Novel & Drama Suri Hati Mr Pilot

Assalamualaikum,


Kak Aya sebenarnya baru lepas baca novel Suri Hati Mr Pilot ni..boleh layan la ...nak kata best gila gila tu tak jugak tapi memang boleh baca sampai habis la...ada part part tu yang buat kita senyum malu malu .hi hi bunyi macam gatal je .

Kat rumah ni tak ada Astro sekarang , jadi macam ketinggalan keretapi je bila dengar kawan kawan sembang mengenai drama Suri Hati Mr Pilot ni.Laju je join kawan kawan bercerita betapa tak sabarnya mereka nak menonton drama ni.

Menariknya drama ni kak aya rasa sebab pelakon pelakon utama drama ni Fattah Amin & Neelofa.

Dan..kak aya rasa pemilihan pelakon untuk watak hero dan heroin ni memang sangat "kena".

Kak Aya jarang menonton drama adaptasi dari novel...tambah tambah kalau untuk tayangan Astro memang confirm la takkan tengok.

Selalunya drama tak best macam yang kita baca di dalam novel..lagi satu kak aya tak suka nak menunggu episod seterusnya...sejenis manusia yang suka baca time tu habis time tu...tak boleh baca hari ni, stop, baca pulak minggu depan..memang tahap sabarnya nipis je.

Ni orang lain macam excited tunggu drama ni ditayangkan malam esok, kak aya rileks je ...langsung tak ada rasa he he.

Siapa sini yang suka sangat tengok drama adaptasi dari novel? Cer komen sikit.



Mencuba Resipi Nasi Arab

Assalamualaikum

Sabtu lepas, kak aya mencuba masak nasi arab..eh macam tak percaya pulak nak cuba masak nasi arab.

Sejak dua menjak ni memang rasa nak cuba masak macam-macam je.

Bagus ke perasaan tu? Hi hi lawak la pulak sebab memang kak aya ni bukannya jenis reti memasak.

Takat masak yang sangat biasa biasa tu boleh la...

Jumaat tu mintak resipi nasi arab , dari sahabat kak aya .

ok dia ada bagi resipinya..

owhhh senang je ghupanya.

Pagi Sabtu tu, Kak aya ke pasar, beli ayam, beli rempah nasi arab sekali.

Kak Aya ikut mana yang boleh ikut resipi sahabat kak aya tu:


Ayam
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia, masukkan air dan ayam..garam sikit. Rebus hingga empuk.
2. Kemudian perap ayam tu .( untuk perapan, guna rempah + garam + gula)
3. Perap sejam atau lebih. Kak Aya perap sejam je.


Nasi

Rendam beras basmathi selama 20 minit.
Bersihkan dan toskan.
Tumiskan menggunakan minyak sapi -bawang merah,bawang putih, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang, masukkan pulak rempah nasi arab yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga naik bau.
Masukkan air rebusan ayam ( jumlah air bergantung kepada jumlah beras yang digunakan).

Bila dah mendidih, Kak Aya pindahkan ke dalam rice cooker.
Masukkan beras dan 2 keping ayam perapan.

Masak macam biasa.

Hampir masak , titiskan pewarna..kak aya guna sirap, hasilnya nasi warna pink.

Lebihan air rebusan ayam tu Kak Aya masak sup kosong.

Lepas tu sediakan sos - blend buah tomato, bawang putih, daun ketumbar, garam dan gula..blend kering tanpa air...nanti buah tomato tu akan keluarkan air.

Siap untuk dimakan.

Maaf tak ada gambar.

Kak Aya masih tak berubah, malas nak petik petik ambik gambar.

Bayangkan sendiri je la ye.

Komen suami : Boleh laaa untuk kali pertama mencuba.

Komen anak-anak: Ok je tapi sos tu sangat best! Aiik sos tu yang dapat lebih pujian?

Ok Alhamdulillah kerana tak bersisa, semua habis dimakan.

Nanti boleh cuba lagi untuk mahirkan diri. Kami anak beranak memang suka makan nasi arab. ..selalunya kami ke Restoran D'Cafe Jalan Duta..memang sedap nasi arab kat situ.





Mencuba resipi nasi beriani.

Assalamualaikum

Sebelum cuba nasi arab Sabtu lepas, Kak Aya terlebih dahulu mencuba masak nasi beriani Sabtu 2 minggu lepas.

