06 July 2015

Corat Coret Ramadhan

Assalamualaikum

Esok dah 19 hari kita berpuasa. Insyaallah.

Mata dah rabak mengantuk ni tapi banyak kerja rumah belum settle..ntah tidur ntah tidak sampai pagi..kejap lagi kang dah nak kena siapkan untuk sahur, kalau tak tidur, esok mau menguap tanpa henti selama 20km perjalanan ke pejabat. Setiap pagi memang mengantuk tak tertahan..peliknya kalau hari kerja, tak ada la tidur siang sangat pun, kerja tak pernah habis kalau kat rumah.. sejujurnya kak aya bagitau , sepanjang Ramadhan kali ni, fokus kepada kerja-kerja pejabat agak terganggu sebab kebanyakkan masa asyik mengantuk je. Ishh kadang-kadang rasa rimas sebab walaupun tengah banyak kerja, tetap jugak mengantuk.

Lusa ( Selasa,7/7/20145), Kak Aya perlu temankan Ucu ke HUKM. Ada appointment jam 8 pagi...tu diaaa nak kena keluar dari rumah pukul 6.15-6.20 pagi nampak gayanya...semoga dipermudahkan segala urusan untuk pagi Selasa.

Tujuan Ucu ke HUKM adalah untuk tentukan salur darah Ucu bersesuaian atau tidak untuk dilakukan pemasangan tapak fistular pada lengan untuk tujuan dialysis. Tempoh hari doktor di HKL telah melakukan ujian dan keputusannya salur darah Ucu terlalu kecil. 

Kali ni, mencuba di HUKM pula, sekiranya keputusan yang sama , option untuk melakukan pembedahan untuk pemasangan salur pada dada akan dilakukan. Tolong doakan untuk Ucu ye.

Kos rawatan di HUKM ni agak tinggi berbanding dengan Hopital Selayang dan HKL kerana HUKM adalah semi gov. Memang terasa jugakla tang kos tu sebab Ucu bukan kakitangan kerajaan. Terkejut jugak hari tu untuk buka file kali pertama kena bayar RM53 tapi bayar je. 

Bayaran untuk ujian salur darah pada Selasa lusa adalah RM159 dan kos untuk pembedahan pemasangan fistular adalah Rm1000. ..telan air liur jugak la Ucu..ye la dalam keadaan sakit macam tu, tak kerja, memang cepatlah Ucu terasa, apa pun duit tu dah pun disediakan oleh Ucu menggunakan duit simpanan. Kami ada bantu sikit-sikit mengikut kemampuan kami 6 beradik Insyaallah tak lama lagi harapnya permohonan untuk pencen Ilat diluluskan . 

Masih mengenai Ucu, minggu lepas Ucu dan adik-adik Kak Aya berbuka di rumah Kak Aya ni...adik kak aya iaitu Ayahcik ada masak ayam percik, sayur campur . Kak Aya cuma masak nasi, goreng bihun je..meriah jugak la.

Lepas buka, Ucu ni rajin bebenor nak kemas-kemas, nak cuci pinggan segala bagai walhalnya dia tu baru je kena dialysis dan kena ambil darah sebelum berbuka tu.

Terkejut dan panik kami adik beradik bila tiba-tiba je Ucu yang datang dari arah dapur,duduk atas sofa dan terus tercungap-cungap...muka Ucu pucat tak berdarah dan peluh sekejapan je memenuhi rambut dan wajah Ucu...kami ni memang betul-betul panik. 

Alhamdulillah hampir 10 minit jugak Ucu tercungap-cungap lepas tu kembali ok. Jangan tanya la perasaan Kak Aya ketika tu...memang 1001 perasaan menerjah.. doa agar Ucu diberi kesembuhan dan panjang umur.
Keputusan ujian darah bulan lepas menunjukkan bacaan creatinine Ucu menurun daripada 1035 kepada 700. Alhamdulillah. Sekarang menunggu keputusan ujian darah minggu lepas pulak. Semoga tiada apa yang membimbangkan walaupun berat badan dia menurun kepada 38kg berbanding 42kg pada awal Ramadhan baru ni.

