MISIKU KURUS - Persediaan diet

Assalamualaikum,

Tengah ambik mood, kumpul semangat nak mula diet, nak mulakan aktiviti kecergasan secara rutin.

( mesti yang ramai cakap, mesti hangat-hangat taik ayam je tu)

Kali ni nak buat lain sikit daripada kebiasaan diet lalu yang sering gagal tuhhh....dah ratus ribu kali dah kot.

Perancangan untuk kali ni:

1. Seminggu sekali pergi gym tak jauh dari rumah,RM5 sejam..pergi sejam dah la.

2. Sebelum pergi gym kena beli pakaian yang sesuai . Beli yang murah-murah dah la , dah kurus esok baru reward pakaian sukan yang cantik-cantik..dah lama teringin nak beli pakaian sukan yang cantik tapi saiz pakaian tu terlalu kecil untuk kak aya huhu..

3. Nak exercise kat rumah berpandukan Youtube...ada jumpa workout yang simple dan sesuai untuk newbie kertu macam kak aya ni.

4.Nak kena tulis misi besar-besar dan tampal pada satu tempat yang menjadi tumpuan kak aya...biar sentiasa ingat dan menghantui diri.

5. Apa lagi ek? Hmmmm...kena sediakan jadul pemakanan seimbang untuk kak aya.

BERAT terkini = 75kg ( dulu last mengandung sblm bersalin adalah 73kg)

Tinggi = 144cm

BMI= ?


Kira sendiri la ye.