Berani tak berani Kak Aya, bawak nasi beriani yang ntah sedap atau tidak tu ke Tampin, rumah mertua..hebat betul , hi hi.

Resipi yang kak aya guna adalah bergantung sepenuh kepada pakcik jual rempah di pasar, sebiji ikut cakap dia.

Beli dulu beras Basmathi, sekilo RM18.
Beli rempah untuk nasi beriani, rempah untuk gulai ayam khas untuk beriani...dalam RM5 macam tu.

Balik rumah, terus ikut apa kata pakcik tu.

Rendam beras 20 minit.

Nasi
Tumis dulu bawang besar, masukkan rempah 4 sekawan tu, masukkan rempah nasi beriani yang dah dicampur air.

Dah naik bau, masukkan air, susu cair, kiub ayam.

Dah mendidih, tuang ke dalam rice cooker,

Masukkan beras.

Masukkan daun pandan.

Tunggu je la nasi tu masak.


Gulai Ayam.
Tumis bawang merah, bawang putih, halia.
Masukkan rempah gulai yang dicampur cili boh + air.+garam+gula.
Dah masak rempah tu masukkan ayam.

Tunggu hingga kering air ayam.
Masukkan santan.

Masak hingga pecah minyak.

Kak Aya sediakan acar timur sekali.

Siap.


Kurus sebelum Raya dengan Leptos

Assalamualaikum,

Siapa siapa nak kurus sebelum raya, belum terlambat lagi kalau nak cuba LEPTOS ye.

Boleh contact kak aya untuk sebarang pertanyaan ye 0173416762




Salah satu kandungan di dalam LEPTOS Klorofil Alfalfa yang mempunyai kandungan vitamin E yang tinggi sangat bermanfaat untuk menjaga keseimbangan hormon seksual, baik pada lelaki mahupun wanita. Iaitu dengan merangsang produksi hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen pada wanita.

Antara lain manfaat Klorofil ini adalah:

- klorofil dapat membantu mengawal rasa lapar dan menghalang pembentukan lemak tepu.

- Klorofil dapat membantu menciptakan sistem pencernaan yang sehat, iaitu dengan menjaga flora usus dan menstimulasi gerakan usus. Klorofil dapat bertindak sebagai ubat alami untuk saluran usus dan membantu memperbarui jaringan usus yang terluka.

- Klorofil juga memiliki sifat sebagai penghilang bau, ia dapat digunakan untuk menghilangkan bau mulut yang disebabkan oleh masalah pencernaan yang buruk secara efektif

- Klorofil kaya akan enzim hidup yang dapat membantu dalam pembersihan darah serta meningkatkan kemampuan darah untuk membawa oksigen lebih banyak ke seluruh tubuh.

- Klorofil memiliki efek menenangkan pada saraf sehingga dapat membantu mengurangi gejala insomnia, iritabilitas saraf dan kelelahan tubuh secara umum.





Jom kurus sebelum raya!

Sekadar renew domain ...

Assalamualaikum

Dah 6 tahun kak aya guna domain sendiri untuk blog.

Lama 6 tahun tu.

Boleh di kira dengan jari, berapa banyak entry Kak Aya sepanjang tempoh itu.

Dalam banyak - banyak entry tu pulak, nak cari entry yang bermanfaat mungkin sama sukar nak cari semut hitam di waktu malam..mak aii perumpamaan.

Percaya tak, kak aya dah macam 2 tahun tak check acc Nuffnang.

Tapi sekejap tadi dah check .

Tengok statistik blog, sendu gila.

Perkara yang menjadi asbab kepada kemalasan adalah Kak Aya tak tau nak share apa.

Ni tengah terfikir nak share je mana-mana post menarik yang Kak Aya rasa bermanfaat untuk dikongsi bersama dan beri kredit kepada tuan punya post.

Ok ke macam tu?

Hmm ntah la.

Biasa pada hari pertama renew domain, Kak Aya akan berjanji untuk cuba update sekurangnya 1 entry sehari..tapi tidak untuk kali ini.

Tak nak berjanji apa-apa kerana tau kemampuan diri.

Kak Aya macam nak susun semula masa Kak Aya.

Macam ada sesuatu yang tak kena je dengan pengurusan masa selama hari ni.

