Sekadar renew domain ...

Assalamualaikum

Dah 6 tahun kak aya guna domain sendiri untuk blog.

Lama 6 tahun tu.

Boleh di kira dengan jari, berapa banyak entry Kak Aya sepanjang tempoh itu.

Dalam banyak - banyak entry tu pulak, nak cari entry yang bermanfaat mungkin sama sukar nak cari semut hitam di waktu malam..mak aii perumpamaan.

Percaya tak, kak aya dah macam 2 tahun tak check acc Nuffnang.

Tapi sekejap tadi dah check .

Tengok statistik blog, sendu gila.

Perkara yang menjadi asbab kepada kemalasan adalah Kak Aya tak tau nak share apa.

Ni tengah terfikir nak share je mana-mana post menarik yang Kak Aya rasa bermanfaat untuk dikongsi bersama dan beri kredit kepada tuan punya post.

Ok ke macam tu?

Hmm ntah la.

Biasa pada hari pertama renew domain, Kak Aya akan berjanji untuk cuba update sekurangnya 1 entry sehari..tapi tidak untuk kali ini.

Tak nak berjanji apa-apa kerana tau kemampuan diri.

Kak Aya macam nak susun semula masa Kak Aya.

Macam ada sesuatu yang tak kena je dengan pengurusan masa selama hari ni.

Hmm tengok la nanti...mungkin perubahan kecil yang hanya Kak Aya je tau.

Terima kasih kepada yang masih sudi datang ( sekadar berfiikir positif)..ada tak ada yang datang kebanyakkan kerana post Aidijuma tu je.

Dan ada sorang dua yang setia datang memberi komen, macam Diana tu..LM tu.

Terima kasih ye.

Kak Aya sayang kalian semua.



0 comments :

Post a Comment