26 February 2016

Anak Dara

Alhamdulillah hari ni anak dara kak aya balik bercuti setelah 2 minggu masuk asrama.

Tak jumpa 2 minggu terasa dah berbulan-bulan tak jumpa..iskk padahal minggu lepas dah jumpa kat asrama kejap...siap menangis-nangis si mama nya..sabar je la haiii.

Kak Aya ni kan haru betul..anak steady je...nasib baik la menangis gitu-gitu je hari tu.

Pulangnya anak dara kak aya ni dengan pakej pakaian kotor 2 bakul.

Hmm nasib baik la mesin yang tolong cucikan.

Esok, kena beli barang-barang keperluan dia yang masih belum lengkap.

Banyak jugak kos bila anak dapat masuk asrama ni.

Memang sangat perlu untuk menabung seawal yang mungkin untuk pendidikan anak-anak.

Ada tak ibu ibu yang nak share cerita anak yang tinggal di asrama?


16 February 2016

Hati Seorang Ibu

Assalamualaikum

Kak Aya tak tau berapa lama yang benar-benar Kak Aya terlena malam tadi..banyak kali terjaga memandang jam di dinding..teringatkan Nadhirah.

Ya Allah...begini la hati seorang ibu.

Rasanya Nadhirah dapat lena hingga ke pagi...Alhamdulillah kalau benar begitu...mama ni biasalah, pada usia macam ni, mata memang sukar nak lelap kalau ada je perkara yang memberatkan fikiran.

Kakak.belajar rajin-rajin...solat jangan tinggal...mesti mengaji tiap hari ye...

Mama rindukan kakak.

Bersabarlah dengan dugaan sepanjang hidup di sana yang Insyaallah berlangsung sehingga 5 tahun sebelum keluar meneruskan fasa kehidupan yang lebih mencabar.

Ya Allah! jagalah dia untuk ku...hanya padaMU segala pengharapanku

Bila anak masuk asrama

Assalamualaikum

Busy semedang je kak aya ni, nak jenguk blog pun tak sempat.

Hari ni hari pertama nadhirah masuk asrama..jadi malam ni mamanya terkebil-kebil memandang siling rumah.

Rasa macam kehilangan, rasa macam tak tau nak buat apa ....mata tak nak lelap.

Macam-macam kerisauan datang bertandang menjengah fikiran...kak aya dah halau perasaan tu jauh-jauh...

Semoga ini yang terbaik untuk Nadhirah@kakak...mama doakan semoga kakak dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang boleh sama-sama saling membimbing untuk kejayaan dunia dan akhirat.

Berjaya di dalam akademik semata bukanlah satu kejayaan sebenarnya kerana kejayaan menuju akhirat lebih jitu.

kakak...mama tak boleh lelapkan mata malam ni......malam pertama kakak di sana.

Ada yang boleh kongsi rasa yang sama macam kak aya tak?