Hmm tengok la nanti...mungkin perubahan kecil yang hanya Kak Aya je tau.

Terima kasih kepada yang masih sudi datang ( sekadar berfiikir positif)..ada tak ada yang datang kebanyakkan kerana post Aidijuma tu je.

Dan ada sorang dua yang setia datang memberi komen, macam Diana tu..LM tu.

Terima kasih ye.

Kak Aya sayang kalian semua.



Rutin Baru

Assalamualaikum

Berpeluh peluh ni lepas sapu sawang kat blog ni ....mana la perginya tuan rumah, dibiarkan blog ini tak nampak rupa.

Alhamdulillah blog dah bersih semula.

Tapi sawang akan datang lagi, jika tuan rumah kembali dengan perangai biasa.

Ok biarkan je la perangai tuan rumah tu.

Sekarang ni Nadhirah dah lebih 2 bulan masuk asrama.

Alhamdulillah, dia boleh kawal rasa sedih dia setiap kali kami hantar dia ke asrama.

Jadual pulang bermalam dia adalah 2 kali sebulan.

Tengah hari Jumaat, kena jemput. Petang Ahad, hantar semula.

Sabtu @Ahad yang dia tak dapat pulang bermalam, kami akan pergi melawat

Dulu ketika Kak Aya kat asrama, homesick selama 5 tahun hi hi..poyo betul..k

Balik sebulan sekali je..kalau 2 kali sebulan, rasanya tak homesick langsung he he.

Mak ayah datang menjenguk tak tentu..kadang-kadang tak mai melawat pun..sebulan la tak jumpa.

Dulu ayah naik motor je , gek gek gek dari kampung ke sekolah di pinggir bandar.

Rindu kenangan lama.

Kini, Kak Aya pulak melalui rutin yang sama macam mak ayah Kak Aya dulu.

Bezanya, Kak Aya cepat berdikari berbanding anak Kak Aya.ok la sebenarnya tak boleh nak bandingkan zaman dulu dengan zaman sekarang...banyak bezanya.

Kalau minggu tu jadual Nadhirah pulang bermalam, kesibukan akan menjadi 2x ganda daripada biasa.

Sibuk mesin baju, lipat baju..Nadhirah gosok sendiri baju-baju yang dia bawak balik tu..lepas tu tolong dia packing semua..isi barang dalam kereta..

Kena beli jajan untuk makan selepas prep atau ketika prep.

Kena sentiasa standby duit untuk belanja dia selama 2 minggu di asrama.

Tadi Umar bertanya -" kenapa ye kalau time kakak balik rumah, dia mesti dilayan spesial?"

Tersentap jugak dengan soalan Umar tu.

Kak Aya tanya dia - apa yang spesialnya tu?

Dia jawab - 'ada laaah"

Hmm Kak Aya rasa spesial tang beli jajan ( biskut, air kotak biasanya)...ye la beli untuk keperluan 2 minggu
setiap kali balik, kelihatan spesial di mata si adik.

Kalau nak dikatakan mama masak spesial bila kakak balik, itu memang tak betul sama sekali...setakat ni tak pernah lagi masak spesial untuk Nadhirah ,masakan yang sama je macam minggu yang dia tak balik.

Banyak benda yang kak aya belajar sejak Nadhirah masuk asrama.

Erti perpisahan dan rindu seorang ibu.

Pengurusan kewangan.

Pengurusan masa.

Kasih sayang.

Banyak yang kak aya nak share bila lama tak up entry tapi tu la...kadang-kadang rasa macam tak perlu kot nak share..ye la ada benda-bendanya lebih baik kalau tak share. Ok habis kisah share mengeshare ni.

Kak Aya masih buka untuk dropship Seqy Beauty ye...daripada kita duduk mengadap FB/IG berjam jam sehari untuk stalk FB/IG orang, lepas tu makan hati sendiri, baik la tukarkan hobi menjadi sesuatu yang lebih bermanfaat

Boleh contact Kak Aya ye kalau berminat.

Ok, Kak Aya stop sini dulu, jam hampir 2.30 pagi dah ni.


Kurus dengan LEPTOS/QUFAST

Assalamualaikum

Kak Aya dah kurus tauuuu....( dalam mimpi) he he ok lawak paling tak kelakar abad ni.


