09 November 2015

Nak kurus macam Norjuma? Jom skipping

Assalamualaikum,

Niat untuk berpuasa selang sehari , failed!!!!! dek kerana balik kampung, memang ke laut la jadinya...kalau balik kampung, hidangan sentiasa tip top , kalah makanan hotel 5 bintang!

Hari ni pun tak puasa jugak padahal dah balik Selayang semula..apakah? Mula-mula salahkan balik kampung, dah hari ni kenapa tak puasa jugak , dah jauh dari kampung pun..dasarrrrrr sangat kenn.

Ok, kak aya surrendered, memang masih banyak perlu tarbiahkan hati ni untuk bermujahadah melawan nafsu makan!

Sebenarnya , Kak Aya dah cuba menggunakan tali skipping tu  beberapa kali sejak 2 minggu lepas..selang satu malam cuba melompat guna tali ni.

Ok sejujurnya memang lompatan yang tak ada rupa lompatan sebab tali tu kalau tak tersangkut pada kaki mesti sangkut kat bahu.

Kak Aya melompat sangkut sangkut macam tu sampai kiraan 200...eh hampir 20 minit nak habiskan 200 lompatan.

Peluh memang merenjis atas lantai...fuhhh.....

Malam ni berazam nak lompat sampai 500, tak kira la sangkut-sangkut pun....at least berusaha untuk melompat.

Kak Aya cuba goggle,apakah kebaikan melompat guna tali skipping ni.

Meh sini, baca apa yang Kak Aya share ni:

Menggunakan tali skipping didalam latihan kecergasan dan pembakaran kalori anda adalah salah satu latihan senaman yang amat mudah dilakukan. Mengikut kajian yang dijalankan melompat tali skipping selama 30 minit akan menghasilkan pembakaran kalori lebih kurang sebanyak 300 kalori. Mari kita lihat beberapa kelebihan jika kita melompat tali skipping.


Sistem kardiovaskular anda melibatkan jantung dan arteri dan urat yang membawa darah dan oksigen ke hati dan seluruh badan. Dengan melakukan aktiviti ini, ia dapat membantu meningkatkan kesihatan dan meningkatkan system kardiovaskular anda.


Melompat tali skipping adalah senaman ringkas, mudah dan murah. Jika anda mempunyai satu set tali skipping ini, anda jangan menunggu untuk menikmati kelebihan alatan senaman ini. Anda harus gunakanya kerana ianya boleh dilakukan dimana-mana seperti di tepi jalan, luar rumah, dan sebagainya.


Jika kita melakukan latihan lompatan tali ini, ia akan melibatkan kekuatan otot anda lebih-lebih lagi dibahagian otot bahagian bawah badan anda seperti kaki, betis dan sebagainya.

Sebelum anda melakukan senaman ini, pastikan anda tahu tahap kecergasan dan tahap fizikal anda. Pastikan ianya tidak memudaratkan dan tidak melibatkan kecederaan kepada anda.
Latihan lompat tali ini melibatkan penekanan otot kaki anda. Mungkin bagi sesetengah individu, anda mungkin mengalami kesakitan di kaki anda. Otot telah bekerja keras untuk melakukan senaman ini dan ia akan pulih selepas beberapa hari.

Akhir sekali, terdapat banyak lagi kelebihan yang boleh anda perolehi dengan melakukan senaman ini kerana ia dapat membantu mempercepatkan pembakaran lemak dan meningkatkan stamina anda.


Sumber : http://news.mylaunchpad.com.my/lifestyle-entertainment/article/articleid/554139/kelebihan-dan-kegunaan-tali-skipping



JOM JOIN KAK AYA, SAMA-SAMA EXERCISE, BANTERAS OBESITI!

No comments:

Post a Comment