Cuti Cuti Pulau Redang 2D1N - Day 2

Assalamualaikum,

Bersambung lagi kisah percutian singkat kami ke Pulau Redang , September lepas.

Hari ke 2 ni, aktiviti bermula sebaik saja selepas sarapan. Pagi tu sarapan yang disediakan adalah nasi lemak sambal sotong dan roti bakar.

Aktiviti mandi manda di Pantai Teluk Dalam. Sama seperti semalam jugak, hanya kami 5 beranak dihantar menggunakan van ke Pantai tu. Ketika kami sampai , tak ada siapa pun yang ada..fuhhhh terus menyelam mandi mandi dengan riang ria.

Macam tak percaya pun ada bila melihat sendiri keindahan pasir keindahan pemandangan ...memang menakjubkan ..cantik sangat sangat ciptaan Allah..tak perlu pergi jauh sampai ke luar negara, masih lagi tak jauh dari kampung sendiri, dah dapat keindahan yang tak terperi.

Memang nak perg lagi lepas ni, ntah bilalah tu..kena berangan dulu lepas tu anganan tu akan menggerakkan hati dan fizikal untuk berusaha.











Masih terkenangkan halusnya pasir di sini...tak pernah jumpa pasir sehalus tu.

Pihak Asmadi benarkan kami mandi sehingga pukul 12..bayangkan lah sejak pukul 9 mandi , pukul 12 pun anak-anak tak nak naik lagi, van dah sampai untuk bawa kami pulang ke bilik penginapan.

Kelihatan The Taraas dari kejauhan..
Balik ke bilik, terus berkemas kemas untuk balik ke rumah mak Kak Aya di Kampung Darat Batu Rakit.


Tengah tunggu bot untuk balik ke daratan

Terlentok Zahra tidur


Sepanjang perjalanan balik tu, satu pemandangan yang sangat indah pada pandangan mata Kak Aya..bot membelah lautan yang biru kehijauan...tak tau la macam mana nak describe tapi itulah pemandangan yang sangat dan paling cantik yang Kak Aya tengok sepanjang hidup ni walaupun sekadar bot membelah lautan je..tapi ntah la, sangat menakjubkan ciptaan Allah ...terfikir ketika itu, macam mana la keindahan syurga andainya lautan yang luas begini sudah terasa sangat indah dan menakjubkan.


Dah sampai di daratan, kami tak ada lah terus balik rumah, boleh pulak singgah makan ikan celup tepung . 

Sekian catatan percutian singkat kami ke Pulau Redang..singkat tapi sangat bermakna..Kak Aya cadangkan sesiapa yang nak percutian bajet ke sana, pilih la perkhidmatan Encik Asmadi ni, Insyaallah tak kecewa.



yang tunjuk isyarat best tu la Encik Asmadi.


Cuti Cuti Pulau Redang 2D1N - Day 1

Assalamualaikum..


Pejam celik pejam celik dah pun masuk November...aahhh cepatnya masa berlalu. Dah hujung tahun dah rupanya..kesibukan dengan rutin menyebabkan blog ni banyak terabai..



Sebenarnya, bukannya tak jengah langsung blog ni ..ada je mai jengah..cuma ntah la malas nak update.



Kisah percutian ke Pulau Redang ni pun dah lama sebenarnya, dah melewati 2 bulan lebih dah rasanya.



Kami ke sana cuma satu malam je, cukuplah nak lepaskan hajat dan keinginan diri sendiri serta anak-anak.



Percutian ni adalah percutian bajet saja. Kami memilih untuk menginap di Asmadi Guesthouse.



Nanti Kak Aya buat satu entry mengenai Asmadi Guesthouse ni selepas ni, kalau ada yang berminat nak tau lebih details.



Kak Aya gerak dari rumah menuju ke Jeti Merang sekitar jam 8 pagi. Bot bergerak sekitar 9.30 macam tu, jarak dari rumah ke Jeti Merang tu tak lah jah sangat, dalam 30 minit je.



Dah cantik dah Jeti Merang ni sekarang, dulu kerap jugak datang saja saja kat sini, jetinya sempoi saja tapi sekarang memang sangat cantik, ada kedai cenderamata berderet.



