Minggu ini je

contact kak aya, ok?

017346762..
SMS , whatsapp, telegram semua boleh


Cemburu si Adik

Assalamualaikum,

Pukul 12 tengah malam ni, berakhir jualan combo Seqy Beauty ye!

Boleh roger kak aya kepada yang berminat tu, sebab memang murah kalau beli set combo.

Malam ni nak share kisah Umar...dia memang cepat jeles kalau kakak tu lebih hebat daripada dia.

Semalam, angkut semua anak-anak seawal pagi, tunggu depan pintu Giant, Batu Caves...nak belikan handphone untuk si kakak.

Memang dah janji dengan Nadhirah, kalau dapat 5A atau Mumtaz atau keduanya memang nak hadiahkan dia handphone.

Alhamdulillah dia dapat 5A dan Mumtaz, jadi confirm-confirmlah dia tuntut hadiah yang dijanjikan tu, sementelah dia tu tak pernah ada handphone selama hari ni.

Selalunya dia guna handphone kak aya je la, kadang-kadang kita ni pulak macam meminjam handphone dia..sebab hampir setiap masa handphone kita kat tangan dia.

Belikan dia Samsung V Plus RM299, dia pilih sendiri...dia cakap cukuplah yang tu , tak adalah macam kawan-kawan dia siap meminta hadiah Iphone...kedudukan kewangan ibubapa tak sama , jadi anak-anak tak boleh demand sama seperti kawan-kawan..kena tengok kepada kemampuan ibubapa kita sendiri.

Bila si kakak dapat handphone, secara automatiknya si adik akan menunjukkan riak cemburu.

"seronoklah kakak, dapat handphone"

"Umar ni apa pun tak dapat"

"dalam rumah kita ni, Umar je la yang tak ada handphone , Zahra tu budak kecik lagi"

"esok-esok kalau kakak masuk asrama, Umar nak chat dengan kakak mesti susah sebab Umar takde handphone sendiri"

" kalau umar ada handphone boleh la whatsapp mama kat ofis"

dan macam-macam kalau lagi keluar dari mulut Umar.

Hari ni dia cakap nak simpan duit belanja sekolah tahun depan selama 3bulan, confirm dapat beli handphone dan juga tab.

Hmm kak aya buat dengar tak dengar je anganan dia tu.

Exam akhir tahun baru ni , Umar kutip nombor bukan main banyak, nyaris-nyaris nak tergelincir ke kelas kedua.

Jadi tahun depan dia kena kerja keras sebab nak kejar balik kedudukan.

Dia cakap , " OK Umar boleh belajar rajin-rajin tapi belikan handphone dulu, esok boleh tak?

Memang angan-angan mat jenin la jawabnya.

Kita tengok tahun depan macam mana Umar berusaha.

Hanya 3 hari

Assalamualaikum

Whatsapp segera OK? 0173416762

Naik SMS pun OK.

Lusa tamat jualan combo ni ye!


DRAMA KAU AKU KITA

Assalamualaikum

Sejak Astro dah tak ada kat rumah ni, kak aya kembali ada masa untuk menonton drama..ye la kalau dulu mesti Umar yang pegang remote control Astro.

Dah lama gila tak ada cerita kegemaran sendiri.

Sekarang ni nak kata dah ada cerita kegemaran tu tak la jugak.

Sambil-sambil lipat kain tu ada la jugak jeling-jeling drama kat TV3 selepas Buletin Utama.

Setakat ni drama yang agak mengikat mata ni menonton sambil sibuk melipat kain baju adalah Drama Kau Kita Aku.

Ekceli tak ada la nengok betul-betul sangat pun.

Tengok fokus tak fokus je..asalnya sukakan watak Shamsul Ghau Ghau...lama-lama sukakan anak Shamsul Ghau Ghau pulak he he...tak adalah,gurau je...memang menunggu je Shamsul Ghau Ghau keluar dengan loghat Kelate dia..mesti Kak Aya gelak.

Baru je tengok beberapa episod, tak tau sangat apa kisah sebenarnya...nampak macam kisah kahwin terpaksa...tak kisah la janji watak Shamsul tu memang best!

Oleh kerana Kak Aya ni jenis tak begitu tinggi tahap sabar untuk mengetahui pengakhirannya macam mana, ada baiknya pergi cari novel KAU AKU KITA, tulisan Orkid Edyliyne.

Mesti berlari ke kedai Uncle di Pertama bila dapat gaji nanti.

Beli dan baca sorang-sorang.

Lepas tu jual semula novel kat Car Boot Sale.



Kisah Umar dan Nadhirah

Assalamualaikum

Dah tidur ye semua?

Rasa macam dah lama bebenor tak ngadap blog...sibuk, tak sihat, tak ada mood semua bersatu, yang jadi mangsa adalah blog ni ...

Minggu ni ada 2 peristiwa manis berlaku di dalam kehidupan kami sekeluarga.

Alhamdulillah Nadhirah mendapat 5A di dalam peperiksaan UPSR dan Mumtaz untuk peperiksaan UPSRA.

Semoga ini satu langkah pertama untuk langkah-langkah seterusnya yang lebih berliku.

Dulu kak aya tak mampu nak jejak kaki hingga ke peringkat tertinggi, kepada anak-anak la harapan kak aya letakkan...memang cerita pasal harapan dan anak-anak, satu malam menaip pun tak habis.

