MISIKU KURUS - PRA DIET

Assalamualaikum

Tak tau la ada tak perkataan pra diet ...saja je main tulis nak sedapkan tajuk.

Ni nak cerita tentang hari semalam ( hari Sabtu)...niat nak mula ajar minda dan perut yang tuan dia akan kurangkan makan sikit demi sikit.

Sarapan pagi

4 keping roti Gardenia Wholemeal ( plastik hijau tu)
1 Mug Milo Kosong (panas)
Air Suam  
Sepotong betik


Sarapan pagi tu pukul 8 mcm tu....kalau hari cuti memang masa makan jadi lebih awal berbanding daripada hari kerja dan makan tak ikut masa...asal teringat makanan, pergi selongkar kat dapur....kat rumah ni bukan banyak makanan sangat pun..keropok keping yang tak goreng lagi pun boleh jadi bahan kudapan.

Ok balik semula pada cerita hari semalam..sarapan pukul 8 seperti menu di atas tu...dalam pukul 10 dah mai rasa macam ketagih makanan...hmmm pergi dapur minum air suam..

Pukul 11 , makan biskut kering..eh dalam 4,5 keping jugak la ...hati dah rasa bersalah tapi malas nak fikir sangat.

Lepas tu dalam pukul 12, terasa lutut macam longgar sikit...nasi dah masak tapi lauk belum siap.
Fokus diet mula lari, target dalam minda saat itu nak cepat siap masak lauk. Nak makan nasi.

Biasa kalau hari kerja, waktu lunch adalah 12.30..kalau pukul 1 belum makan, kaki lemah nak melangkah.

Semalam terasa lemah macam tu la...makan nasi 3,4 senduk ,masak lemak ikan merah dan sayur kobis goreng, sambal belacan...eh tertambah 2 senduk lagi.

Ok jangan marah kak aya...hari pertama , itu pun baru pra diet tu.

Malamnya cadang nak makan oat je campur dengan milo kosong.

Pukul 7 dah mula makan malam, oat + milo kosong.

Tidur lewat, lapar.

Makan biskut beberapa keping lagi.

Eh....tolong la ..macam mana ni...hari hari masih panjang utk dilalui ...