Ok takpe,  mula-mula lawak, lepas tu terkedu semua tengok Kak Aya ramping macam kerengga hi hi.


Sebenor benornya nak perkenalkan ubat kurus yang sedang hangat di pasaran sekarang ni.




Leptos dan QuFast merupakan tablet kunyah yg membantu pembakaran lemak berlebihan didalam badan sekaligus mencegah daripada kulit menggeleber.
.
Ia mengandungi 6 bahan utama dgn nisbah bersesuaian utk wanita(laptos) dan lelaki (QuFast) iaitu :

**L-Carnitine
----------
-meningkatkan jumlah lemak yg dibakar
-mengubah lemak menjadi bahan bakar
-meningkatkan daya tahan otot
-meningkatkan metabolisma

**Limau nipis
------------
-mengempiskan perut
-menurunkan berat badan
-membuang toksin dalam badan
-mengurangkan kolestrol

**Ekstrak Guarana
-----------------
-menurunkan erat badan berlebihan
-memerangi rasa lapar
-membersihkan sistem pencernaan
-melancarkan penghadaman

**Ekstrak klorofil
-----------------
-memelihara daya tahan tubuh
-meningkatkan imunisasi tubuh
-detoks (pembersih toksin/racun)

**Garcinia Cambogia
-------------------
-menghapuskan enzim yg berperanan untuk menyimpan lemak
-membakar lemak & mengurangkan nafsu makan
-mengurangkan ukur lilit
-mengurangkan emak dalam darah

**Dekstrosa
-----------
-meningkatkan produksi insulin yg melancarkan aliran darah menuju ke otot
-meningkatkan penyerapan nutrisi penting bagi memacu perkembangan otot secara efektif


CARAPENGAMBILAN

Penurunan berat badan (50kg above) (3 biji sehari):
3 biji sehari sebelum sarapan / makan tengahari / makan malam.
Pengambilan disyorkan pada waktu makan yang berlebihan.
Anggaran 300 kalori dibakar.

Penurunan berat badan (70kg above) (6 biji sehari):

3 biji sebelum sarapan dan 3 biji sebelum makan tengahari.
Pengambilan disyorkan pada waktu makan yang berlebihan.
Anggaran 600 kalori dibakar.

Penurunan berat badan (100kg above): (9 biji sehari)

3 biji sebelum sarapan, 3 biji sebelum makan tengahari dan 3 biji
sebelum makan malam. Anggaran 900 kalori dibakar.

Penurunan berat badan secara kilat : (10 biji sehari)
3 biji sebelum sarapan, 4 biji sebelum makan tengahari dan 3 biji
sebelum makan malam. Anggaran 1000 kalori dibakar. Disertai
dengan senaman ringan dan penjagaan pemakanan.

1 botol ada 90 biji.
3 biji sekali makan.
Bleh ambik sebelum makan di waktu sesi makan yg berlebihan.
Maksimum pengambilan 10 biji sehari.
.
Sis hanya perlu kunyah tablet tu sebelum nak makan
Rasanya masam2 Lime dan sangat sedap utk dikunyah.
.
.
PROMOSI KASIH SAYANG !!
.
SEMENANJUNG
1 botol RM180
2 botol RM300 (JIMAT RM60 )
3 botol RM400 (JIMAT RM140 )
4 botol RM480 (JIMAT RM240 )
.
SABAH SARAWAK
1 botol RM190
2 botol RM310 (JIMAT RM70 )
3 botol RM410 (JIMAT RM160)
4 botol RM490 (JIMAT RM270 

FREE POSLAJU SELURUH MALAYSIA


BOLEH CONTACT KAK AYA YE KALAU NAK ORDER 0173416762


Apa saja yang terlintas

Assalamualaikum

Masih ada lagi kah pengikut blog ini? Hati ni berkeyakinan tiada siapa lagi yang sudi ke mari mengunjungi blog kaku ni.

Di saat ni memang betul-betul buntu..bukan baru sehari dua buntunya tapi dah lama, berbulan bulan,buntu tak tau nak share apa kat sini.

Serasakan tiada apa langsung untuk ditulis dikongsi.

Percutian - tidak kemana-mana , balik kampung pun berapa kali je setahun , dan aktiviti time balik kampung sekadar memerap je.