Di akhirnya, kita kena yakin Allah jua yang menentukan segalanya.. kita rasa dah elok merancang tapi perancangan Allah itu Maha Hebat. 

Berita gembira lain yang tak cukup penting di dalam kehidupan kami sekeluarga, Umar telah pun bersunat.

Eh jangan la cakap - bersunat pun berita gembira ke?

Memang la gembira...menandakan anak kita dah dewasa. Bakal jadi anak bujang.

Umar ni manja sikit...eh manja banyak la jugak boleh dikatakan.

Kak aya menunggu di luar bilik doktor je, memang tak sanggup nak masuk temankan Umar.

Abahnya yang menemankan Umar.

Perasaan sang ibu kat luar tu, jangan cerita la..macam nenek tunggu kelahiran cucu sulung je gayanya.

Tak senang duduk.

Berdiri pun tak senang sebab lenguh!

Dekat 45 minit jugak la proses semua tu.

Balik rumah kejap, kesan ubat bius dah hilang.

Hmmmm apa lagi, menangis la si Umar.

Bila abah dia ada, dia sekadar mengerang je...sekali nak dijadikan cerita, gas kat dapur abis .

Abah keluar beli gas, Umar mula la menangis-nangis...Mama dia tak tau nak buat apa.

"Umar, sabar la...sakit ni Allah nak bagi kita ingat semula bagaimana sakitnya mama nak lahirkan Umar dulu...sakit ni Allah nak jadikan Umar kuat, hebat, gagah...bla bla bla bla.."

Tetap jugak menangis.

Dah bagi ubat tahan sakit pun masih menangis...sakit....sakit....berdenyut...nyutttt....

Bunyi kereta depan rumah..Umar terus perlahankan rentak tangisan.

Abah masuk sambil angkat tong gas...Umar hanya bersuara perlahan je.

Nampak tak betapa takut dengan abah? 

Abah tanya, tak sakit kan?

Nak angguk macam tak betul, nak geleng macam tak tergeleng..

Last-last tertidur.

Lepas-lepas tu langsung tak sakit hingga saat kak aya menaip ni.

Alhamdulillah.

Tapi kuat makan melebihi waktu sihat.

Walaupun sekadar lauk ikan tenggiri panggang, dia asyik cakap sedap je.

Sedap berbanding biasa ni, Ma..

Ambik hati mama kot...tambah-tambah mama yang menyuap nasi ke mulut Umar.

Hmm anak anak.

OK la ..itu je nak share.

Syukur dengan segala pemberianMU YA ALLAH.



DIET ATKINS - Please share


Assalamualaikum

Kenapa la walaupun puasa selang sehari, exercise pun dah buat tapi 1 kg pun tak hancur lemak dalam badan ni....

Ye memang faham, kalau kalori masuk = kalori keluar, berat maintain.

Aduhhh ...satu lagi penyebab kepada masalah berat badan langsung tak menyusut kerana kadar metabolisme badan yang sangat lemah.

Dan faktor umur pun ye..makin meningkat umur, makin slow kadar metabolisme...

Kak Aya tak pandai sangat bab-bab sains ni.

Eh niat asalnya nak tanya , ada tak reader blog kak aya ni yang sukses dengan diet atkins.

Please share.....macam nak cuba walaupun dah byk kali berniat nak mencuba tapi sekadar tinggal niat je.

TQ in advance pada yang sudi share.

Reward daripada Stokis Seqy Beauty

Assalamualaikum

Sekarang 1.05 pagi.

Lately kak aya sering tidur lewat..mata susah nak lena.

Tambah-tambah fikir berat badan kian mencanak..lagi runsing lagi sedap makan..

Kena redho dah agaknya, memang akan berlemak tepu selamanya.

Semalam cuba la nak ikut stail Diet Atkins, seharian kak aya tak dapat buat apa-apa, sakit kepala bukan kepalang, lutut pun menggigil...mungkin tak sesuai untuk orang berusia macam kak aya.

Ok lupakan dulu la pasal diet-diet ni semua.

Cerita pasal reward ni,  kak aya sendiri pun tak sangka akan dapat reward sehelai Shawl daripada Stokis Ira ..ye la kak aya ni bukanlah pandai sangat tarik customer.

Apa je reward yang Big Boss sediakan, belum pernah ada rezeki setakat ni...

Bukan senang nak meniaga...pada kak aya, sangat mencabar.

Sebulan nak dapat 20 customer pun susah, bagi kak aya walaupun ada je yang dapat jual beratus-ratus sebulan.

Ramai agen yang dah merasa reward best-best..satu perkara yang penting, tak boleh mudah putus asa sekali pun kita dah cuba macam-macam cara tapi rezeki tetap belum berpihak kepada kita...Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNYA..Dia mesti ada sebab kenapa belum makbulkan doa hambaNYA.

rezeki setiap dari kita adalah tak sama..mungkin rezeki kak aya dalam bentuk lain.itu semua rahsia Allah..yang penting jangan berputus asa teruskan berusaha, jangan lupakan Allah walau apa jua situasi.

Masa Ira announced kat dalam  Group Whatsapp, pemenang untuk reward pencapaian tertinggi bulan September ada @rohaya_yusuf.memang terkejut...itu baru reward dari Stokis..kalau dapat reward dari pihak Big Boss, tak tau la mcm mana ..tersengih sepanjang hari agaknya.

Inilah rupa dan warna shawl yang kak aya dapat.Cantik colournya..kainnya jenis Silky Chiffon.

