Lepas gian berbolog

Sekarang ni rasa nak update blog, kita update je.

Nak share tentang anak anak kak aya , mana yang terlintas nak share.

1. Nadhirah
dah 5  bulan kat asrama, dalam bulan 5 hari tu dia di serang demam tiba-tiba..lepas tu pitam ketika perhimpunan sekolah.

ketika time balik bermalam di rumah, kak aya bawak dia ke klinik..buat ujian darah, BP drop mendadak hingga bawah 6. malam tu jugak kena admit.. kena masuk air dan 3 pin darah.

ketka itu memang risau yang tak terhingga....menurut Gynae, itu masalah gangguan hormon..mungkin disebabkan dia sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di asrama, jadual harian sebagai seorang pelajar di sekolah berasrama penuh tersangat padat..mungkin agak stress la, itu yang terganggu hormon.

sekarang nampaknya Alhamdulillah keadaan kembali macam biasa walaupun ada waktunya mood dia kelaut terutama time nak balik asrama..biasalah, macam tu la mama dulu..lagi teruk ah malas la nak cerita pengalaman sendiri.

petang tadi hantar dia balik ke asrama, dia cakap sedih minggu depan tak dapat balik rumah...jumaat depan birthday dia, tu pasal la sedih.

2.Umar
Kalau main games - itu kesukaan dia..tak makan, tak mandi pun tak apa.

kalau suruh buat kerja sekolah - sehabis daya la dia untuk mengelak daripada buat kerja sekolah.

kalau hari cuti - dia akan bangun seawal pagi..orang lain masih hanyut dia buai mimpi, dia dah siap mandi.

tapiiii kalau hari sekolah, selagi tak kejut, selagi tu la tak bangun.

macam mana tu ?

3.Ammerah Zahra
Dia ni pulak, pantang lepa, mesti ambik handphone kak aya , pasang Youtube.

Apa yang dia tengok tu, kadang-kadang rasa kelakar je.

Kebiasaannya dia tengok Robocar Poli, Superwing, Didi& Friends...biasalah umur tara tu memang itu la pun kesukaannya.

Dia ni tak suka pakai jeans dan skirt..hari hari nak gaun, baju kurung je..amboiii sangat dia nih!


Ok itu je la dulu nak share mengenai anak-anak Kak Aya.


Masih berusaha

Salam 24 Syawal 

Pejam celik pejam celik Syawal dah hampir ke penghujung. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk meneruskan hari-hari yang indah .

Walaupun Ramadhan telah berakhir, kak aya masih lagi meneruskan puasa..puasa ganti, puasa 6, puasa untuk mengawal nafsu makan.

ye betul, kak aya rasa ada baiknya berpuasa untuk mengawal nafsu makan, apa tak nya berat kak aya dah naik menjadi 80kg..bayangkan la.

kak aya berpuasa 4 hari seminggu, Isnin hingga Khamis. 3 hari berikutnya tak puasa.

sekarang berat dah turun 3kg, sejak awal Ramadhan hingga ke hari ni, hanya turun 3kg..makan lebih sikit mencanak naik semula hingga 1.5kg.

Kak aya rasa perlu utk kak aya teruskan amalan berpuasa.

Cuba dulu untuk 3 bulan.

Tengok macam mana.