung menjadi ketat..makin mengecut agaknya baju-baju tu semua.

Memang saat ni rasa blank dan blur.

Semoga esok datang dengan 1001 semangat baru!

No comments:

Post a Comment