PROMOSI HEBAT

STICKY POST. SCROLL DOWN UNTUK NEW ENTRY.


PROMOSI ISTIMEWA SEPANJANG DISEMBER YE!


CONTACT KAK AYA 0173416762 UNTUK KETERANGAN LANJUT.



Assalamualaikum

Ni nak update apa yang Kak Aya sedang jual samada di blog ni atau pun di IG @rohaya_yusof, secara ringkasan..nanti akan update satu persatu secara lebih details ye.


1. Produk Seqy Beauty.

a. BB CREAM

BB cream  ada 3 ton warna ye..setakat ni ramai sangat pilih natural tone..Kak Aya guna ketiganya, gilir-gilir..semua sesuai. 

BB Cream ni laris sebab utama adalah berasaskan air, kalau muka jenis berminyak sangat sesuai pakai BB Cream Seqy Beauty ni.


Harga RM55.


b.CLEANSER



Kak Aya suka sangat cleanser sebab menyejukkan kulit wajah, sumber daripada mentimun, segar je terasa bila lepas cuci muka. Guna cleanser ni tak boleh terlalu lama, nanti kulit muka akan jadi kering.

c.SAKURA MASK



Kak Aya dah guna 2 botol sakura mask, guna sebelum masuk tidur, cuci bila bangun pagi dan lagi sekali guna sebelum solat Zohor.

Sakura Mask ni memang laris kerana fungsinya yang pelbagai.


d.SKINCARE SET



Set Skincare diformulasikan khusus untuk kulit Asia dan juga mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat, kusam, dan berminyak. Mengandungi pelbagai extract tumbuhan (alam semulajadi), tidak mempunya merkuri atau bahan-bahan terlarang, dan juga diluluskan pihak KKM.



Kalau nak beli secara loose untuk Cleanser, Toner, Serum, Day&Night cream pun boleh, semua ready stok ye!




2. Bedung Baby Cotton Flannel

Kebanyakkan yang beli adalah daripada customer yang pernah beli sebelum-sebelum ni. Ok harga sehelai adalah RM14,antara yang paling rendah berbanding seller yang lain ye..harga ni tak termasuk kos pos, biasanya kalau beli banyak helai  Kak Aya akan bagi diskaun sikit sebagai hadiah kepada baby yang bakal lahir.





Ucu yang menjahit bedung-bedung ni, sekarang ni Ucu dah mula gunakan modal sendiri, dia ada dapat pencen ilat 400++ sebulan, dia untukkan sedikit untuk bisnes kecilan ni..sekurangnya dapatlah kembangkan pendapatan itu.

Terima kasih kepada pelanggan yang setia dan juga bakal pelanggan. Kak Aya sangat menghargainya.


Semua ni ready stok, kalau nak order  boleh call/SMS/Whatsapp/Telegram 017-3416762.



Lagi berbaloi

Promo terbaru!
Contact kak aya ye 0173416762


UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 1 2016

Alhamdulillah, Nadhirah akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM untuk Tingkatan 1 2016 pada 15/12/2015 di MRSM Kuala Terengganu.

Ni Kak Aya ambik daripada Laman Web Mara.

Ada Ujian Lisan dan Ujian Bertulis secara objektif.

  1.  Matematik – (40 soalan )
  2.  Sains – (50 soalan)
  3. Keperibadian – (100 soalan )
Pakai pakaian sekolah ketika Darjah 6 , kalau Pengawas Sekolah, pakai baju pengawas.

Sila bawa bersama cetakan borang permohonan, salinan slip gaji ibubapa dan sijil-sijil Kokurikulum yang telah disahkan.

Kad pengenalan, Alat tulis , Minuman dan makanan perlu dibawa.

Alhamdulillah, pada tarikh itu memang Kak Aya dah apply cuti untuk balik kampung..MRSM Kuala Terengganu tu dalam 5Km je dari rumah mak.

Semoga Nadhirah dapat menjawab dengan baik dan ada rezeki untuk diterima belajar di MRSM. 

Debaran seorang ibu terhadap anak-anak tiada penghujung.

YAM TUNKU JALIL MANGKAT

Assalamualaikum

Alfatihah.

Terkejut jugak tadi,lepas solat Maghrib, terbaca berita kemangkatan YAM Tunku Jalil di IG..

Petang tadi Kak Aya lepak-lepak dengan Ucu, hari ni Ucu sangat tidak sihat..selepas pulang daripada dialysis memang dia betul-betul tak larat..sedih jugak la kak aya tengok keadaan Ucu..dia cakap mungkin kesan dialysis dan kesan ubat yang diambil sebab demam, batuk dan pening.

