Emosi pesakit buah pinggang

Assalamualaikum

Semua dah kenyang , Alhamdulillah anak-anak dah melayan mata....suami layan TV..ni la waktunya untuk mamanya melayan  blog.

Nasi 3 pot dah habis seperti hari-hari cuti selalunya....malam ni masak nasi lagi..baru best makan panas-panas.

Kejap lagi cadang nak goreng cekodok bilis..minum bersama Teh O panas...

Dah sediakan semua , tunggu nak goreng je...goreng extra untuk dibawak ke rumah Ucu...rutin hari cuti..tak sampai hati nak biarkan Ucu keseorangan time-time cuti ni.

Pukul 11 jemput Ucu dari tempat dialysis. ..tadi masa dia keluar dari tempat dialysis nampak longlai , pucat je..

Masuk je kereta, dia bagitau tadi selepas 2.30 minit buat dialysis, dia diserang sesak nafas lagi.

Memang saya selalu rasa sedih tapi kita jangan sekali tunjukkan kesedihan kita kepada dia..sebab kalau kita lemah, dia akan jadi makin lemah.

Kak Aya ada cerita kan hari tu ada ke HUKM untuk follow up tapak fistular yang dibuat pada bulan 9 baru ni..doktor check tempat jahit tu, dia cakap belum matang lagi dan datang semula lagi sebulan iaitu pada tarikh 25/11/2015.

Kak aya tak dapat masuk sekali jumpa doktor hari tu sebab boleh masuk sorang je..bila Ucu keluar dari bilik doktor lemah benar tengok dia melangkah...

Muka Ucu macam orang hilang harapan.

Masuk dalam kereta baru la dia bercerita.

1. Doktor tu check tempat jahit tu agak sedikit kasar, sakit sangat pada tempat jahit tu.

2. Doktor cakap, urat terlalu halus, tapak fistular tu tak boleh digunakan pada tempat asal, kena "belah" bahagian bawah lengan, makcik akan menjalani pembedahan "besar" bukan seperti sebelum ni..makcik akan "ditidurkan" sepenuhnya atau pun mungkin separuh tidur sahaja.

3. Nanti pada 25/11/2015 kita tengok sekali lagi , kalau dah matang, kita akan bagi tarikh utk belah bahagian bawah lengan.

Kita selalu berharap doktor akan bercakap dengan bahasa atau ayat yang membuatkan kita rasa agak lega walaupun kita tau tahap kritikal sakit kita itu.

Macam Ucu, dah ramai doktor yang dia telah jumpa sejak 6 bulan disahkan sakit ni...katanya kadang-kadang bangsa lain lebih berhemah lemah lembut bila bercakap berbanding orang kita.

Ucu memang rasa takut bila dengar perkataan BELAH, DITIDURKAN SEPENUHNYA, PEMBEDAHAN BESAR...benda ni sebenarnya sudah Ucu jangka tapi cara penyampaian yang agak kurang lembut pada jiwa pesakit membuatkan emosi pesakit agak tertekan.

Malam selepas follow up tu, Ucu mengalami kesakitan yang amat sangat pada tempat jahit yang terkeluar sedkit daripada benang, akibat check up yang agak terkasar siangnya, Ucu cakap sakit tu sampai dia berguling, berdenyut yang membuatkan satu badan sakit.. dia telan ubat penahan sakit pun tak hilang rasa sakit, Ucu hanya mampu basahkan lidah dengan kalimah Allah untuk redakan kesakitan. Esoknya Ucu ambil ubat lain kat tempat dialysis.

Sekarang ni Ucu menghitung hari menunggu 25/11/2015, dia asyik terfikir macam mana la operation tu nanti...

Pesakit mana-mana pun memang kita tau akan mengalami tekanan emosi...cuma beza bagaimana pesakit tu sendiri kawal tekanan tu..macam Ucu, Alhamdulillah dia memang kuat semangat dan ujian ni memang mendekatkan diri dia kepada Allah dan memang nampak dia lagi cool berbanding dulu yang sememangnya dia jenis cool..