Masakan dan makanan - har-hari makan lauk beli je, weekend memang masak tapi masak yang biasa-biasa yang amat.

Perihal anak-anak - hari-hari pun sama je rutin.

Banyak sangat alasan kan? Hmm jadi la blog ni  berhabuk bersawang.

Ada tak ada yang boleh di update buat masa ni adalah tentang bisnes...tau ramai yang unfollow bila kak aya asyik update bisnes je kan..

Ok setakat ni kak aya punya bisnes dah tambah lagi 2 produk tau.

1. Dianz Vitamin C + E




2. Bedak Arab Kokuryu
Stok belum sampai, belum ada gambar.

Kalau ada yang berminat nak beli, boleh contact kak aya ye. SMS boleh, Whatsapp/Telegram/Call pun boleh 0173416762


Ok itu je perkongsian malam ni . Nanti kak aya buat entry khas untuk produk-produk yang kak aya jual ni ye.




Tidur Lewat

Asalamualaikum

Sejak awal Jan 2016, Zahra kian tidur lewat...lewatnya tu hingga menjangkau pukul 2 pagi..macam sekarang ni, dia baru je terlelap pukul 2.20 pagi.

Sejak awal Jan 2016 ni jugak, jalanraya sesak pagi dan petang. Kak Aya memang terasa letih sungguh-sungguh bila dah mula baring, rasa lenguh bermula lutut hingga keseluruhan kaki.

Bila badan terlalu penat, secara automatik mata kita susah nak lelap walaupun sebenarnya sangat mengantuk

Situasi jalan jem, badan letih, anak tidur lewat adalah satu kombinasi cukup hebat untuk menghasilkan satu perasaan yang dinamakan tekanan/stress.

Kadang-kadang ketika sedang memandu, mata hampir-hampir terpejam lena..

Pernah ketika memandu, mata ni memang tak boleh nak celik dah, terpaksalah singgah di stesyen minyak dan tidur dalam setengah jam.

Apa yang kak aya nak share adalah betapa penting tidur yang mencukupi.kalau tak cukup tidur, banyak perkara terjejas.


Oh ye, kak aya nak bagitau hari ni 2/3/2016, hari last untuk jualan runtuh Seqy Beauty ye!

Contact Kak Aya kalau nak order 0173416762



Anak Dara

Alhamdulillah hari ni anak dara kak aya balik bercuti setelah 2 minggu masuk asrama.

Tak jumpa 2 minggu terasa dah berbulan-bulan tak jumpa..iskk padahal minggu lepas dah jumpa kat asrama kejap...siap menangis-nangis si mama nya..sabar je la haiii.

Kak Aya ni kan haru betul..anak steady je...nasib baik la menangis gitu-gitu je hari tu.

Pulangnya anak dara kak aya ni dengan pakej pakaian kotor 2 bakul.

Hmm nasib baik la mesin yang tolong cucikan.

Esok, kena beli barang-barang keperluan dia yang masih belum lengkap.

Banyak jugak kos bila anak dapat masuk asrama ni.

Memang sangat perlu untuk menabung seawal yang mungkin untuk pendidikan anak-anak.

Ada tak ibu ibu yang nak share cerita anak yang tinggal di asrama?



Hati Seorang Ibu

Assalamualaikum

Kak Aya tak tau berapa lama yang benar-benar Kak Aya terlena malam tadi..banyak kali terjaga memandang jam di dinding..teringatkan Nadhirah.

Ya Allah...begini la hati seorang ibu.

Rasanya Nadhirah dapat lena hingga ke pagi...Alhamdulillah kalau benar begitu...mama ni biasalah, pada usia macam ni, mata memang sukar nak lelap kalau ada je perkara yang memberatkan fikiran.

Kakak.belajar rajin-rajin...solat jangan tinggal...mesti mengaji tiap hari ye...

Mama rindukan kakak.

Bersabarlah dengan dugaan sepanjang hidup di sana yang Insyaallah berlangsung sehingga 5 tahun sebelum keluar meneruskan fasa kehidupan yang lebih mencabar.

Ya Allah! jagalah dia untuk ku...hanya padaMU segala pengharapanku

Bila anak masuk asrama

Assalamualaikum

Busy semedang je kak aya ni, nak jenguk blog pun tak sempat.