Kak Aya bayar RM1025 untuk 3 dewasa, 2 kanak-kanak , meliputi kos:



1. Bot daripada Jeti Merang - Pulau Redang - Jeti Merang

2. Penginapan 2 hari 1 malam .
3. Sarapan pagi, Makan tengahari dan makan malam sepanjang kami di sana untuk sekeluarga.
4. 1 trip Snorkeling untuk 4 dewasa 1 kanak-kanak
5. 1 trip ke Taman Laut
6. 1 trip ke Pantai Teluk Dalam


Kak Aya rasa sangat berbaloi kerana perkhidmatan yang disediakan sangat memuaskan dengan bayaran yang dikeluarkan.



Makanan pun Alhamdulillah , mengenyangkan dan sedap.



Jom layan gambar dulu la, gambar memang banyak tapi ada je yang tak begitu menarik untuk dikongsi, jadi pilih pilih je la mana yang sesuai untuk tayangan umum...



sedang tunggu bot ni...



Budak ni sangat teruja nak naik bot

Dalam bot

Sebelum bot mula bergerak

Laju betul la bot ni memecut...Umar siap mengucap berkali kali...biasalah kali pertama , Kak Aya sendiri pun berdebar , diam je sepanjang perjalanan, sambil beristighfar sambil menghayati keindahan ciptaan Ilahi.
Melihatkan laut terbentang luas, memberi kesedaran yang bukan sedikit, betapa Maha Besarnya Allah.
Perjalanan mengambil masa 40 minit untuk sampai ke Jeti Pulau Redang.




Rajin bebenor, heret beg dari jeti hingga ke kampung menunggu van, padahal van akan jemput kita di jeti.
 Lama jugak menunggu van Asmadi datang menjemput, sebenarnya van tu dah menunggu tapi kesilapan komunikasi..tak apalah, nak happy-happy kena la lalui sedikit ujian kesabaran.


muka lega dapat masuk dalam van..
Sekejap je pun perjalanan dari jeti ke tempat penginapan tu.


Bawah restaurant, bahagian atas tu bilik penginapan
Sampai-sampai terus dihidangkan dengan Orange Jus. Alhamdulillah, sejuk tekak. Lepas tu dapat kunci bilik. 

12.30 turun makan tengah hari. Lepas makan, rehat, pukul 3 petang boleh turun untuk bersiap ke tempat snorkeling. Teruja kami 5 beranak ni tak sudah-sudah...nama je tinggal tak jauh mana pun dengan Pulau Redang tapi ni kali pertama jejak kaki ke sini, mau tak teruja semedang.

Dalam pada teruja nak snorkeling tu,kami berlima sempat lagi tidur sepuasnya..macam terlupa pulak nak pergi snorkeling..sabar je la..sebenarnya kami ke Pulau Redang ni sebaik saja habis kenduri kahwin adik , pagi esoknya terus ke sini..memang betul betul lepaskan penat lelah kenduri.

Bestnya kalau guna perkhidmatan Asmadi ni, kita dilayan penuh privacy, tak ada share bot dengan orang lain, hanya kami 5 beranak je.

Kami naik van menujuj pantai Teluk Dalam melalui The Taraas, khabarnya The Taraas ni paling mahal di antara seluruh hotel, resot sekitar Pulau Redang..hmm mampu memandang je le.

Nampak je Pantai Teluk Dalam, kami macam jakun sangat tapi pandai pandai la pakat cover kejakunan tu he he.

Sampai situ, kami ready untuk naik bot untuk snorkeling sambil-sambil tengok penyu.

sampai sampai Pantai Teluk Dalam terus snap gambar ni
Sebelum tu sempat la kami berlima ni sapu BB Cream Seqy Beauty, untuk halang daripada sunburn. sebelum tu dah pakai Sakura Mask..riso benor , takut sunburn.

Tunggu bot datang









Lama jugak la kami snorkeling eh kak aya tak turun pun sebenarnya he he..main celup celup kaki je dengan Zahra..budak kecik tu tak bagi pulak dah kak aya turun..