Cuma kak aya tak begitu pandai pakai Shawl...tak lulus!


Terima kasih banyak-banyak Ira sebab selalu support kak aya...selalu bagi kata-kata dorongan...terima kasih untuk suami dan anak-anak, banyak bagi sokongan.

Impian kak aya sekarang ni nak cuba berusaha sungguh2 untuk mencapai target untuk reward PAKEJ UMRAH UNTUK 2 ORANG walaupun kalau ditengok kepada sejarah jualan kak aya, memang impian ni tak mungkin untuk digapai namun kita kena berusaha sambil berdoa dan berserah kepada Allah..yang penting usaha dulu.

Perlu jual 5000 point = lebih kurang 1000 pcs dalam masa 6 bulan.

Kebiasaannya kak aya hanya dapat jual 20-30 pcs je sebulan...acaner tu?

Jadi sesiapa yang nak beli produk Seqy Beauty, beli dari kak aya ye ):

KEPUTUSAN PSRA & UPSR 2015

Assalamualaikum

Debaran ibu lebih hebat berbanding debaran anak yang menduduki peperiksaan.

Semoga keputusan yang bakal keluar esok dan lusa adalah permulaan terbaik untuk perjalanan yang lebih panjang.

Siapa lagi yang turut berdebar esok dan lusa? 



Wajah wajah orang yang akan terima keputusan esok dan lusa.


Promosi Seqy beauty

Assalamualaikum

Semua ready stok ye.

Contact kak aya 0173416762 untuk order.

Esok COD area UIAM & Taman Melati , Batu Caves , Semua jajahan Selayang.


Naelofar hijab

Assalamualaikum

Lebat hujan malam ni.

Alhamdulillah.

OOTD la ni kononnya.

*blouse kepunyaan Mak..sebab tu sungguh melekat..asalnya longgar tapi ntah nape mcm makin mengecil pulak blouse ni..Mak tk selesa nk pakai sb terlalu besar dgn bdn Mak yg hanya seberat 48kg

* tudung Naelofar kepunyaan Anak.

OK baiii


Misiku kurus - Nusaibah Dress by Yatt Hamzah

AWAS!! Ini bukan Kak Aya.




Bila la dapat pakai jubah ni..dah beli banyak bulan dah..ambik saiz paling besar dah...XXL..namun masih belum muat untuk memakainya..ohhh sedeyyyy sangat..






Yang ni baru la tuan blog ni..bersemangat ambik jubah paling besar saiznya...labuh meleret tapi badannya ketat bila kak aya sarung...dah hantar utk potong bahagian labuh jubah tu..still belum muat ..


Kak Aya harap dapat pakai pada hari jadi nanti..tapi memandangkan tarikh hari jadi dah dekat sangat dah, mustahil dapat pakai sebab mustahil dapat potong lemak yang bertempek tempek bertenggek dibadan ni

Terpaksalah simpan lagi jubah ni , tak tau untuk tempoh berapa lama.

Ya Allah, Kau berikan lah aku kekuatan untuk terus berusaha buang lemak di badan demi untuk kesihatan badan ku, agar dapat ku beribadat lebih banyak lagi pada MU dengan kesihatan yang KAU berikan..agar dapat ku manfaatkan kesihatan yang KAU kurniakan. AMIIN








Emosi pesakit buah pinggang

Assalamualaikum

Semua dah kenyang , Alhamdulillah anak-anak dah melayan mata....suami layan TV..ni la waktunya untuk mamanya melayan  blog.

Nasi 3 pot dah habis seperti hari-hari cuti selalunya....malam ni masak nasi lagi..baru best makan panas-panas.

Kejap lagi cadang nak goreng cekodok bilis..minum bersama Teh O panas...

Dah sediakan semua , tunggu nak goreng je...goreng extra untuk dibawak ke rumah Ucu...rutin hari cuti..tak sampai hati nak biarkan Ucu keseorangan time-time cuti ni.

Pukul 11 jemput Ucu dari tempat dialysis. ..tadi masa dia keluar dari tempat dialysis nampak longlai , pucat je..

Masuk je kereta, dia bagitau tadi selepas 2.30 minit buat dialysis, dia diserang sesak nafas lagi.

Memang saya selalu rasa sedih tapi kita jangan sekali tunjukkan kesedihan kita kepada dia..sebab kalau kita lemah, dia akan jadi makin lemah.

Kak Aya ada cerita kan hari tu ada ke HUKM untuk follow up tapak fistular yang dibuat pada bulan 9 baru ni..doktor check tempat jahit tu, dia cakap belum matang lagi dan datang semula lagi sebulan iaitu pada tarikh 25/11/2015.

Kak aya tak dapat masuk sekali jumpa doktor hari tu sebab boleh masuk sorang je..bila Ucu keluar dari bilik doktor lemah benar tengok dia melangkah...

Muka Ucu macam orang hilang harapan.

Masuk dalam kereta baru la dia bercerita.

1. Doktor tu check tempat jahit tu agak sedikit kasar, sakit sangat pada tempat jahit tu.

2. Doktor cakap, urat terlalu halus, tapak fistular tu tak boleh digunakan pada tempat asal, kena "belah" bahagian bawah lengan, makcik akan menjalani pembedahan "besar" bukan seperti sebelum ni..makcik akan "ditidurkan" sepenuhnya atau pun mungkin separuh tidur sahaja.

3. Nanti pada 25/11/2015 kita tengok sekali lagi , kalau dah matang, kita akan bagi tarikh utk belah bahagian bawah lengan.