Hmm macam mana dengan keadaan kita hari hari esok..hari ni kita tengok orang lain menderita kesakitan...kepada Allah jua yang mampu kita tadahkan doa agar dipermudahkan perjalanan hidup kita dan minta diringankan ujian ke atas kita walaupun kita yakin janji Allah, setiap ujian diberikan mengikut kemampuan hambaNYA, kita tetap tak putus berdoa agar sentiasa dimudahkan laluan di dalam menempuh ujian sebuah kehidupan menuju akhirat ini.

Ok..nak goreng cekodok dulu le..malam ni nak COD barang ke Taman Melati.


Resipi Masak Lemak Ikan Masin

Assalamualaikum

Dah siap masak ke? Awalnya..

Kak Aya tengah goreng sayur tu...nasi dah masak, kalau hari cuti masak nasi 3 pot, makan untuk 5 beranak.

Menu hari ni:

Masak lemak ikan masin..ikan keras ekor ( ikan cencaru atau ikan jaket)..Ikan ni mak yang buat kering dan kirimkan kepada adik baru-adik baru ni.

( Sorry kalau nak tengok gambar, memang kak aya ni jenis keturunan malas nak snap gambar, tambah-tambah skrg ni guna handphone pinjam).

Orang Terengganu memang panggil ikan cencaru ni dengan panggilan ikan keras ekor...biasa mak beli ikan ni, siang belah belakang, letak garam ..perapkan dengan asam keping dalam bekas atau balang selama sehari dua..lepas tu basuh ikan tu dan jemur kering.

Kalau dah kering tu terpulang la nak goreng atau nak masak lemak..kalau kat rumah mak kat kampung tu memang suka goreng garing-garing, makan dengan nasi panas berlaukkan sayur lemak putih sawi , sambal belacan dan ulam timun.

Eh panjang pulak cerita mengenai ikan keras ekor..

Selain masak lemak ikan keras ekor, lauk lain hari ni cuma ikan kembung goreng dan kobis goreng campur udang kecik.

Cukuplah kan...itu pun dah syukur sangat sebab hari-hari biasa asyik makan lauk kedai je.

Hari ni nak share resipi ikan keras ekor masak lemak Kak Aya ni...haruslah diingat, lauk ini dimasak menggunakan bahan yang sedia ada dalam "pantry" kak aya je..

Bahan-bahan:

4 ekor ikan cencaru kering/masin 

Santan ( daripada sebiji kelapa)

4-5  biji Cili Merah ( sepatutnya cili api, tapi tak ada pulak cili api kat dapur tu)

Kunyit hidup - agak-agak la sendiri

Bawang Merah ( tak letak pun tak apa , mak mertua kak aya cakap kalau pure masak lemak cili api, tak ada bawang merah dalam resipi , tapi kak aya derhaka pada resipi orang nogori, kak aya letak bawang merah seulas dua..

1 biji kentang ( patutnya letak nenas, baru la ummpphhhhh)


Cara-cara:

Cili merah,kunyit , bawang merah di blend lumat.nak tumbuk pakai alu dan lesung batu, lagi la bagus .kak aya tak sempat nak tumbuk sebab berkejar nak ke Pusat Dialysis tadi, jemput Ucu...kesian Ucu sesak nafas lagi tadi...pucat lesi mukanya..

Santan dan bahan yang diblend tu campur bersama atas api yang sederhana .

Masukkan santan dan asam keping.

Kacau perlahan , jangan bagi pecah santan tu...fail yang amat kalau masak lemak , santan tu pecah melata..memang sangat jatuh standard dimata orang Nogori, tau tak?

Lepas dah hampir masak kuah gulai tu baru la masukkan ikan kering/masin tu.

Nak tambah garam gula atau apa-apa, itu terpulang la pada selera masing-masing.

Dah masak tu, tutuplah apinya dan hidangkan la untuk santapan sekeluarga.

Siap.

Sekian dari dapur Chef Ayaya .

Selamat Menjamu Selera Bersama Keluarga di Hari Cuti.




Nak kurus macam Datin Norjuma

Assalamualaikum

Siapa tak nak kurus macam ni?


Makan hati tengok badan dia ni..