Kita orang borak-borak la pasal arwah Yus , arwah Mariani...lepas tu Ucu cakap, terasa kian dekat je masa untuk tinggalkan segalanya ( memang kak aya sebak dengar dia cakap macam tu)..Sorang demi sorang saudara dekat, saudara jauh pergi menemui Pencipta, kita yang sakit terlantar macam ni sangat terasa kematian kian mendekat..( ***sebak)

Lepas tu dia teringat la akan YAM Tunku Jalil yang sedang gering..katanya, YAM sangat baik, merendah diri..Ucu suka juga tengok FB Page Almarhum , time Ucu buat dialysis, tengok-tengok page Almarhum terasa la kuat sebab Almarhum  pun sakit tapi kelihatan sangat kuat dalamannya.

Ucu cakap, Insyaallah panjang umur kerana ramai yang doakan dia..

Balik dari rumah Ucu dah hampir maghrib...tu yang bila baca berita kemangkatan, Kak Aya terasa sebak dan macam terkejut...Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

Perpisahan memang menyedihkan ...tapi sebenarnya kematian itu memberi pengajaran dan peringatan kepada kita yang masih hidup ...selalu kena ingatkan diri tentang bekalan.

Tiap petang Khamis, dengar rancangan Mau'izzati diradio IKIM memang banyak memberi kesedaran peri pentingnya kita yang hidup menyediakan bekalan untuk menuju ke rumah yang abadi.

Semoga roh Almarhum  dicucuri rahmat dan diletakkan bersama roh para Solihin.



Umar Faris dah genap 9 tahun!

Alhamdulillah hari ni genap 9 tahun usia anak bujang saya, Umar.



Alhamdulillah syukur, dah pun bersunat 2 minggu lepas....dah jadi anak bujang.

Ketika entry ni ditaip, jam 10.50 malam, Umar masih berharap abahnya pulang membawa sebiji kek coklat.

Walhalnya abahnya dah pesan, jangan tunggu sebab abah balik lambat malam ni kena siapkan report untuk management meeting.

Masih terkebil-kebil menunggu abah..kejap kejap diselaknya langsir, intai kot-kot abah dah balik.

Esok la kita celebrate, malam ni kita tidur awal, ye Umar.

Mama bersyukur kerana dikurniakan seorang anak yang sangat bertuah.!

Doa mama semoga Umar akan menjadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat,dipermudahkanNYA segala urusan.

p/s: nak tulis panjang lagi tapi dia sibuk je menempel kat tepi ni ha..


Selamat malam semua.


Serasi Bersama

Assalamualaikum

( jem sangat ketika taip entry ni ..guna hp)

Sorang underweight
Sorang obesity
Sorang hadapi masalah semua saiz baju ada la besar 
Sorang semua saiz baju adalah kecik..

Alhamdulillah.

Bahagia kami seadanya dengan kekurangan dan kelebihan yang kami miliki.


FAZURA & KimK

Kak Aya jarang mengikuti perkembangan artis-artis tapi sejak semalam asyik terdengar kawan ofis buat lawak KimK ni...memang blur blur la Kak Aya.

Bila Kak Aya tanya, depa ni sakat kak aya ni lam-pi.

Ok la lampi pun lampi la.

Diam-diam Kak Aya stalk IG Fazura, sebab dengar kawan-kawan ofis sebut IG Fazura (kepohci jugak kak aya ni kan).

Maakk aiiii komen di setiap post Fazura sampai puluhan ribu ...semua tu pakat bergaduh..ada yang suruh Fazura mintak maaf secara terbuka, ada yang sokong Fazura.

Kak Aya no komen je..sebab tak jelas sangat tentang isu ni.

Apa pun semoga keadaan kembali tenang.

Baik kita fikir tentang masalah-masalah yang berkaitan dengan diri kita , macam tambang LRT, Komuter dah naik berganda..macam mana nak atasi masalah gaji ciput, belanja besar..atau apa2 je masalah semasa yang sesuai untuk dibincangkan daripada bergaduh mengenai isu yang tak berfaedah tu.

Sekadar pandangan.

RITA RUDAINI DAN ARWAH YUS JAMBU

Sedih bila baca setiap caption di IG Rita Rudiani sejak arwah Yus meninggal, mereka kawan rapat sejak sekolah lagi, dah tentu sangat terasa kehilangan. Kita yang hanya mengenali arwah Yus melalui rancangan Raja Lawak je pun sangat terasa..kehilangan memang pahit.

Sebenarnya perjalanan Yus baru bermula, kita pula tak tau bila.

Bekalan cuma sedikit

Insaf.

Alfatihah untuk arwah Yus.