Boleh nampak lah bot bot lain penuh dengan penumpang, lepas mereka semua pakat turun untuk snorkeling. 

Mereka ni diberikan masa tertentu lepas tu pakat naik bot semula.

Macam keluarga kami ni, agak bebas sikit ..tak ada lah dihadkan masa tapi sendiri faham la , nanti rentung pulak kulit .

Lepas dah lebih kot 2 jam, kami bergerak sekejap ke Long Beach.. situ banyak chalet-chalet, macam -macam nama..nampak menarik pemandangannya tapi memang dari awal kami memilih untuk percutian bajet saja, pastinya chalet yang ada sepanjang Long Beach tu tak sepadan dengan bajet kami hu hu.

Insyaallah kami akan datang lagi, kali ni dengan impian untuk menginap disalah satu chalet yang ada di sepanjang Long Beach. Kalau ada rezeki lagi lebih, boleh book TheTaraas terus, mana tau kan?

Jeti Long Beach


Banyak jugak snap gambar kat sini tapi tak ada pulak muka kak aya yang cun cun untuk dikongsikan .


Dalam 40 minit kot kami mandi manda di sini...ramai sangat manusia kat sini...lepas tu kami gerak ke Taman Laut..sebenarnya kami patut datang waktu pagi ke sini , memandangkan kami hanya mengambil pakej 2 hari 1 malam, kami perlu datang ke sini pada waktu petang..sayangnya ikan semua tak ada pada waktu petang ..tengok air je la.

Layan aja la sekeping 2 gambar  sekitar Taman Laut. 
Gambar banyak je tapi tu la , masalahnya bila ada muka Kak Aya je, terus rasa tak nak share hi hi.








Hari pun dah nak masuk malam, kami gerak balik ke tempat penginapan. Balik dan terus makan malam, lepas tu malamnya lepas Isyak je,  kami semua terus hanya dibuat mimpi, keletihan main air.

Nanti Day 2 , Kak Aya sambung semula tau.


Novel Rahsia Perindu - Ramlee Awang Murshid



Kak Aya memang peminat novel sejak umur  belasan lagi..TAPI bukan novel-novel Ramlee Awang Murshid (RAM).



Melihatkan sahabat Kak Aya tu buat koleksi semua novel RAM, Kak Aya macam salute la kat dia, sebab kami selalunya mempunyai citarasa yang sama TAPI tidak tang novel RAM ni.



Hari berganti bulan berganti tahun, koleksi novel RAM kepunyaan sahabat Kak Aya tu kian bertambah, Kak Aya tetap tak ada keinginan untuk membaca, dulu pernah cuba baca tapi rasa macam "tak boleh pergi".



Hairannya , sejak seminggu dua ni tetiba tergerak hati nak baca novel RAM..hmm apakah selera mula durhaka terhadap tuannya?



Mulanya tu terpandangkan Novel Anugerah Pertama, dirak perpustakaan..Kak Aya pinjam, dalam hati ni mesti novel cinta.



Kak Aya balik rumah baca 1 bab je kot...rasa tak boleh pergi..terus stop bacaan..seminggu kemudian Kak Aya terus pulangkan semula..lepas tu ada beberapa novel RAM yang lain.



Aku Bercerita, Ungu Karmila, Imaginasi, Sunan, Mikhail- semua Kak Aya pinjam bawak balik...baca semua tu, memang ralit la..eh tak sangka pulak boleh layan la novel novel RAM ni.



Terbaru pinjam novel Rahsia Perindu. Novel ni rasa lain daripada yang lain setakat yang Kak Aya dah pernah baca .



Baca la dengan penuh khusyuk, tenggelam dalam penghayatan..sejujurnya memang rasa diri sendiri yang psiko.



Hinggakan berhenti sejenak daripada pembacaan , hanya untuk berfikir tentang diri sendiri...sampaikan terfikir aku ni ada masalah personaliti ke? Bla bla bla.



Memang novel ni rasa macam berpusing pusing sikit. Tamat bacaan, Kak Aya betul betul keliru..time tu jugak Kak Aya hantar mesej melalui Whatsapp kepada sahabat Kak Aya tu.