Tapi memang dia bermujahadah gila untuk dapat sekurus ni..boleh belek entry lama kak aya, bagaimana dia usaha untuk kurus.

Nabil dan Gegar Vaganza

Assalamualaikum,

Dasat ...waktu dah nak merangkak ke pagi..mata masih terkebil-kebil.

Dah tidur tadi tapi terjaga..manfaatkan masa ketika terjaga ni sebaik mungkin...sambil sambil tu kita ambik peluang untuk update blog.

Semalam ketika di Tampin, Kak Aya berpeluang menonton rancangan Gegar Vaganza yang dihoskan oleh Nabil dan Jihan.

Tahun lepas Kak Aya ikuti rancangan ni.

Tahun ni tak lagi.

Dah potong line Astro.

Jadi langsung tak tau la mengenai program ni tahun ni..

Ketika di Tampin tu, hajat hati nak nengok Anugerah Skrin tapi tak dapat tengok , tuan rumah memilih untuk menonton program Gegar Vaganza tu..hmm ok je la mana-mana pun..mana yang orang pasang, itu yang kita tengok.

Dulu kak aya suka dengan Nabil ni, sekarang ni pun tidak la kata Kak Aya ni benci dia cuma kurang selesa dengan sikap dia yang banyak sangat cakap..mulut ni tak boleh dibiarkan main lepas je..kena jaga-jaga juga.

Kalau makin banyak kita bercakap, makin banyak kita akan buat silap, bila makin banyak kita lakukan kesilapan, selebihnya lu pikir la sendiri hi hi.

Sejak program ni berlangsung tahun lepas, Kak Aya memang kurang gemar dengan tabiat cakap banyak atau banyak cakap Nabil ni

Ketika program semalam pun kak aya rasa dia masih lagi banyak cakap..eh kak aya bukan kondem dia atau apa, kak aya tak rasa pun dia berminat nak baca entry kak aya ni tapi sebagai seorang yang meminati bakat beliau sejak awal penglibatan beliau di dalam rancangan Raja Lawak, rasanya tak salah untuk memberi teguran kecil...tak apalah dia tak baca pun.

Kak Aya suka dengan bakat dia...bukan senang nak melawak sorang-sorang , nak bagi orang ketawa kerana lawak tu lawak bukan gelak kerana lawak bodoh..memang Kak Aya respect dengan bakat dan kebolehan dia.

Tetapi sebagai pengacara sesuatu rancangan, pada hemat kak aya yang tak ada ilmu di dalam dunia pengacaraan dan hiburan, Nabil perlu menilai semula komen-komen yang diberikan mengenai sikap beliau itu...apatah lagi dengan title "haji" ..rasanya memang perlu ada perubahan yang lebih positif.

Apa pun kak aya tetap suka bila Nabil atas pentas untuk stand up komedi.

Ok bye

Salam dinihari.

P/S : Kak Aya cadangkan Pak Nil mengacarakan program ni pada masa akan datang.

Bukan Naelofar tapi Aidijuma

Assalamualaikum

(tajuk tu nak bagitau kak aya pakai tudung Aidijuma)

Jam 2.19 dah sekarang ni..mata belum ngantuk. On pc, update blog.

Salah satu azam untuk 1437H ni nak hidupkan semula blog yang sendu ni.

Tak boleh nak lena sebab bunyi mercun segenap penjuru taman ni, dah macam duduk di dalam kawasan perang pulak rasanya

**************************************************************

Ini le rupa tuan blog yang terkini.

Cantik tak kak ton? Hi hi ntah apa-apa kak aya ni.

Berat 75 kg OK..
jgn memain. Sangat gemuk.
Sangat.

Bahagian kelopak mata tu sangat berlemak.

Tapi muka dah kurang jeragat, berkat konsisten gunakan produk Seqy Beauty, dengan izin Allah jua, jeragat kian memudar **** sempat iklan, sorryyy

Itu baju jubah yang kak aya baru tempah.

Besar sangat.

Sangat gedoboh rasanya.

Ya Allah..kuatkan lah semangat aku dalam usaha nak melawan nafsu makan.

Amiin.