Hari ni hari pertama nadhirah masuk asrama..jadi malam ni mamanya terkebil-kebil memandang siling rumah.

Rasa macam kehilangan, rasa macam tak tau nak buat apa ....mata tak nak lelap.

Macam-macam kerisauan datang bertandang menjengah fikiran...kak aya dah halau perasaan tu jauh-jauh...

Semoga ini yang terbaik untuk Nadhirah@kakak...mama doakan semoga kakak dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang boleh sama-sama saling membimbing untuk kejayaan dunia dan akhirat.

Berjaya di dalam akademik semata bukanlah satu kejayaan sebenarnya kerana kejayaan menuju akhirat lebih jitu.

kakak...mama tak boleh lelapkan mata malam ni......malam pertama kakak di sana.

Ada yang boleh kongsi rasa yang sama macam kak aya tak?

RUNTUH MENJUNAM!

Assalamualaikum

Sama seperti pisang yang tak akan berbuah 2X, di ulang tak berbuah dua kali, macam tu la jugak harga runtuh menjunam yang baru je diwar warkan oleh pihak Seqy Beauty sebentar tadi tak kan berulang lagi selepas selepas selepas ini.

Grab terus kalau tak nak menyesal..

Kak Aya difahamkan pihak Seqy Beauty dalam usaha untuk clearkan stok yang ada sebelum dikeluarkan packaging baru untuk BB Cream dan Set Skincare. 

Dan Kak Aya difahamkan jugak baki stok yang ada di HQ memang dah tak banyak.

Kak Aya sendiri tak banyak stok , siapa cepat dia dapat.

Contact kak aya 0173416762 ye!



Kekalkan kecantikan, Jaga Penampilan

Amboooii tajuk tak beringat...tak tau la ada kaitan tak dengan entry kat bawah ni..kalau tak ada kaitan pun, pandai pandai la kait sendiri hi hi..

Kak Aya ada di Tampin sebenornya ni..gerak pagi tadi...Kak Aya yang mengajak en somi balik..sesuatu sangat kan mengajak suami balik kampung dia..memang ada sesuatu pun, nak tempah baju kurung kat sana..

Sebenarnya tak pernah pun tempah kat sana..kali ni nak cuba, kalau OK jahitannya , kita tempah lagi ye.

OK sebenarnya entry ni nak share tentang Seqy Beauty yang Kak Aya ambik daripada blog tokey Seqy Beauty.

Kebanyakkan customer, sebelum dorang nak beli kat agen Seqy, dorang nak tanya dulu. Nak mintak suggest mana yang patut dia mulakan. BB ke? Sakura ke? Skincare ke? Gitu.





Soalan : Saya tak ada apa-apa masalah dengan kulit. Tapi nak cuba produk Seqy, produk mana yang saya boleh cuba dahulu?

Kalau kulit memang tak ada apa-apa masalah langsung. Maksudnya kulit korang bukan jenis yang allergy atau sensitif. Korang boleh guna mana-mana produk mengikut kemampuan. Selalunya  Sepet akan suggest BB Cream, sebab harga yang mampu milik, tahan lama, dan mudah di gunakan. Orang kata BB Cream Seqy ni macam magic jugak, haha! Mana taknya, pakai seminit tapi LAWA SEHARI. Ha kemain lagi pujian tu. =P



Soalan : Boleh tak kalau nak guna Sakura Mask dulu?

Untuk Sakura Mask,  Sepet perlu tau jenis kulit awak macam mana dulu. Sebab Sakura Mask ni formulasinya lebih kepada kulit kering/normal. Untuk pertama kali penggunaan, Sepet tak suggest awak pakai Sakura Mask semasa tidur. Cukup sekadar 20 minit, lepas tu basuh. Boleh guna dua kali sehari atau tak kisah seberapa banyak kali nak pakai. Yang penting jangan bawak masa tidur. Biarkan dia serasi dulu dengan kulit kita. Dah lama-lama tu, bila kulit dah tak kering, dah sebulan pakai 20 ke 30 minit macam tu and kulit tak ada apa-apa masalah. Barulah awak pakai masa tidur. Itupun  Sepet tak suggest pakai setiap malam. Seminggu 2 kali pun dah cukup.


Soalan : Habis tu kalau kulit berminyak tak boleh pakai Sakura Mask ke?