Kita selalu berharap doktor akan bercakap dengan bahasa atau ayat yang membuatkan kita rasa agak lega walaupun kita tau tahap kritikal sakit kita itu.

Macam Ucu, dah ramai doktor yang dia telah jumpa sejak 6 bulan disahkan sakit ni...katanya kadang-kadang bangsa lain lebih berhemah lemah lembut bila bercakap berbanding orang kita.

Ucu memang rasa takut bila dengar perkataan BELAH, DITIDURKAN SEPENUHNYA, PEMBEDAHAN BESAR...benda ni sebenarnya sudah Ucu jangka tapi cara penyampaian yang agak kurang lembut pada jiwa pesakit membuatkan emosi pesakit agak tertekan.

Malam selepas follow up tu, Ucu mengalami kesakitan yang amat sangat pada tempat jahit yang terkeluar sedkit daripada benang, akibat check up yang agak terkasar siangnya, Ucu cakap sakit tu sampai dia berguling, berdenyut yang membuatkan satu badan sakit.. dia telan ubat penahan sakit pun tak hilang rasa sakit, Ucu hanya mampu basahkan lidah dengan kalimah Allah untuk redakan kesakitan. Esoknya Ucu ambil ubat lain kat tempat dialysis.

Sekarang ni Ucu menghitung hari menunggu 25/11/2015, dia asyik terfikir macam mana la operation tu nanti...

Pesakit mana-mana pun memang kita tau akan mengalami tekanan emosi...cuma beza bagaimana pesakit tu sendiri kawal tekanan tu..macam Ucu, Alhamdulillah dia memang kuat semangat dan ujian ni memang mendekatkan diri dia kepada Allah dan memang nampak dia lagi cool berbanding dulu yang sememangnya dia jenis cool..

Hmm macam mana dengan keadaan kita hari hari esok..hari ni kita tengok orang lain menderita kesakitan...kepada Allah jua yang mampu kita tadahkan doa agar dipermudahkan perjalanan hidup kita dan minta diringankan ujian ke atas kita walaupun kita yakin janji Allah, setiap ujian diberikan mengikut kemampuan hambaNYA, kita tetap tak putus berdoa agar sentiasa dimudahkan laluan di dalam menempuh ujian sebuah kehidupan menuju akhirat ini.

Ok..nak goreng cekodok dulu le..malam ni nak COD barang ke Taman Melati.


Resipi Masak Lemak Ikan Masin

Assalamualaikum

Dah siap masak ke? Awalnya..

Kak Aya tengah goreng sayur tu...nasi dah masak, kalau hari cuti masak nasi 3 pot, makan untuk 5 beranak.

Menu hari ni:

Masak lemak ikan masin..ikan keras ekor ( ikan cencaru atau ikan jaket)..Ikan ni mak yang buat kering dan kirimkan kepada adik baru-adik baru ni.

( Sorry kalau nak tengok gambar, memang kak aya ni jenis keturunan malas nak snap gambar, tambah-tambah skrg ni guna handphone pinjam).

Orang Terengganu memang panggil ikan cencaru ni dengan panggilan ikan keras ekor...biasa mak beli ikan ni, siang belah belakang, letak garam ..perapkan dengan asam keping dalam bekas atau balang selama sehari dua..lepas tu basuh ikan tu dan jemur kering.

Kalau dah kering tu terpulang la nak goreng atau nak masak lemak..kalau kat rumah mak kat kampung tu memang suka goreng garing-garing, makan dengan nasi panas berlaukkan sayur lemak putih sawi , sambal belacan dan ulam timun.

Eh panjang pulak cerita mengenai ikan keras ekor..

Selain masak lemak ikan keras ekor, lauk lain hari ni cuma ikan kembung goreng dan kobis goreng campur udang kecik.

Cukuplah kan...itu pun dah syukur sangat sebab hari-hari biasa asyik makan lauk kedai je.

Hari ni nak share resipi ikan keras ekor masak lemak Kak Aya ni...haruslah diingat, lauk ini dimasak menggunakan bahan yang sedia ada dalam "pantry" kak aya je..

Bahan-bahan:

4 ekor ikan cencaru kering/masin 

Santan ( daripada sebiji kelapa)

4-5  biji Cili Merah ( sepatutnya cili api, tapi tak ada pulak cili api kat dapur tu)

Kunyit hidup - agak-agak la sendiri

Bawang Merah ( tak letak pun tak apa , mak mertua kak aya cakap kalau pure masak lemak cili api, tak ada bawang merah dalam resipi , tapi kak aya derhaka pada resipi orang nogori, kak aya letak bawang merah seulas dua..

1 biji kentang ( patutnya letak nenas, baru la ummpphhhhh)


Cara-cara:

Cili merah,kunyit , bawang merah di blend lumat.nak tumbuk pakai alu dan lesung batu, lagi la bagus .kak aya tak sempat nak tumbuk sebab berkejar nak ke Pusat Dialysis tadi, jemput Ucu...kesian Ucu sesak nafas lagi tadi...pucat lesi mukanya..

Santan dan bahan yang diblend tu campur bersama atas api yang sederhana .

Masukkan santan dan asam keping.

Kacau perlahan , jangan bagi pecah santan tu...fail yang amat kalau masak lemak , santan tu pecah melata..memang sangat jatuh standard dimata orang Nogori, tau tak?

Lepas dah hampir masak kuah gulai tu baru la masukkan ikan kering/masin tu.

