Masih berusaha

Salam 24 Syawal 

Pejam celik pejam celik Syawal dah hampir ke penghujung. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk meneruskan hari-hari yang indah .

Walaupun Ramadhan telah berakhir, kak aya masih lagi meneruskan puasa..puasa ganti, puasa 6, puasa untuk mengawal nafsu makan.

ye betul, kak aya rasa ada baiknya berpuasa untuk mengawal nafsu makan, apa tak nya berat kak aya dah naik menjadi 80kg..bayangkan la.

kak aya berpuasa 4 hari seminggu, Isnin hingga Khamis. 3 hari berikutnya tak puasa.

sekarang berat dah turun 3kg, sejak awal Ramadhan hingga ke hari ni, hanya turun 3kg..makan lebih sikit mencanak naik semula hingga 1.5kg.

Kak aya rasa perlu utk kak aya teruskan amalan berpuasa.

Cuba dulu untuk 3 bulan.

Tengok macam mana.

0 comments :

Catat Ulasan