Anak Dara

Alhamdulillah hari ni anak dara kak aya balik bercuti setelah 2 minggu masuk asrama.

Tak jumpa 2 minggu terasa dah berbulan-bulan tak jumpa..iskk padahal minggu lepas dah jumpa kat asrama kejap...siap menangis-nangis si mama nya..sabar je la haiii.

Kak Aya ni kan haru betul..anak steady je...nasib baik la menangis gitu-gitu je hari tu.

Pulangnya anak dara kak aya ni dengan pakej pakaian kotor 2 bakul.

Hmm nasib baik la mesin yang tolong cucikan.

Esok, kena beli barang-barang keperluan dia yang masih belum lengkap.

Banyak jugak kos bila anak dapat masuk asrama ni.

Memang sangat perlu untuk menabung seawal yang mungkin untuk pendidikan anak-anak.

Ada tak ibu ibu yang nak share cerita anak yang tinggal di asrama?



Hati Seorang Ibu

Assalamualaikum

Kak Aya tak tau berapa lama yang benar-benar Kak Aya terlena malam tadi..banyak kali terjaga memandang jam di dinding..teringatkan Nadhirah.

Ya Allah...begini la hati seorang ibu.

Rasanya Nadhirah dapat lena hingga ke pagi...Alhamdulillah kalau benar begitu...mama ni biasalah, pada usia macam ni, mata memang sukar nak lelap kalau ada je perkara yang memberatkan fikiran.

Kakak.belajar rajin-rajin...solat jangan tinggal...mesti mengaji tiap hari ye...

Mama rindukan kakak.

Bersabarlah dengan dugaan sepanjang hidup di sana yang Insyaallah berlangsung sehingga 5 tahun sebelum keluar meneruskan fasa kehidupan yang lebih mencabar.

Ya Allah! jagalah dia untuk ku...hanya padaMU segala pengharapanku

Bila anak masuk asrama

Assalamualaikum

Busy semedang je kak aya ni, nak jenguk blog pun tak sempat.

Hari ni hari pertama nadhirah masuk asrama..jadi malam ni mamanya terkebil-kebil memandang siling rumah.

Rasa macam kehilangan, rasa macam tak tau nak buat apa ....mata tak nak lelap.

Macam-macam kerisauan datang bertandang menjengah fikiran...kak aya dah halau perasaan tu jauh-jauh...

Semoga ini yang terbaik untuk Nadhirah@kakak...mama doakan semoga kakak dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang boleh sama-sama saling membimbing untuk kejayaan dunia dan akhirat.

Berjaya di dalam akademik semata bukanlah satu kejayaan sebenarnya kerana kejayaan menuju akhirat lebih jitu.

kakak...mama tak boleh lelapkan mata malam ni......malam pertama kakak di sana.

Ada yang boleh kongsi rasa yang sama macam kak aya tak?

Kurus dengan D'Herbs Premium Gold?

Semalam ada seseorang telah bermurah hati bagi ni:



Bersungguh benar dia nak tengok Kak Aya kurus.

Ada tak yang pernah cuba produk ni? Boleh share?



CALIPH SUNNAH SUPPLEMENT

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Dah masuk bulan Feb 2016 dah kita, kejap je abis sebulan.. 


Bulan ni agak kurang sibuk untuk kerja-kerja di pejabat tapi sibuk untuk persediaan Nadhirah masuk asrama pada 15/2/2016.


Memang banyak barang nak kena beli, belum beli apa pun lagi, keputusan baru je tau Jumaat lepas sebenarnya. Alhamdulillah syukur sangat dia terpilih untuk belajar di sekolah berasrama..menunggu keputusan MRSM sampai hari ni belum keluar lagi, lama benar eh Mara nak buat keputusan.



Kak Aya akan balik kampung sempena cuti Tahun Baru China minggu depan..seronok dah terasa, over kan? Memang kak aya sentiasa merindukan desa tercinta...menyimpan hasrat di dalam hati diam-diam nak balik menetap di desa tercinta satu hari nanti, Insyaallah..


Sebenornya entry ni nak share tentang Caliph Sunnah Supplement For Kids, yang dikeluarkan oleh syarikat RAFFELINA Sdn Bhd.


Kak Aya pasti ramai yang dah biasa dengar nama produk ni, yang memang dah jadi pengguna setia pun dah ramai, kan?


Kak Aya dah seminggu bagi anak-anak amalkan....Kak Aya perasan Zahra kuat makan sikit sejak mengamalkan Jus Caliph ni, sebelum ni dia makan ikut mood dia je...susah hati dibuatnya.


Mula-mula tu adik ipar Kak Aya yang share cerita tentang Jus Caliph ni....dia pengguna bukan penjual...anak dia yang sebelum ni jenis makan main-main macam Zahra jugak..sekarang ni dah makan secara teratur, terus Kak Aya teringin nak cuba untuk anak-anak.


Kak Aya tengok bahan kandungan bagus,selain ada makanan sunnah ada juga Omega 3 & 6.


Kak Aya cuba baca tentang pengasas produk ni, yang lebih dikenali Kak Fel...Kak Aya kena panggil dia Fel je..hik hik terasa macam kawan baik pulak.


Memang Kak Aya ni follow IG beliau....kak aya suka sebab beliau banyak share idea macam mana nak jadi peniaga berjaya.


Dipendekkan kisah, Kak Aya terus teringin nak jadi agen...tapi sedar akan poket yang sedang melalui fasa "kenipisan", Kak Aya hanya mampu bermula sebagai dropship je dulu.


Belum ada customer lagi buat masa ni..takpe,memang kena ambik sikit..kena sabar.






Kalau ada yang berminat nak order boleh contact kak aya ye 0173416762, SMS/whatsapp/telegram.


Terima kasih support bisnes Kak Aya,