Kekalkan kecantikan, Jaga Penampilan

Amboooii tajuk tak beringat...tak tau la ada kaitan tak dengan entry kat bawah ni..kalau tak ada kaitan pun, pandai pandai la kait sendiri hi hi..

Kak Aya ada di Tampin sebenornya ni..gerak pagi tadi...Kak Aya yang mengajak en somi balik..sesuatu sangat kan mengajak suami balik kampung dia..memang ada sesuatu pun, nak tempah baju kurung kat sana..

Sebenarnya tak pernah pun tempah kat sana..kali ni nak cuba, kalau OK jahitannya , kita tempah lagi ye.

OK sebenarnya entry ni nak share tentang Seqy Beauty yang Kak Aya ambik daripada blog tokey Seqy Beauty.

Kebanyakkan customer, sebelum dorang nak beli kat agen Seqy, dorang nak tanya dulu. Nak mintak suggest mana yang patut dia mulakan. BB ke? Sakura ke? Skincare ke? Gitu.





Soalan : Saya tak ada apa-apa masalah dengan kulit. Tapi nak cuba produk Seqy, produk mana yang saya boleh cuba dahulu?

Kalau kulit memang tak ada apa-apa masalah langsung. Maksudnya kulit korang bukan jenis yang allergy atau sensitif. Korang boleh guna mana-mana produk mengikut kemampuan. Selalunya  Sepet akan suggest BB Cream, sebab harga yang mampu milik, tahan lama, dan mudah di gunakan. Orang kata BB Cream Seqy ni macam magic jugak, haha! Mana taknya, pakai seminit tapi LAWA SEHARI. Ha kemain lagi pujian tu. =P



Soalan : Boleh tak kalau nak guna Sakura Mask dulu?

Untuk Sakura Mask,  Sepet perlu tau jenis kulit awak macam mana dulu. Sebab Sakura Mask ni formulasinya lebih kepada kulit kering/normal. Untuk pertama kali penggunaan, Sepet tak suggest awak pakai Sakura Mask semasa tidur. Cukup sekadar 20 minit, lepas tu basuh. Boleh guna dua kali sehari atau tak kisah seberapa banyak kali nak pakai. Yang penting jangan bawak masa tidur. Biarkan dia serasi dulu dengan kulit kita. Dah lama-lama tu, bila kulit dah tak kering, dah sebulan pakai 20 ke 30 minit macam tu and kulit tak ada apa-apa masalah. Barulah awak pakai masa tidur. Itupun  Sepet tak suggest pakai setiap malam. Seminggu 2 kali pun dah cukup.


Soalan : Habis tu kalau kulit berminyak tak boleh pakai Sakura Mask ke?

Untuk kulit jenis berminyak, boleh pakai Sakura Mask. Tapi jangan pakai setiap hari. Cukuplah 15 minit selang sehari. Tapi selalunya Sepet suggest pakai Set Skincare Seqy dulu, bila dah seminggu dua pakai, dah rasa kulit dah better, baru pakai Sakura Mask.



Soalan : Kulit berminyak sesuai pakai produk yang mana dulu?

Untuk kulit berminyak,  memang suggest Set Skincare Seqy sebab formulasinya memang untuk merawat kulit berminyak. Dalam set ada Cleanser, Toner, Serum dan Krim yang boleh membalancekan pH kulit korang. Tak kisahlah jenis kering, normal atau berminyak. Kombinasi dalam set Skincare Seqy Insyaallah boleh membantu masalah kulit yang korang hadapi tu.


Soalan : Kulit saya sensitif, produk mana yang saya perlu cuba dahulu?


Untuk kulit sensitif, Sepet selalunya akan mintak dia JANGAN PAKAI SEMUA PRODUK SEQY DALAM SATU MASA. Haaaa gitu. Hihi! Sebab Sepet ada pengalaman, sorang customer ni dia beli kombo set, then dia pakai semua sekali gus. Tapi ada salah satu yang dia allergy, cuma tak tau yang mana satu. So customer ni nasib baiklah dia pun paham dengan problem kulit dia yang memang jenis sensitif. So dia cuba satu-satu produk dulu, then baru dapat detect mana satu yang tak serasi dengan kulit dia. Jadi  Sepet sarankan, untuk kulit sensitif, cuba satu-satu produk dulu. Contoh BB Cream dulu, then tengok ok tak dengan kulit, pakai seminggu dua. Kalau ok tu boleh teruskan cuba produk Skincare pulak, then kalau ok cuba pulak Sakura Mask. Macam tu.


Soalan : Macam mana nak tau kulit kita allergy atau tak?

Ada beberapa customer yang confius sama ada allergy atau tak serasi. Allergy ni kategori teruk jugak lah. Sekali pakai terus naik merah, atau terus naik jerawat, atau terus gatal-gatal, bengkak dan sebagainya. Allergy takkan tunggu 3 4 hari untuk kita tengok kesan dia. Dia akan nampak terus.


Kalau jenis yang dah pakai 2 3 minggu, then baru naik jerawat seketul dua pun belum lagi di panggil tak serasi. Sebab kita kena paham jugak, hormone yang tak balance pun memainkan peranan penting dalam pertumbuhan jerawat. Ada masa kita stress, tak cukup tidur, sistem aliran badan tak berapa lancar, gaya pemakanan tidak sihat. Itu semua faktor-faktor pertumbuhan jerawat jugak. Selalunya Kak Sepet terima banyak kes jerawat naik bila datangnya BULAN PUASA, dan HARI RAYA.