Kisah anak-anak Kak Aya pulak, Nadhirah dan Umar ada menyertai Kem Ramadhan di masjid tak jauh pun dari sekolah mereka dan tak jauh dari rumah jugak. Kesian jugak tengok mereka keletihan dan muka cengkung sebab memang pergi dalam keadaan kurang sihat terutamanya Umar, dia batuk teruk sebelum ke sana. Alhamdulilah mereka dapat belajar tentang banyak perkara yang bermanfaat terutamanya amalan di bulan Ramadhan.

Zahra dah 2 tahun , masih menyusu badan walaupun susu dah tak ada..susahnya nak ceraikan susu sebab dia memang tak pernah suka dengan susu tepung walaupun dah cuba macam-macam cara.

Sejak masuk 2 tahun ni, mengada dia lebih sikit...memang kena banyak sabar nak layan kerenah dia.

Alamak dah pukul 2.10 pagi dah.....

Cerita mengenai Ramadhan ni...tahun ni hampir setiap hari beli di Bazar Ramadhan..beli dari kedai yang sama je. Sahur pulak setiap hari ada je yang Kak Aya masak...masakan ringkas je.

Kadang-kadang datang terimbau kenangan Ramadhan ketika bersama adik-adik di kampung satu masa dulu..rindu sangat-sangat. Setiap petang mesti masak 2 jenis kuih,2 jenis lauk ..memang tak ada beli-beli .Adik beradik 6 orang , mesti kena masak banyak untuk setiap jenis kuih. Tak pernah tak habis , tak cukup lagi ada. 

Kami 6 beradik selalu bergilir menghidang, membeli ais ketul, menyediakan air, mencuci pinggan mangkuk dan mengemas dapur. Lepas buka , selalu buat aktiviti sendiri . Time sahur memang perit sikit sebab tugas kak Aya untuk kejutkan adik-adik..Fuhhh sangat mencabar...dan sekarang ni masih lagi memikul tugasan itu.

Baju raya untuk tahun ni belum siap..agak lambat tahun ni...Jubah dan Baju Melayu tempah je di kedai D'Masyhur Bandar Baru Selayang...hmm ada cerita sebenarnya..cerita tak puas hati tang jubah yang ditempah. Semua tak mengikut seperti yang dipersetujui ketika sesi mengambil ukuran.Tempah 3 jubah untuk 3 orang. Hmmm tadi ada staff mereka called bagitau boleh datang tengok esok sebab dah siap betulkan seperti yang kami inginkan..ok kita tengok esok..kalau tak ok jugak,baru kita share kat sini.

Apa lagi nak share ni sebelum baring jap...

Haa nak bagitau, tahun ni patutnya giliran beraya dulu di Terengganu. Tapi kak aya buat keputusan untuk beralah balik beraya dulu di Tampin memandangkan raya kali ni suasana di rumah mak mertua masih di dalam suasana bersedih atas kehilangan abah mertua kak aya yang meninggal 14/5/2015 baru ni. Memahami perasaan suami yang tentunya ingin bersama ibu dan kakaknya di pagi raya , takpe la kita bertolak ansur.
Cuma tipu la tak sedih kan hi hi.....tak kisah la janji suami dan anak-anak happy, raya kat mana-mana pun sama je..( lap air mata)

Ok la panjang sangat dah ni..ntah ada ntah tidak yang sudi baca daripada ayat pertama hingga ke noktah terakhir ni,tak tau la.

Selamat menjalani ibadah puasa ye.

2.22 pagi
19 Ramadhan.




02 July 2015

Review BB Cream Seqy Beauty by Blogger Farah Waheda

Assalamualaikum

Dah nak masuk 15 hari kita berpuasa...sekejap je kan? Semoga kita pakat pulun tingkatkan lagi amal ibadat untuk 15 terakhir ini. Insyaallah.

Namun begitu jangan lupa aspek kecantikan diri jugak ye...kena jaga .jangan sampai muka nampak kering kontang kusam macam tanah di musim kemarau..

Sekarang ni Seqy Beauty tengah buat promosi tau, rugi tak grab sebab diskaun yang diberi terlalu "gila".

Ok, sebenarnya nak share review yang di buat oleh blogger popular Farah Waheda Wahid.