TIps untuk Kawal Darah gemuruh

Assalamualaikum

Malam ni agak awal mengadap blog...zahra masih belum sihat..tidur awal tapi tak begitu lena sangat tidurnya.


Sementara dia sedang terlena, cepat-cepat update blog.


Ni kisah kak aya, memang teruk darah gemuruh.


Ada tip atau apa-apa doa khas untuk hilangkan darah gemuruh tak?


Kak Aya join kelas talaqi kat ofis, dah lama tapi sampai hari ni masih lagi mengaji dengan suara mengigil bergetar getar...malu jugak la kan bila ada yang gelak.


Memang ketara bunyi getaran suara..tiap minggu macam tu...


Ada siapa boleh bagi tips tak?


Nak menaip panjang lagi tapi dah terjaga pulak dah anak dara sorang tu..ok nanti jumpa lag ye.

Ujian Kehidupan

Assalamualaikum

Jam 2.47 pagi sekarang ni.


2 minggu ni memang minggu minggu yang mengujikan.


Ujian sakit memang ujian berat kecuali bagi orang yang sabar


Macam ustajah pulak kak aya dinihari ni.


Betul kan? Diuji dengan kesakitan memang kita rasa kita la paling teruk diduga walhalnya diluar sana lagi ramai yang berat penanggungannya berbanding kita yang hanya diuji manja je oleh Allah.


Syukur Alhamdulilah.


Bermula dengan suami yang demam dan batuk. Sakit kepala pun boleh tahan jugak serangan hendapnya.

2 hari MC.

Ucu pulak ada appointment dengan pakar fistular di HUKM. Asalnya kak aya yang akan menemani Ucu tetapi kebetulan Umar tiba-tiba mendapat tarkh untuk bersunat lebih awal daripada yang kami cadangkan. Jadi kak aya mintak adik yang kat kampung (ayahde) tu datang temankan Ucu.


Kuasa Allah memang Hebat..adik datang dari Terengganu untuk menemani Ucu ,memang betul-betul menemani Ucu di HUKM untuk hari tu je sebab dia pulak demam teruk..sangat teruk demam tu sampai tahap meracau racau hampir dikebanyakkan masa. 


Ucu pulak beberapa hari sebelum tarikh appointment tu memang dah rasa nak demam.pening-pening...Sabtu lepas balik daripada dialysis, Ucu demam panas, menggigil-gigil kesejukan tetapi rasa panas.


Dalam masa yang sama, adik kak aya yang biasa dipanggil ayahcik pulak demam..selalunya ayahcik yang akan datang ke Selayang habiskan masa hujung minggu dengan Ucu, dia tinggal area Cheras je. Ucu ni dulu yang besarkan ayahcik, jadi hubungan mereka lebih akrab la , betul-betul macam mak dengan anak la.


Boleh bayangkan macam mana....suami demam, .2 adik demam, Ucu demam...ujian dilengkapi pulak dengan Zahra yang demam.


Memang situasi agak sukar.


Ada bisnes masuk tapi tak dapat nak COD sebab susah nak keluar dengan keadaan Zahra demam kuat...suami pulak demam dah ok, migrain tak hilang.


Siang tadi, kesihatan Ucu agak makin merosot..dia langsung tak ada selera makan.asyik muntah kahak je.


Ayahcik sambung MC lagi, doktor akan tengok semula sehari dua lagi dan mungkin ayahcik perlu melalui ujian Xray untuk tentukan samada Bronchitis atau Radang Paru Paru atau bukan keduanya...batuknya dah lama sebab tu kena Xray.


Ayahde pulak dah jalani ujian darah...dia demam panas bukan demam denggi. Alhamdulillah..setakat ni semua hasil ujian darah tiada yang membimbangkan.


Siang tadi , Kak Aya bawak Ucu pulak ke klinik sebab dia mengadu sakit dalam tekak langsung tak boleh nak menelan, masuk je makanan dalam mulut terasa sengal seluruh dalam mulut..doktor cakap suhu boleh dikatakan tinggi hampir 38.5, ada tonsil, kahak banyak.


Ucu tak dapat tidur....panas badan.


Tadi terjada dari tidur, teringatkan Ucu..nak call dia tapi takut terganggu tidur dia...hanya mampu doakan agar Ucu dapat tidur betul-betul lena malam ni.


Kak Aya terasa sebak pulak saat menaip ni..


Terkenangkan Ucu 


Doakan ye semoga kami semua diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik. 


P/S : JUALAN SEQY BEAUTY MASIH BERJALAN YE..BOLEH CONTACT KAK AYA KALAU NAK TAU APA YANG BEST TENTANG PRODUK DAN PROMOSI SEPANJANG DISEMBER NI.