Sarapan orang tak berpuasa

Assalamualaikum

Hari ni tak puasa...

Insyaallah esok puasa semula. Moga istiqomah ye wahai hati...ketahuilah kak aya bahawa jihad paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu ..jd teguhkan benteng keimanan. (Sekadar peringatan untuk diri sendiri).


Pagi ni bersarapan dengan 3 keping roti Gardenia Canadian Purple Wheat. Air Teh panas pelengkap selera.

Cerita pasal sarapan ni....sejak dulu2 memang dah dibiasakan dengan makanan berat setiap kali waktu makan.

Pagi - nasi dagang/nasi minyak/nasi lemak/laksam

Tengah hari - semestinya nasi berlauk

Petang - bubur/ pengat/pisang goreng/keropok lekor

Malam - nasi berlauk time makan tengah hari.

Macam manalaa badan tak berisi sejak usia 11 tahun kalau mcm tu cara pemakanan.

Sekarang, rasakan laaaaa. ..

Alhamdulillah anak-anak kak aya nampaknya bukan la jenis "pemakan" macam kak aya sangat.

Semoga mereka kekal begitu sampai bila-bila.

Kalau dah obesiti, memang susah nak kembali kepada berat normal kecuali usaha yang tanpa jemu tanpa putus asa yang mana sifat tu tak berapa nak ada dalam diri kak aya ni.


1 comments :

Diana Rashid berkata... [Reply to Comments]

Haha..sama la kita kak..saya ni pun makin gemuk la..balik kampaung mak pun kata dah nampak berisi..adoi..memang la berisi..timbang baru ni dah cecah 60..ekekek...tak pe kak..pelan2 ye dak..kurus untuk sihat..bukan untuk cantik..kan??ayat pujuk diri sendiri ni..

Catat Ulasan