Mencuba resipi nasi beriani.

Assalamualaikum

Sebelum cuba nasi arab Sabtu lepas, Kak Aya terlebih dahulu mencuba masak nasi beriani Sabtu 2 minggu lepas.

Berani tak berani Kak Aya, bawak nasi beriani yang ntah sedap atau tidak tu ke Tampin, rumah mertua..hebat betul , hi hi.

Resipi yang kak aya guna adalah bergantung sepenuh kepada pakcik jual rempah di pasar, sebiji ikut cakap dia.

Beli dulu beras Basmathi, sekilo RM18.
Beli rempah untuk nasi beriani, rempah untuk gulai ayam khas untuk beriani...dalam RM5 macam tu.

Balik rumah, terus ikut apa kata pakcik tu.

Rendam beras 20 minit.

Nasi
Tumis dulu bawang besar, masukkan rempah 4 sekawan tu, masukkan rempah nasi beriani yang dah dicampur air.

Dah naik bau, masukkan air, susu cair, kiub ayam.

Dah mendidih, tuang ke dalam rice cooker,

Masukkan beras.

Masukkan daun pandan.

Tunggu je la nasi tu masak.


Gulai Ayam.
Tumis bawang merah, bawang putih, halia.
Masukkan rempah gulai yang dicampur cili boh + air.+garam+gula.
Dah masak rempah tu masukkan ayam.

Tunggu hingga kering air ayam.
Masukkan santan.

Masak hingga pecah minyak.

Kak Aya sediakan acar timur sekali.

Siap.


1 comments :

Kakzakie Purvit berkata... [Reply to Comments]

Walau tak nampak gambarnya tapi baca resepi dia pun kakak tahu memang sedapkan nasi beryani yg siap lengkap dgn gulai ayam sekali:)

Catat Ulasan