Nak tambah garam gula atau apa-apa, itu terpulang la pada selera masing-masing.

Dah masak tu, tutuplah apinya dan hidangkan la untuk santapan sekeluarga.

Siap.

Sekian dari dapur Chef Ayaya .

Selamat Menjamu Selera Bersama Keluarga di Hari Cuti.




Nak kurus macam Datin Norjuma

Assalamualaikum

Siapa tak nak kurus macam ni?


Makan hati tengok badan dia ni..

Tapi memang dia bermujahadah gila untuk dapat sekurus ni..boleh belek entry lama kak aya, bagaimana dia usaha untuk kurus.

Nabil dan Gegar Vaganza

Assalamualaikum,

Dasat ...waktu dah nak merangkak ke pagi..mata masih terkebil-kebil.

Dah tidur tadi tapi terjaga..manfaatkan masa ketika terjaga ni sebaik mungkin...sambil sambil tu kita ambik peluang untuk update blog.

Semalam ketika di Tampin, Kak Aya berpeluang menonton rancangan Gegar Vaganza yang dihoskan oleh Nabil dan Jihan.

Tahun lepas Kak Aya ikuti rancangan ni.

Tahun ni tak lagi.

Dah potong line Astro.

Jadi langsung tak tau la mengenai program ni tahun ni..

Ketika di Tampin tu, hajat hati nak nengok Anugerah Skrin tapi tak dapat tengok , tuan rumah memilih untuk menonton program Gegar Vaganza tu..hmm ok je la mana-mana pun..mana yang orang pasang, itu yang kita tengok.

Dulu kak aya suka dengan Nabil ni, sekarang ni pun tidak la kata Kak Aya ni benci dia cuma kurang selesa dengan sikap dia yang banyak sangat cakap..mulut ni tak boleh dibiarkan main lepas je..kena jaga-jaga juga.

Kalau makin banyak kita bercakap, makin banyak kita akan buat silap, bila makin banyak kita lakukan kesilapan, selebihnya lu pikir la sendiri hi hi.

Sejak program ni berlangsung tahun lepas, Kak Aya memang kurang gemar dengan tabiat cakap banyak atau banyak cakap Nabil ni

Ketika program semalam pun kak aya rasa dia masih lagi banyak cakap..eh kak aya bukan kondem dia atau apa, kak aya tak rasa pun dia berminat nak baca entry kak aya ni tapi sebagai seorang yang meminati bakat beliau sejak awal penglibatan beliau di dalam rancangan Raja Lawak, rasanya tak salah untuk memberi teguran kecil...tak apalah dia tak baca pun.

Kak Aya suka dengan bakat dia...bukan senang nak melawak sorang-sorang , nak bagi orang ketawa kerana lawak tu lawak bukan gelak kerana lawak bodoh..memang Kak Aya respect dengan bakat dan kebolehan dia.

Tetapi sebagai pengacara sesuatu rancangan, pada hemat kak aya yang tak ada ilmu di dalam dunia pengacaraan dan hiburan, Nabil perlu menilai semula komen-komen yang diberikan mengenai sikap beliau itu...apatah lagi dengan title "haji" ..rasanya memang perlu ada perubahan yang lebih positif.

Apa pun kak aya tetap suka bila Nabil atas pentas untuk stand up komedi.

Ok bye

Salam dinihari.

P/S : Kak Aya cadangkan Pak Nil mengacarakan program ni pada masa akan datang.

Bukan Naelofar tapi Aidijuma

Assalamualaikum

(tajuk tu nak bagitau kak aya pakai tudung Aidijuma)

Jam 2.19 dah sekarang ni..mata belum ngantuk. On pc, update blog.

Salah satu azam untuk 1437H ni nak hidupkan semula blog yang sendu ni.

Tak boleh nak lena sebab bunyi mercun segenap penjuru taman ni, dah macam duduk di dalam kawasan perang pulak rasanya

**************************************************************

Ini le rupa tuan blog yang terkini.

Cantik tak kak ton? Hi hi ntah apa-apa kak aya ni.

Berat 75 kg OK..
jgn memain. Sangat gemuk.
Sangat.

Bahagian kelopak mata tu sangat berlemak.

Tapi muka dah kurang jeragat, berkat konsisten gunakan produk Seqy Beauty, dengan izin Allah jua, jeragat kian memudar **** sempat iklan, sorryyy

Itu baju jubah yang kak aya baru tempah.

Besar sangat.

Sangat gedoboh rasanya.

Ya Allah..kuatkan lah semangat aku dalam usaha nak melawan nafsu makan.

Amiin.



Nak kurus macam Norjuma? Jom skipping

Assalamualaikum,

Niat untuk berpuasa selang sehari , failed!!!!! dek kerana balik kampung, memang ke laut la jadinya...kalau balik kampung, hidangan sentiasa tip top , kalah makanan hotel 5 bintang!

Hari ni pun tak puasa jugak padahal dah balik Selayang semula..apakah? Mula-mula salahkan balik kampung, dah hari ni kenapa tak puasa jugak , dah jauh dari kampung pun..dasarrrrrr sangat kenn.

Ok, kak aya surrendered, memang masih banyak perlu tarbiahkan hati ni untuk bermujahadah melawan nafsu makan!

Sebenarnya , Kak Aya dah cuba menggunakan tali skipping tu  beberapa kali sejak 2 minggu lepas..selang satu malam cuba melompat guna tali ni.

