Cemburu si Adik

Assalamualaikum,

Pukul 12 tengah malam ni, berakhir jualan combo Seqy Beauty ye!

Boleh roger kak aya kepada yang berminat tu, sebab memang murah kalau beli set combo.

Malam ni nak share kisah Umar...dia memang cepat jeles kalau kakak tu lebih hebat daripada dia.

Semalam, angkut semua anak-anak seawal pagi, tunggu depan pintu Giant, Batu Caves...nak belikan handphone untuk si kakak.

Memang dah janji dengan Nadhirah, kalau dapat 5A atau Mumtaz atau keduanya memang nak hadiahkan dia handphone.

Alhamdulillah dia dapat 5A dan Mumtaz, jadi confirm-confirmlah dia tuntut hadiah yang dijanjikan tu, sementelah dia tu tak pernah ada handphone selama hari ni.

Selalunya dia guna handphone kak aya je la, kadang-kadang kita ni pulak macam meminjam handphone dia..sebab hampir setiap masa handphone kita kat tangan dia.

Belikan dia Samsung V Plus RM299, dia pilih sendiri...dia cakap cukuplah yang tu , tak adalah macam kawan-kawan dia siap meminta hadiah Iphone...kedudukan kewangan ibubapa tak sama , jadi anak-anak tak boleh demand sama seperti kawan-kawan..kena tengok kepada kemampuan ibubapa kita sendiri.

Bila si kakak dapat handphone, secara automatiknya si adik akan menunjukkan riak cemburu.

"seronoklah kakak, dapat handphone"

"Umar ni apa pun tak dapat"

"dalam rumah kita ni, Umar je la yang tak ada handphone , Zahra tu budak kecik lagi"

"esok-esok kalau kakak masuk asrama, Umar nak chat dengan kakak mesti susah sebab Umar takde handphone sendiri"

" kalau umar ada handphone boleh la whatsapp mama kat ofis"

dan macam-macam kalau lagi keluar dari mulut Umar.

Hari ni dia cakap nak simpan duit belanja sekolah tahun depan selama 3bulan, confirm dapat beli handphone dan juga tab.

Hmm kak aya buat dengar tak dengar je anganan dia tu.

Exam akhir tahun baru ni , Umar kutip nombor bukan main banyak, nyaris-nyaris nak tergelincir ke kelas kedua.

Jadi tahun depan dia kena kerja keras sebab nak kejar balik kedudukan.

Dia cakap , " OK Umar boleh belajar rajin-rajin tapi belikan handphone dulu, esok boleh tak?

Memang angan-angan mat jenin la jawabnya.

Kita tengok tahun depan macam mana Umar berusaha.

2 comments :

LM said... [Reply to Comments]

Hihi relaks umar.. Nnt upsr bagus dpt hp ye?

Suka lah kakak dpt hp .. Ank sy pun takda hp . Dua tiga bln sekali klu mood sy baik br sy bg dia guna hp utk intai fb. Klu ada apa2 kat sek br dia pinjam iphone lama ayah dia utk snap pic majlis kat sek. Klu dpt asrama kena carik gak la kot nnt payah nk call. Terfikir gak tu

aizamia3 said... [Reply to Comments]

Tahniah buat Kakak.. bertabahlah buat dak Adik.. sampai masa mesti adik pun dapat.. ;)

Post a Comment