Kenapa? Sebab badan kurang air, tapi kita duk makan supplement itu ini. Tetiba Set Skincare jugak yang dipersalahkan, ha gitu. Hihi! Bila datangnya raya pulak, makan bermacam jenis makanan berminyak. Oh tak boleh nak control makan itu ini, pegi raya open house sana sini then minyak pun naik sekali kat muka, then selamat datang jerawat baru. Hihi! Ofkos kita pelik, kita dah rasa skincare tu ok, kenapa tiba-tiba keluar jugak jerawat.


Macam tu kena tanya diri sendiri dulu, apa yang kita makan. Cukup tak air dalam badan. Ada makan kekacang berlebihan tak, atau makanan bergoreng melampaui batas ke. Kalau ada tu cecepat kurangkan, and teruskan je pakai Skincare.


Tapi kalau jenis sebelum ni kulit memang licin tanpa jerawat, then pakai Skincare dah seminggu tetiba jerawat datang silih berganti, bukan seketul dua tiga, dah pakai Skincare lebih 3 minggu pun still tak ada perubahan yang positif, jadi disarankan STOP pakai, ini barulah namanya TIDAK SERASI.


Soalan : Kulit saya tak ada problem, then nak cuba SEMUA PRODUK SEQY, macam mana cara pemakaian terbaik?

Kalau korang kulit tak ada apa problem, cuma nak bagi lembut, bersih dan sihat, ofkos korang boleh cuba semuanya sekali gus.


Caranya.


1. Pakai Set Skincare (Basuh muka dengan CLEANSER, sapu TONER di ikuti dengan SERUM, dan last sekali pakai KRIM)
2. Tunggu sehingga krim meresap (dalam seminit pun dah ok), sapu BB Cream.
3. Balik rumah, boleh cuci muka guna CLEANSER. Sapu SAKURA MASK 20 ke 30 minit.
4. Bilas dengan air biasa. Sapu TONER, SERUM dan KRIM.


Soalan : Lepas solat perlu tak apply Skincare semula?


Tak perlu, cukup sekadar apply BB Cream untuk protect kulit dari sinar UV.


Ok ini dulu lah setakat ni, kalau ada apa-apa penambahan soalan popular nanti  Sepet update lagi ye. So kalau ada yang dah terjawab di hati korang tu, dah yakin nak guna yang mana dulu. Silakan jangan malu-malu contact KAK AYA 0173416762.

Salam Tahun Baru 2016.

Assalamualaikum,

Lama eh menghilang..tahun 2016 dah banyak hari berlalu kan?

Kak Aya doakan semoga pembaca blog Kak Aya ( macam kan la ada pembaca hu hu) dirahmati Allah diberkati Allah sepanjang masa, diberikan kemudahan dalam mengerjakan apa jua pekerjaan. Amiin!

Sebenarnya sibuk sangat tak terkata sepanjang Disember baru ni.

Sibuk dengan pelbagai urusan. 

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar

Urusan pejabat, bisnes online, persiapan persekolahan, balik Terengganu, balik Negeri Sembilan..

(itu je pun halnya..tapi konon sibuk kalahkan Perdana Menteri)

Disember lepas, Seqy Beauty ada buat promo..sepanjang tempoh sebulan tu memang ada promo yang berlainan.

Sambutan pelanggan memang sangat Alhamdulillah..rezeki Allah bagi, kita uruskan sebaik mungkin.

Mana nak COD, mana balut untuk pos..Kak Aya ni memang jenis slow dalam banyak perkara, kalau lagi banyak benda nak kena buat lagi la banyak masa diperlukan.

Alhamdulillah masa bulan Disember tu cuti sekolah kan, kerja-kerja membalut parcel serahkan kepada Nadhirah...kiranya dapat la disiapkan dengan cepat.

Dalam beberapa hari pertama bulan Jan 2016, rutin masih sama..doa Kak Aya semoga 2016 ni lebih bersinar..tahun ni banyak azam.tapi biarlah rahsia sebab malu kalau tak tercapai hi hi.

Untuk 2015, Alhamdulillah ada beberapa kenangan manis..bisnes kian maju walaupun secara kecilan, Nadhirah dapat 5A, Umar dah bersunat, Ucu masih lagi diberikan kesihatan yang baik walaupun agak terkejut kerana tiba-tiba mendapat penyakit tu tahun lepas, mak kak aya di kampung pun alhamdulillah sihat je sepanjang 2015, mak mula mengajar kawan-kawan rapat beliau mengaji 2x sehari dan masih berterusan hingga ke hari ni. Alhamdulillah.

Banyak nikmat yang telah diterima namun sedikit sekali yang Kak Aya mampu berikan DIA semula.itu la perasaan sejak masuk 2016..jadi untuk tahun 2016 ni, harapnya biarlah banyak lagi usaha amal perbuatan yang menjurus kepada kebaikan.

Tahun ni kak aya dah pun dalam proses akhir nak tambah lagi produk jualan..tapi masih belum bersedia untuk promosi sekarang.

Ada beberapa perkara utama yang belum settle jadi kak aya slowkan sikit aktiviti promosi bisnes sejak bulan Diember , mungkin hingga Februari...aktiviti promosi ye maksud kak aya....bisnes berjalan je macam biasa.

Terima kasih kepada pelanggan yang memilih untuk berurusniaga dengan Kak Aya sedangkan mereka ada banyak pilihan stokis dan agen.. Alhamdulillah ini semua rezeki.


Ok itu je untuk entry pertama 2016.

Kalau nak order produk Seqy Beauty, semua ready stok ye.

Contact je kak aya pada bila-bila masa 0173416762.