Ok sejujurnya memang lompatan yang tak ada rupa lompatan sebab tali tu kalau tak tersangkut pada kaki mesti sangkut kat bahu.

Kak Aya melompat sangkut sangkut macam tu sampai kiraan 200...eh hampir 20 minit nak habiskan 200 lompatan.

Peluh memang merenjis atas lantai...fuhhh.....

Malam ni berazam nak lompat sampai 500, tak kira la sangkut-sangkut pun....at least berusaha untuk melompat.

Kak Aya cuba goggle,apakah kebaikan melompat guna tali skipping ni.

Meh sini, baca apa yang Kak Aya share ni:

Menggunakan tali skipping didalam latihan kecergasan dan pembakaran kalori anda adalah salah satu latihan senaman yang amat mudah dilakukan. Mengikut kajian yang dijalankan melompat tali skipping selama 30 minit akan menghasilkan pembakaran kalori lebih kurang sebanyak 300 kalori. Mari kita lihat beberapa kelebihan jika kita melompat tali skipping.


Sistem kardiovaskular anda melibatkan jantung dan arteri dan urat yang membawa darah dan oksigen ke hati dan seluruh badan. Dengan melakukan aktiviti ini, ia dapat membantu meningkatkan kesihatan dan meningkatkan system kardiovaskular anda.


Melompat tali skipping adalah senaman ringkas, mudah dan murah. Jika anda mempunyai satu set tali skipping ini, anda jangan menunggu untuk menikmati kelebihan alatan senaman ini. Anda harus gunakanya kerana ianya boleh dilakukan dimana-mana seperti di tepi jalan, luar rumah, dan sebagainya.


Jika kita melakukan latihan lompatan tali ini, ia akan melibatkan kekuatan otot anda lebih-lebih lagi dibahagian otot bahagian bawah badan anda seperti kaki, betis dan sebagainya.

Sebelum anda melakukan senaman ini, pastikan anda tahu tahap kecergasan dan tahap fizikal anda. Pastikan ianya tidak memudaratkan dan tidak melibatkan kecederaan kepada anda.
Latihan lompat tali ini melibatkan penekanan otot kaki anda. Mungkin bagi sesetengah individu, anda mungkin mengalami kesakitan di kaki anda. Otot telah bekerja keras untuk melakukan senaman ini dan ia akan pulih selepas beberapa hari.

Akhir sekali, terdapat banyak lagi kelebihan yang boleh anda perolehi dengan melakukan senaman ini kerana ia dapat membantu mempercepatkan pembakaran lemak dan meningkatkan stamina anda.


Sumber : http://news.mylaunchpad.com.my/lifestyle-entertainment/article/articleid/554139/kelebihan-dan-kegunaan-tali-skipping



JOM JOIN KAK AYA, SAMA-SAMA EXERCISE, BANTERAS OBESITI!


Tentang Ucu - Ujian Pesakit Buah Pinggang

Assalamualaikum

Lama Kak Aya tak share perkembangan Ucu...dah lebih 6 bulan Ucu disahkan mengalami kegagalan buah pinggang pada tahap terakhir.

Sekarang ni Ucu menjalani dialysis sebanyak 3 kali seminggu , setiap Selasa, Khamis dan Sabtu bermula 7 pagi hingga 11 pagi di Pusat Dialysis Islah, Batu Caves Centrepoint dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Zakat Selangor.

Ucu juga telah menerima pencet ilat setiap bulan bagi menampung kos ubat-ubatan beliau.

Alhamdulillah.

Sekarang Ucu masih menggunakan tiub pada leher untuk proses dialysis...tapak fistular pada lengan belum matang dan ketika sesi follow up baru-baru ni doktor ada menjelaskan yang Ucu perlu menjalani satu major operation pada bahagian bawah lengan kerana urat Ucu terlalu halus, tapak fistular yang sebelum ni bahagian atas lengan akan dipindahkan ke bahagian bawah. 

Tarikh untuk operation tu belum ditentukan

Percaya tak, jahitan luar pada bahagian leher Ucu tu selalu terputus...kat situ ada 2 jahitan, kalau satu terputus masih bertahan tapi kalau dah dua-dua terputus mesti kena jahit semula.

Malam tadi, Kak Aya bawak dia ke Hospital Selayang untuk jahit yang terputus tu..ni kali ke 4 jahit di Hospital Selayang. .2 kali jahit di klinik swasta.

Kesian Ucu malam tadi sebab doktor tak bius pun..jahit macam tu je, walaupun sekadar 2 jahitan, bayangkan sakit macam mana...Ucu cakap dia terjerit kuat jugakla sebab tak sangka jahit tanpa bius.

Pagi ni Ucu demam. Dia dah ke Pusat Dialysis lepas solat Subuh tadi.

Memang sedih bila kenangkan Ucu...teringat masa hari pembedahan tapak fistular sebulan lepas, Ucu begitu pucat ..dia takut , katanya. ..bibir dia berkumat kamit tanpa henti..Kak Aya tau dia sedang berzikir tanpa henti memohon kekuatan dari Allah.

Pada satu ketika yang lain pula, Ucu diserang sesak nafas ketika sedang dialysis..dia cakap saat itu memang dia hanya ingat MATI je..bantuan oksigen yang diberikan kepada Ucu tidak dapat membantu dan memang suasana agak cemas dan Alhamdulillah lepas tu keadaan kembali ok.