Sekarang ni, semua orang teruja untuk kelihatan "flawless"... Lagi-lagi bila tonton filem Korea kannnn??? #ehhh apa kena mengena dengan filem Korea pula??? Laaaa...kan ke semua pelakon Korea kulit mereka "flawless mlawless" bagaiii... Kelihatan "flawless" itu adalah idaman setiap wanita kottt??? Siapa tak nak kelihatan "flawless" oiiiii??? He he he... Bermacam cara atau kaedah rawatan kecantikan ditawarkan untuk mendapatkan kulit wajah yang "flawless". Bermacam produk yang ada di pasaran untuk menghasilkan kulit "flawless"... Bukan nak cakap apalah... produk-produk semacam ini memang laku, sebab semua orang nak "flawless" gitchewsss... Bila dah "flawless" tak perlu susah payah nak meng-"edit" gambar guna Camera 360 semua bagai kann??? Hakak pun tak pernah "install" Camera 360 dalam "smartphone" hakak adik oiiii... Bila masanya nak edit edit bagai ni??? Hu hu hu, hidup seharian Farah sendiri dah cukup terkejar-kejar dah punnn... Inikan lagi nak edit meng-edit yer tak??? Kalau tak percaya, moh ler kita jumpa, gali "smartphone" hakak ni...tengok betul-betul ada Camera 360 ataupun tidak??? Bha ha ha... 


Ok dah dah tu membebel pasal Camera 360, sekarang ni kita bercerita tentang "flawless"... Sambung kembali: Salah satu produk yang mendapat tempat di pasaran adalah BB Cream. Memang popular BB Cream sekarang ini. 


Apa Itu BB Cream???
BB Cream adalah merupakan satu produk kecantikan yang begitu popular di ASIA. Sejarah BB Cream sebenarnya bermula sejak tahun 1960 lagi. Iaitu sewaktu krim sapu yang pertama diperkenalkan sebagai sejenis kosmetik umum. Pada mulanya ahli dermatologi menggunakannya untuk membantu pesakit pembedahan laser bagi melindungi, melembut dan membina semula kulit mereka yang sensitif itu selain memberikan perlindungan daripada parut dan kemerahan pasca pembedahan.


Kehangatan produk ini bermula pada tahun 2006 dan kebanyakan artis terutama di Korea menggunakan produk BB Cream ini bagi mencapai rupa menawan yang semulajadi. Di sinilah bermulanya "gaya hidup tanpa solekan". BB Cream juga begitu popular dengan "krim ajaib" keberkesanan memperbaiki kulit. BB Cream nyata berbeza dengan produk lain sebagai kosmetik dan untuk perawatan kulit.


Apa Kebaikan BB Cream???
Kulit akan terasa lebih halus dan lebih sihat serta bercahaya di mana setiap kali kita menggunakannya, BB Cream bekerja sebagai lapisan yang melindungi serta berfungsi sebagai pengawal minyak dan juga memberikan lembapan kepada kulit sehingga kulit menjadi sangat sihat. Selain itu, BB Cream memiliki fungsi untuk melawan sinar Ultra Violet dan pencemaran udara yang merosakkan lingkungan sehingga menjadikan kulit tetap sihat. Kandungan dalam BB Cream membantu "regenaration" kulit dan mengecilkan pori-pori di mana lama kelamaan jika kita mengamalkan pemakaian BB Cream, kita akan merasa kulit semakin lembut dan menjadikan kulit kita kelihatan memukau.

Ada banyak jenis BB Cream di pasaran nun sanaaaa... Pilihlah nak jenama apa, jenis apa, "packaging" yang bagaimana, semua ada...tetapi dah alang-alang mengomel tentang BB Cream ni dari atas sampailah ke bawah ni haaa...Farah nak memperkenalkan kepada anda, atau mungkin juga anda telah tahu... BB Cream By SEQY Beauty. Haaaa... biasa dengar tak? biasa dengar tak? Ke tak pernah dengar atau kerling-kerling seimbas gitchewss jer... Kalau tak berapa jelas atau tak pernah dengar tentang BB Cream By SEQY Beauty nih... Meh meh meh... Farah ceritakan sedikit meh..









