Novel & Drama Suri Hati Mr Pilot

Assalamualaikum,


Kak Aya sebenarnya baru lepas baca novel Suri Hati Mr Pilot ni..boleh layan la ...nak kata best gila gila tu tak jugak tapi memang boleh baca sampai habis la...ada part part tu yang buat kita senyum malu malu .hi hi bunyi macam gatal je .

Kat rumah ni tak ada Astro sekarang , jadi macam ketinggalan keretapi je bila dengar kawan kawan sembang mengenai drama Suri Hati Mr Pilot ni.Laju je join kawan kawan bercerita betapa tak sabarnya mereka nak menonton drama ni.

Menariknya drama ni kak aya rasa sebab pelakon pelakon utama drama ni Fattah Amin & Neelofa.

Dan..kak aya rasa pemilihan pelakon untuk watak hero dan heroin ni memang sangat "kena".

Kak Aya jarang menonton drama adaptasi dari novel...tambah tambah kalau untuk tayangan Astro memang confirm la takkan tengok.

Selalunya drama tak best macam yang kita baca di dalam novel..lagi satu kak aya tak suka nak menunggu episod seterusnya...sejenis manusia yang suka baca time tu habis time tu...tak boleh baca hari ni, stop, baca pulak minggu depan..memang tahap sabarnya nipis je.

Ni orang lain macam excited tunggu drama ni ditayangkan malam esok, kak aya rileks je ...langsung tak ada rasa he he.

Siapa sini yang suka sangat tengok drama adaptasi dari novel? Cer komen sikit.



0 comments :

Catat Ulasan