Ketika Kak Aya menjemput dia, memang terkejut tengok wajah dia yang pucat...memang pucat sangat-sangat. Ucu cakap dia macam tak percaya masih diberi peluang untuk hidup hari kerana sesak nafas tadi tu sakit tak tergambar....dia melorot jatuh ke bawah kerana kurang oksigen dan bantuan oksigen yang diberikan tidak dapat membantu..

Alhamdulillah. Allah Maha Mengetahui . Allah Maha Berkuasa.

Ucu cuba tunjukkan riak tenang, lawan perasaan di dalam dada...Dia bersandar di dalam kereta dengan wajah yang Kak Aya sendiri sukar nak tafsir apa yang ada di dalam hati dia.

Dia cakap - Bersyukur bila di uji....Alhamdulillah Alhamdulillah, aku yakin KAU  menguji aku sesuai dengan kemampuan aku.. Ampunilah dosa aku...aku tau aku pendosa.

Kak Aya yang memandu kat sebelah ni pulak yang mengalir airmata.

Berat badan Ucu kadang-kadang 43kg , kadang-kadang boleh merosot hingga 38-39 kg.

Ucu memang seorang yang kuat semangat...selagi boleh bangun siapkan makan minum sendiri, dia akan buat...setiap hari dia masih jaga Zahra...balik je daripada tempat dialysis dia akan terus memandu ke rumah pengasuh untuk menjemput Zahra.

Dia selalu cakap Ucu mesti kuat semangat sebab Ucu hanya ada Allah...suami dan anak-anak tiada..ibu bapa dah lama meninggal...adik beradik hanya tinggal sorang je, itu pun tidak begitu sihat.

Ini ayat yang selalu meruntun jiwa. Walaupun Kak Aya dan adik beradik adalah anak buah dia tapi kami menggangap dia sama seperti ibu sendiri iaitu kakak dia jugak....ketika dia sihat dulu, dia jaga makan minum kami melebihi daripada seorang ibu biasa buat untuk anak-anak mereka.

Ya Allah Kau panjangkan usia Ucu. Kau ringankan beban kesakitan Ucu. Kau ganjarkan lah setiap kesakitan  dengan pahala untuk Ucu.


Kuruskan Ucu..ni kat Hospital Selayang malam tadi



Sarapan orang tak berpuasa

Assalamualaikum

Hari ni tak puasa...

Insyaallah esok puasa semula. Moga istiqomah ye wahai hati...ketahuilah kak aya bahawa jihad paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu ..jd teguhkan benteng keimanan. (Sekadar peringatan untuk diri sendiri).


Pagi ni bersarapan dengan 3 keping roti Gardenia Canadian Purple Wheat. Air Teh panas pelengkap selera.

Cerita pasal sarapan ni....sejak dulu2 memang dah dibiasakan dengan makanan berat setiap kali waktu makan.

Pagi - nasi dagang/nasi minyak/nasi lemak/laksam

Tengah hari - semestinya nasi berlauk

Petang - bubur/ pengat/pisang goreng/keropok lekor

Malam - nasi berlauk time makan tengah hari.

Macam manalaa badan tak berisi sejak usia 11 tahun kalau mcm tu cara pemakanan.

Sekarang, rasakan laaaaa. ..

Alhamdulillah anak-anak kak aya nampaknya bukan la jenis "pemakan" macam kak aya sangat.

Semoga mereka kekal begitu sampai bila-bila.

Kalau dah obesiti, memang susah nak kembali kepada berat normal kecuali usaha yang tanpa jemu tanpa putus asa yang mana sifat tu tak berapa nak ada dalam diri kak aya ni.


Sakura Mask Seqy Beauty Pilihan Editor Majalah Remaja



Alhamdulillah...Sakura Mask Seqy Beauty menjadi pilihan Editor Majalah Remaja..sebelum ni Cleanser Seqy Beauty yang menjadi pilihan Editor Majalah Mingguan Wanita.

Kak Aya happy walaupun bukannya Kak Aya ni tokey untuk produk ni tapi sebagai agen yang menjual produk ni, Kak Aya rasa ini menandakan orang mula menerima produk Sakura Mask ni sebagai produk yang memang berkualiti..bukan sekadar glemer je..

Memang betul, dengar lah cakap Kak Aya ni....bukan saja-saja lobi suruh beli tapi memang Sakura Mask ni setakat ni terbukti sebagai produk multi function.

Kak Aya pernah tulis dalam entry sebelum ni, ada customer yang beli semata-mata untuk hilangkan kesan parut kemalangan pada kaki.

Ada yang beli untuk disapu pada tumit kaki yang merekah.

Setiap rumah memang elok kalau ada 1 Sakura Mask ni...kena minyak panas, terkena gigitan serangga bisa, melecur , luka kecil ..boleh sapu Sakura  Mask ni.

Kalau yang jenis muka sentiasa mesra jerawat, kak aya persilakan untuk anda semua mencubanya...Insyaallah dengan izin Allah, sakura mask boleh jadi asbab kepada pemulihan semua tu.

Ok kalau nak beli, ni no kak aya 0173416762..Runner Kak Aya buat COD dalam KL kalau hari kerja antara jam 10-4 petang, lepas ofis hour Kak Aya akan buat COD sekitar Batu Caves dan Selayang. Weekend , kalau tak ada hal kecemasan atau balik kampung, Kak Aya buat COD ke sekitar Taman Melati dan UIA Gombak.

Jadi, roger je...free gift pun best tau! 




