09 March 2016

Apa saja yang terlintas

Assalamualaikum

Masih ada lagi kah pengikut blog ini? Hati ni berkeyakinan tiada siapa lagi yang sudi ke mari mengunjungi blog kaku ni.

Di saat ni memang betul-betul buntu..bukan baru sehari dua buntunya tapi dah lama, berbulan bulan,buntu tak tau nak share apa kat sini.

Serasakan tiada apa langsung untuk ditulis dikongsi.

Percutian - tidak kemana-mana , balik kampung pun berapa kali je setahun , dan aktiviti time balik kampung sekadar memerap je.

Masakan dan makanan - har-hari makan lauk beli je, weekend memang masak tapi masak yang biasa-biasa yang amat.

Perihal anak-anak - hari-hari pun sama je rutin.

Banyak sangat alasan kan? Hmm jadi la blog ni  berhabuk bersawang.

Ada tak ada yang boleh di update buat masa ni adalah tentang bisnes...tau ramai yang unfollow bila kak aya asyik update bisnes je kan..

Ok setakat ni kak aya punya bisnes dah tambah lagi 2 produk tau.

1. Dianz Vitamin C + E




2. Bedak Arab Kokuryu
Stok belum sampai, belum ada gambar.

Kalau ada yang berminat nak beli, boleh contact kak aya ye. SMS boleh, Whatsapp/Telegram/Call pun boleh 0173416762


Ok itu je perkongsian malam ni . Nanti kak aya buat entry khas untuk produk-produk yang kak aya jual ni ye.



02 March 2016

Tidur Lewat

Asalamualaikum

Sejak awal Jan 2016, Zahra kian tidur lewat...lewatnya tu hingga menjangkau pukul 2 pagi..macam sekarang ni, dia baru je terlelap pukul 2.20 pagi.

Sejak awal Jan 2016 ni jugak, jalanraya sesak pagi dan petang. Kak Aya memang terasa letih sungguh-sungguh bila dah mula baring, rasa lenguh bermula lutut hingga keseluruhan kaki.

Bila badan terlalu penat, secara automatik mata kita susah nak lelap walaupun sebenarnya sangat mengantuk

Situasi jalan jem, badan letih, anak tidur lewat adalah satu kombinasi cukup hebat untuk menghasilkan satu perasaan yang dinamakan tekanan/stress.

Kadang-kadang ketika sedang memandu, mata hampir-hampir terpejam lena..

Pernah ketika memandu, mata ni memang tak boleh nak celik dah, terpaksalah singgah di stesyen minyak dan tidur dalam setengah jam.

Apa yang kak aya nak share adalah betapa penting tidur yang mencukupi.kalau tak cukup tidur, banyak perkara terjejas.


Oh ye, kak aya nak bagitau hari ni 2/3/2016, hari last untuk jualan runtuh Seqy Beauty ye!

Contact Kak Aya kalau nak order 0173416762