Untuk kulit jenis berminyak, boleh pakai Sakura Mask. Tapi jangan pakai setiap hari. Cukuplah 15 minit selang sehari. Tapi selalunya Sepet suggest pakai Set Skincare Seqy dulu, bila dah seminggu dua pakai, dah rasa kulit dah better, baru pakai Sakura Mask.



Soalan : Kulit berminyak sesuai pakai produk yang mana dulu?

Untuk kulit berminyak,  memang suggest Set Skincare Seqy sebab formulasinya memang untuk merawat kulit berminyak. Dalam set ada Cleanser, Toner, Serum dan Krim yang boleh membalancekan pH kulit korang. Tak kisahlah jenis kering, normal atau berminyak. Kombinasi dalam set Skincare Seqy Insyaallah boleh membantu masalah kulit yang korang hadapi tu.


Soalan : Kulit saya sensitif, produk mana yang saya perlu cuba dahulu?


Untuk kulit sensitif, Sepet selalunya akan mintak dia JANGAN PAKAI SEMUA PRODUK SEQY DALAM SATU MASA. Haaaa gitu. Hihi! Sebab Sepet ada pengalaman, sorang customer ni dia beli kombo set, then dia pakai semua sekali gus. Tapi ada salah satu yang dia allergy, cuma tak tau yang mana satu. So customer ni nasib baiklah dia pun paham dengan problem kulit dia yang memang jenis sensitif. So dia cuba satu-satu produk dulu, then baru dapat detect mana satu yang tak serasi dengan kulit dia. Jadi  Sepet sarankan, untuk kulit sensitif, cuba satu-satu produk dulu. Contoh BB Cream dulu, then tengok ok tak dengan kulit, pakai seminggu dua. Kalau ok tu boleh teruskan cuba produk Skincare pulak, then kalau ok cuba pulak Sakura Mask. Macam tu.


Soalan : Macam mana nak tau kulit kita allergy atau tak?

Ada beberapa customer yang confius sama ada allergy atau tak serasi. Allergy ni kategori teruk jugak lah. Sekali pakai terus naik merah, atau terus naik jerawat, atau terus gatal-gatal, bengkak dan sebagainya. Allergy takkan tunggu 3 4 hari untuk kita tengok kesan dia. Dia akan nampak terus.


Kalau jenis yang dah pakai 2 3 minggu, then baru naik jerawat seketul dua pun belum lagi di panggil tak serasi. Sebab kita kena paham jugak, hormone yang tak balance pun memainkan peranan penting dalam pertumbuhan jerawat. Ada masa kita stress, tak cukup tidur, sistem aliran badan tak berapa lancar, gaya pemakanan tidak sihat. Itu semua faktor-faktor pertumbuhan jerawat jugak. Selalunya Kak Sepet terima banyak kes jerawat naik bila datangnya BULAN PUASA, dan HARI RAYA.


Kenapa? Sebab badan kurang air, tapi kita duk makan supplement itu ini. Tetiba Set Skincare jugak yang dipersalahkan, ha gitu. Hihi! Bila datangnya raya pulak, makan bermacam jenis makanan berminyak. Oh tak boleh nak control makan itu ini, pegi raya open house sana sini then minyak pun naik sekali kat muka, then selamat datang jerawat baru. Hihi! Ofkos kita pelik, kita dah rasa skincare tu ok, kenapa tiba-tiba keluar jugak jerawat.


Macam tu kena tanya diri sendiri dulu, apa yang kita makan. Cukup tak air dalam badan. Ada makan kekacang berlebihan tak, atau makanan bergoreng melampaui batas ke. Kalau ada tu cecepat kurangkan, and teruskan je pakai Skincare.


Tapi kalau jenis sebelum ni kulit memang licin tanpa jerawat, then pakai Skincare dah seminggu tetiba jerawat datang silih berganti, bukan seketul dua tiga, dah pakai Skincare lebih 3 minggu pun still tak ada perubahan yang positif, jadi disarankan STOP pakai, ini barulah namanya TIDAK SERASI.


Soalan : Kulit saya tak ada problem, then nak cuba SEMUA PRODUK SEQY, macam mana cara pemakaian terbaik?