Mula mula sekali nak beritahu, BB Cream By SEQY Beauty ni adalah diasaskan serta dijalankan oleh blogger yang dikenali sebagai panggilan sepet @ zuhanaMesti ramai yang kenal ni kannn??? Kan kan kan??? Jadi tak perlulah Farah bercerita panjang lebar tentang pemilik perniagaan BB Cream ni yer. Yang pentingggg...sekarang hakak nak cerita tentang BB Cream by SEQY Beauty ni... 

Bagi yang mencari-cari produk BB Cream untuk kegunaan diri sendiri (mestilah pakai untuk diri sendiri dulu kan, selepas itu baru cadangkan pada kawan-kawan), ni nak habaq mai nih... BB Cream By SEQY Beauty ni sangat mudah untuk digunakan atau diaplikasi. Makanya, bagi sesiapa yang sentiasa beralasan sibuklah, tak cukup masa-lah, anak merelit lah... rasanya BB Cream By SEQY Beauty ni, tak susah kot kalau sungguh nak "flawless" tuh...Ihikss... Selepas membersihkan kulit wajah anda, dah ber"toner" segala bagai... boleh jer terus aplikasikan BB Cream By SEQY Beauty nih. 



Tak perlu nak sapu banyak-banyak oiiii sampai jadi opera Cina... hanya dengan sepam sahaja dah cukup untuk "cover" seluruh wajah. Ianya adalah sejenis krim muka yang ringan, nipis dan "NOT CAKEY" yer...itu yang penting!!! Tak cukup dengan itu, ianya mempunyai pelindung UV SPF 30 yang bagus untuk menghalang kulit kita dari menjadi lebih gelap, menghalang jeragat dan juga penuaaan. Kalau lagi banyak kita terdedah kepada sinaran UV, lagi cepatlah kulit kita jadi tua ok? Owhhh...yaaa.... Ianya juga tidak berminyak. Dan warnanya "blend in" dengan warna kulit.


Secara ringkasnya:

1. BB Cream by SEQY Beauty ini adalah merupakan produk penjagaan kulit pelbagai guna.
2. Boleh dijadikan sebagai penutup asas, pelembap, pelindung daripada sinaran UV, mengurangkan parut jerawat.
3. Mampu menyamakan tona warna kulit yang tidak sekata.
4. Mengurangkan bintik hitam.
5. Mencegah berlakunya pigmentasi.
6. Teksturnya lembut dan ringan, kita tidak terasa seperti memakai bedak punnn....
7. Sesuai untuk mereka-mereka yang gemarkan solekan ringkas dan nipis atau yang jenis suka muka tu disapu dengan 1 kosmetik jerrr... tak perlu susah-susah...oles jer BB Cream ni di wajah anda.
8. Dipek secara praktikal dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Produk keluaran Bumiputera ini sangat sesuai untuk orang Asia. Iyalah kalau dah pengasasnya orang Asia, tentulah diciptakan khusus untuk orang Asia kannn???

Kandungan BB Cream by SEQY Beauty ini adalah gabungan aqua cream, beeswax, cetyl alcohol, octyl methoxycinnamate, cyclopentasiloxane, dimenthic one, caprylic/capric triglyceride, propylene glycol, titanium dioxide, iron oxides, sodium chloride dan phenoxyethanol.

Berita baik ni pada yang sememangnya jenis tak berapa nak rajin nak tempek-tempek banyak kosmetik di muka... Farah sangatlahhhh mengesyorkan anda untuk menggunakan BB Cream by SEQY Beauty. Didatangkan di dalam 3 ton warna yang bersesuaian dengan warna kulit pengguna iaitu Tone Light (1), Tone Natural (2) dan Tone Brown (3).


Mana Nak Dapatkan??? 




E-Mel: rohayayusof73@gmail.com


What's App:
017 | 341 6762


Instagram:


COD adalah di kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selayang dan Batu Caves. Harga BB Cream: RM 55 TIDAK TERMASUK KOS POS (Semenanjung Malaysia) dan RM 60 TIDAK TERMASUK KOS POS (Sabah dan Sarawak).