02 March 2016

Tidur Lewat

Asalamualaikum

Sejak awal Jan 2016, Zahra kian tidur lewat...lewatnya tu hingga menjangkau pukul 2 pagi..macam sekarang ni, dia baru je terlelap pukul 2.20 pagi.

Sejak awal Jan 2016 ni jugak, jalanraya sesak pagi dan petang. Kak Aya memang terasa letih sungguh-sungguh bila dah mula baring, rasa lenguh bermula lutut hingga keseluruhan kaki.

Bila badan terlalu penat, secara automatik mata kita susah nak lelap walaupun sebenarnya sangat mengantuk

Situasi jalan jem, badan letih, anak tidur lewat adalah satu kombinasi cukup hebat untuk menghasilkan satu perasaan yang dinamakan tekanan/stress.

Kadang-kadang ketika sedang memandu, mata hampir-hampir terpejam lena..

Pernah ketika memandu, mata ni memang tak boleh nak celik dah, terpaksalah singgah di stesyen minyak dan tidur dalam setengah jam.

Apa yang kak aya nak share adalah betapa penting tidur yang mencukupi.kalau tak cukup tidur, banyak perkara terjejas.


Oh ye, kak aya nak bagitau hari ni 2/3/2016, hari last untuk jualan runtuh Seqy Beauty ye!

Contact Kak Aya kalau nak order 0173416762


No comments:

Post a Comment