Kalau korang kulit tak ada apa problem, cuma nak bagi lembut, bersih dan sihat, ofkos korang boleh cuba semuanya sekali gus.


Caranya.


1. Pakai Set Skincare (Basuh muka dengan CLEANSER, sapu TONER di ikuti dengan SERUM, dan last sekali pakai KRIM)
2. Tunggu sehingga krim meresap (dalam seminit pun dah ok), sapu BB Cream.
3. Balik rumah, boleh cuci muka guna CLEANSER. Sapu SAKURA MASK 20 ke 30 minit.
4. Bilas dengan air biasa. Sapu TONER, SERUM dan KRIM.


Soalan : Lepas solat perlu tak apply Skincare semula?


Tak perlu, cukup sekadar apply BB Cream untuk protect kulit dari sinar UV.


Ok ini dulu lah setakat ni, kalau ada apa-apa penambahan soalan popular nanti  Sepet update lagi ye. So kalau ada yang dah terjawab di hati korang tu, dah yakin nak guna yang mana dulu. Silakan jangan malu-malu contact KAK AYA 0173416762.

Salam Tahun Baru 2016.

Assalamualaikum,

Lama eh menghilang..tahun 2016 dah banyak hari berlalu kan?

Kak Aya doakan semoga pembaca blog Kak Aya ( macam kan la ada pembaca hu hu) dirahmati Allah diberkati Allah sepanjang masa, diberikan kemudahan dalam mengerjakan apa jua pekerjaan. Amiin!

Sebenarnya sibuk sangat tak terkata sepanjang Disember baru ni.

Sibuk dengan pelbagai urusan. 

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar

Urusan pejabat, bisnes online, persiapan persekolahan, balik Terengganu, balik Negeri Sembilan..

(itu je pun halnya..tapi konon sibuk kalahkan Perdana Menteri)

Disember lepas, Seqy Beauty ada buat promo..sepanjang tempoh sebulan tu memang ada promo yang berlainan.

Sambutan pelanggan memang sangat Alhamdulillah..rezeki Allah bagi, kita uruskan sebaik mungkin.

Mana nak COD, mana balut untuk pos..Kak Aya ni memang jenis slow dalam banyak perkara, kalau lagi banyak benda nak kena buat lagi la banyak masa diperlukan.

Alhamdulillah masa bulan Disember tu cuti sekolah kan, kerja-kerja membalut parcel serahkan kepada Nadhirah...kiranya dapat la disiapkan dengan cepat.

Dalam beberapa hari pertama bulan Jan 2016, rutin masih sama..doa Kak Aya semoga 2016 ni lebih bersinar..tahun ni banyak azam.tapi biarlah rahsia sebab malu kalau tak tercapai hi hi.

Untuk 2015, Alhamdulillah ada beberapa kenangan manis..bisnes kian maju walaupun secara kecilan, Nadhirah dapat 5A, Umar dah bersunat, Ucu masih lagi diberikan kesihatan yang baik walaupun agak terkejut kerana tiba-tiba mendapat penyakit tu tahun lepas, mak kak aya di kampung pun alhamdulillah sihat je sepanjang 2015, mak mula mengajar kawan-kawan rapat beliau mengaji 2x sehari dan masih berterusan hingga ke hari ni. Alhamdulillah.

Banyak nikmat yang telah diterima namun sedikit sekali yang Kak Aya mampu berikan DIA semula.itu la perasaan sejak masuk 2016..jadi untuk tahun 2016 ni, harapnya biarlah banyak lagi usaha amal perbuatan yang menjurus kepada kebaikan.

Tahun ni kak aya dah pun dalam proses akhir nak tambah lagi produk jualan..tapi masih belum bersedia untuk promosi sekarang.

Ada beberapa perkara utama yang belum settle jadi kak aya slowkan sikit aktiviti promosi bisnes sejak bulan Diember , mungkin hingga Februari...aktiviti promosi ye maksud kak aya....bisnes berjalan je macam biasa.

Terima kasih kepada pelanggan yang memilih untuk berurusniaga dengan Kak Aya sedangkan mereka ada banyak pilihan stokis dan agen.. Alhamdulillah ini semua rezeki.


Ok itu je untuk entry pertama 2016.

Kalau nak order produk Seqy Beauty, semua ready stok ye.

Contact je kak aya pada bila-bila masa 0173416762.