Nasi Goreng Ikan Masin Menu Buka Puasa

Assalamualaikum

Dah tidur ke semua ni? Awalnya dah tidur..Kak Aya keluar tadi , pergi COD barang..awal bulan ni biasalah ,rezeki lebih sikit...Alhamdulillah.

Handphone kak aya kat kedai sekarang ni..rosak apa ntah....sekarang ni pinjam adik ipor punya..Alhamdulillah rezeki jugak tu, ada orang sudi bagi pinjam..boleh tumpang update blog .

Nak cerita yang tadi buka puasa pakat makan nasi goreng ikan masin aje...Alhamdulillah rezeki sama dikongsi...sedap tak sedap belakang kira.

Nasi putih tu kak aya beli daripada gerai Kak Azie...tak payah tanya la Kak Azie mana sebab kalau bagitau pun memang tak kenal pun ..lain la kalau yang baca blog ni geng geng setaman dengan Kak Aya.

Beli RM2,banyak tau...cukup untuk cover 5 perut dalam rumah ni.

Ada tak yang nak tau macam mana cara nak buat nasi goreng ikan masin? 

Mak aiiiii ramainya yang berminat nak tau .....ok ok Kak Aya share ( kasi can la kak aya nak perasan mcm kak aya ni femes dan pandai masak, semua benda orang nak tau..padahallll...)

OK. Sila salin .


 Resipi Nasi Goreng Ikan Masin Ala Kak Aya Selayang Mulia

1. Nasi putih - anggaran dalam 4 mangkuk kecik

2.Ikan kurau masin jeruk

3. Bawang putih 

4. Cili api

5. Kailan

6. Isi Ayam

7. Telur  - Kak Aya goreng 4 biji telur mata kerbau.

8. Gula, Sos Tiram, Garam kalau perlu.

Itu je bahan-bahan yang kak aya guna, sebab itu je yang ada di dalam peti ais.

Cara -cara:

1. Panaskan minyak, goreng ikan masin tu...dah nampak macam garing terus hancur-hancurkan ikan tu..hancurkan dalam kuali tu terus.

2. Pukul bawang putih tu, campak ke dalam kuali tu jugak...karate cili api , humban dalam kuali

3. Gaul tang ting teng sampai sebati.

4. Masukkan gula sikit, sos tiram sikit, campakkan isi ayam, ada tulang ayam pun campak je.

5. Gaul rata hingga isi ayam masak.

6. Masukkan kailan.

7. Masukkan nasi.

8. Kacau je la sampai semua sebati...kak aya suka kalau nasi tu garing kering, tak suka nasi goreng yang lembap atau pun basah.

Angkat dan hidangkan bersama telur mata kerbau..

Makan panas-panas, hidang bersama Teh O panas.

Alhamdulillah kenyang.


Sharing is caring : Baca Surah Al Mulk , AL Kahfi , Yaasin malam ni untuk mengelakkan daripada siksaan kubur..jom!







Misi kurus - baju jadi hiasan

Assalamualaikum

Kak Aya perasan sejak extra obes ni, banyak pulak pakaian Kak Aya yang hanya layak digantung semata dan hanya 2 helai blouse yang selesa dipakai..

Percaya tak, kak aya gilir pakai blouse yang 2 helai tu sampai kusam...yg 2 tu je buat rasa selesa memakai..

Bila terlebih lebih lemak, bahagian lengan jadi menggeleber dan part tu la yg buat kak aya rasa tak selesa dgn blouse dan baju kurung yang ada...jadi tersepiitt gitu bahagian ketiak.

Bila buat baju tu besar - besar rasa macam tak selesa jugak...macam masuk dalam karung yang besar

Pendek kata macam serba tak kena, tak selesa..

Memang meyesal jugaklah tak jaga makan sedari awal.

Sekarang ni bila lemak dah degil macam ni, merasalah peritnya..

Rasa rendah diri mmg ssh nak kikis walaupun sedaya upaya kita mencuba menanganinya secara positive...rendah diri mmg tak bagus sb banyak membantutkan perkara yang tak sepatutnya kita rasa segan nak buat...

eh faham ke apa yang kak aya nak sampai kan ni? tak faham pun takpe.

Ehhh byk pulak kak aya meluahkan dipetang yang sejuk ni...takkan sebab merajuk dengan gurauan Abah zahra kot hi hi

Oklaaa nk berangan buka makan apa mlm ni..

P/S  : Lunch hour td kak aya masuk tidur dlm filing room...mimpi lunch kat hotel..hidangan buffet...punya la lama memilih sb semua nampak sedap, tk dpt makan apa pun hingga tersedar dari tidur..hmm tetiba masa celik tu rasa ralat..

Misi Kurus belum berakhir

Assalamualaikum

Sekarang ni kak aya berpuasa ganti selang sehari.

Jadi dalam masa yang sama dapatlah 'ajar' sikit nafsu makan tuu..padan muka dia . biasa dia niii ..

Berat kekal 75kg...brp tahun boleh jadi 45kg ek? ( jangan menyampah)


Hari Itu kak aya pakai jubah masa ke sekolah nadhirah sempena Hari Graduasi, masa tgh kelek Zahra, Abah Zahra datang bisik

" berapa bln dah tuuuu" - mulut dijuihkan ke perut Kak Aya.

Kurang asam kan?

Takpe takpe takpe...

P/S : Update guna hp cap ayam..sorry kalau spacing mcm tak ok.