09 January 2016

Salam Tahun Baru 2016.

Assalamualaikum,

Lama eh menghilang..tahun 2016 dah banyak hari berlalu kan?

Kak Aya doakan semoga pembaca blog Kak Aya ( macam kan la ada pembaca hu hu) dirahmati Allah diberkati Allah sepanjang masa, diberikan kemudahan dalam mengerjakan apa jua pekerjaan. Amiin!

Sebenarnya sibuk sangat tak terkata sepanjang Disember baru ni.

Sibuk dengan pelbagai urusan. 

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar

Urusan pejabat, bisnes online, persiapan persekolahan, balik Terengganu, balik Negeri Sembilan..

(itu je pun halnya..tapi konon sibuk kalahkan Perdana Menteri)

Disember lepas, Seqy Beauty ada buat promo..sepanjang tempoh sebulan tu memang ada promo yang berlainan.

Sambutan pelanggan memang sangat Alhamdulillah..rezeki Allah bagi, kita uruskan sebaik mungkin.

Mana nak COD, mana balut untuk pos..Kak Aya ni memang jenis slow dalam banyak perkara, kalau lagi banyak benda nak kena buat lagi la banyak masa diperlukan.

Alhamdulillah masa bulan Disember tu cuti sekolah kan, kerja-kerja membalut parcel serahkan kepada Nadhirah...kiranya dapat la disiapkan dengan cepat.

Dalam beberapa hari pertama bulan Jan 2016, rutin masih sama..doa Kak Aya semoga 2016 ni lebih bersinar..tahun ni banyak azam.tapi biarlah rahsia sebab malu kalau tak tercapai hi hi.

Untuk 2015, Alhamdulillah ada beberapa kenangan manis..bisnes kian maju walaupun secara kecilan, Nadhirah dapat 5A, Umar dah bersunat, Ucu masih lagi diberikan kesihatan yang baik walaupun agak terkejut kerana tiba-tiba mendapat penyakit tu tahun lepas, mak kak aya di kampung pun alhamdulillah sihat je sepanjang 2015, mak mula mengajar kawan-kawan rapat beliau mengaji 2x sehari dan masih berterusan hingga ke hari ni. Alhamdulillah.

Banyak nikmat yang telah diterima namun sedikit sekali yang Kak Aya mampu berikan DIA semula.itu la perasaan sejak masuk 2016..jadi untuk tahun 2016 ni, harapnya biarlah banyak lagi usaha amal perbuatan yang menjurus kepada kebaikan.

Tahun ni kak aya dah pun dalam proses akhir nak tambah lagi produk jualan..tapi masih belum bersedia untuk promosi sekarang.

Ada beberapa perkara utama yang belum settle jadi kak aya slowkan sikit aktiviti promosi bisnes sejak bulan Diember , mungkin hingga Februari...aktiviti promosi ye maksud kak aya....bisnes berjalan je macam biasa.

Terima kasih kepada pelanggan yang memilih untuk berurusniaga dengan Kak Aya sedangkan mereka ada banyak pilihan stokis dan agen.. Alhamdulillah ini semua rezeki.


Ok itu je untuk entry pertama 2016.

Kalau nak order produk Seqy Beauty, semua ready stok ye.

Contact je kak aya pada bila-bila masa 0173416762.

No comments:

Post a Comment