Resipi Masak Lemak Ikan Masin

Assalamualaikum

Dah siap masak ke? Awalnya..

Kak Aya tengah goreng sayur tu...nasi dah masak, kalau hari cuti masak nasi 3 pot, makan untuk 5 beranak.

Menu hari ni:

Masak lemak ikan masin..ikan keras ekor ( ikan cencaru atau ikan jaket)..Ikan ni mak yang buat kering dan kirimkan kepada adik baru-adik baru ni.

( Sorry kalau nak tengok gambar, memang kak aya ni jenis keturunan malas nak snap gambar, tambah-tambah skrg ni guna handphone pinjam).

Orang Terengganu memang panggil ikan cencaru ni dengan panggilan ikan keras ekor...biasa mak beli ikan ni, siang belah belakang, letak garam ..perapkan dengan asam keping dalam bekas atau balang selama sehari dua..lepas tu basuh ikan tu dan jemur kering.

Kalau dah kering tu terpulang la nak goreng atau nak masak lemak..kalau kat rumah mak kat kampung tu memang suka goreng garing-garing, makan dengan nasi panas berlaukkan sayur lemak putih sawi , sambal belacan dan ulam timun.

Eh panjang pulak cerita mengenai ikan keras ekor..

Selain masak lemak ikan keras ekor, lauk lain hari ni cuma ikan kembung goreng dan kobis goreng campur udang kecik.

Cukuplah kan...itu pun dah syukur sangat sebab hari-hari biasa asyik makan lauk kedai je.

Hari ni nak share resipi ikan keras ekor masak lemak Kak Aya ni...haruslah diingat, lauk ini dimasak menggunakan bahan yang sedia ada dalam "pantry" kak aya je..

Bahan-bahan:

4 ekor ikan cencaru kering/masin 

Santan ( daripada sebiji kelapa)

4-5  biji Cili Merah ( sepatutnya cili api, tapi tak ada pulak cili api kat dapur tu)

Kunyit hidup - agak-agak la sendiri

Bawang Merah ( tak letak pun tak apa , mak mertua kak aya cakap kalau pure masak lemak cili api, tak ada bawang merah dalam resipi , tapi kak aya derhaka pada resipi orang nogori, kak aya letak bawang merah seulas dua..

1 biji kentang ( patutnya letak nenas, baru la ummpphhhhh)


Cara-cara:

Cili merah,kunyit , bawang merah di blend lumat.nak tumbuk pakai alu dan lesung batu, lagi la bagus .kak aya tak sempat nak tumbuk sebab berkejar nak ke Pusat Dialysis tadi, jemput Ucu...kesian Ucu sesak nafas lagi tadi...pucat lesi mukanya..

Santan dan bahan yang diblend tu campur bersama atas api yang sederhana .

Masukkan santan dan asam keping.

Kacau perlahan , jangan bagi pecah santan tu...fail yang amat kalau masak lemak , santan tu pecah melata..memang sangat jatuh standard dimata orang Nogori, tau tak?

Lepas dah hampir masak kuah gulai tu baru la masukkan ikan kering/masin tu.

Nak tambah garam gula atau apa-apa, itu terpulang la pada selera masing-masing.

Dah masak tu, tutuplah apinya dan hidangkan la untuk santapan sekeluarga.

Siap.

Sekian dari dapur Chef Ayaya .

Selamat Menjamu Selera Bersama Keluarga di Hari Cuti.




0 comments :

Catat Ulasan