" saya rasa macam bingung dan keliru la selepas membaca novel Rahsia Perindu ni..saya ni ada masalah jiwa la selama ni "



Aikkkk kita yang dah habis baca berpuluh puluh novel RAM tak ada pulak sampai rasa tahap tu..biar betul awak ni.



" Ntah la..."


Sebenarnya Kak Aya keliru dengan cerita yang disampaikan di dalam novel ni...tu yang macam bercelaru..biasa baca novel cinta biasa-biasa yang straight to the point je kan...novel RAM yang Kak Aya baca sebelum ni pun tak ada la buat jadi bingung semacam je.



Jadi Kak Aya ambik keputusan untuk baca semula...gigih kan? Ye la sebab nak memahami secara jelas kena la baca lagi sekali.



Jadi pening pada mulanya ada la kerana gagal memahami kisah fantasi yang menceritakan tentang watak Amylia. Itu la yang sangat memeningkan, mula tu macam faham je kononnya.



Salah faham yang lain adalah Kak Aya fikirkan Jefry anak kepada Junaidah, Jefry adalah Leopard...kemudian menganggapkan Harris itu adalah Leopard. Dan mati mati Kak Aya fikirkan Leopard tu adalah lelaki...Ha ha macam macam anggapan pada kali pertama bacaan.



Bila watak Amylia tu dah habis ( sebab watak ini hanya la watak yang diciptakan oleh Maria saja), KakAya memang mula blur dan keliru....kerana itu la ambik keputusan untuk baca semula.



Walaupun kali ke2 tu tak lah faham 100% tapi dah nampak apa yang RAM nak sampaikan.



Watak utama di dalam novel ni adalah Maria.



Siapa yang dah baca novel ni? Apa pendapat kalian yang telah membacanya?



Ada satu lagi yang belum dibaca , pinjam jugak tu..Pei Pan.



Tengok pada senarai novel RAM, macam ambik masa bertahun untuk Kak Aya cari dan baca.



Hmmm selera dah mula berubah nampaknya, Ok la sesuai la dengan peredaran usia....novel cinta mungkin dah kurang relevan...sambil sambil belek buku agama dan ilmiah, sesekali boleh la belek novel RAM lepas ni.





Balik Bermalam



Ni tahun ke 2 dah anak dara Kak Aya kat asrama.

Tahun lepas dia balik bermalam setiap 2 minggu sekali,tahun ni sebulan sekali dapat balik bermalam.

Kak Aya memang harapkan dapat balik bermalam setiap 2 minggu tu kekal sampai bila-bila rupanya setakat tahun lepas je.

Walaupun zaman kak Aya kat asrama dulu dapat balik rumah sebulan sekali je, zaman anak ni pandai pandai je berharap anak balik lebih kerap.

Menurut kata Nadhirah, ada parent yang komplen asyik kena jemput dan hantar anak je setiap 2 minggu...atas sebab itu la , balik bermalam jadi sebulan sekali.

Ada ibubapa yang senang anak pulang sebulan sekali...ada yang suka anak pulang lebih kerap..

Masing-masing ibubapa ada pandangan tersendiri.

Kalau dia pulang bermalam, memang happy la satu family kecil kami..walaupun dia selalunya habiskan banyak masa dengan tidur je..asal balik je mesti tidur macam baru balik dari medan perang.

Dulu kita tak ada la macam tu, rasanya kalau balik untuk tidur je memang kena azanlah kat telinga ni.

Kita faham situasi belajar di asrama dulu dan sekarang banyak bezanya...

Dulu zaman Kak Aya duduk asrama,sampai form 4 masih homesick.huh memalukan kalau dikenang-kenang...mak Kak Aya selalu banding-bandingkan antara Kak Aya dan Nadhirah...katanya, maknya dulu menangis sampai bertahun tahun.....siang malam berzikir nak balik rumah je...anaknya sedih takat 2 hari je.

Kak Aya akui memang hati  Kak Aya ni lebih cepat renyuk daripada hati tisu.

Alhamdulillah anak tak ngikut peel hati tisu Kak Aya.



Menanti saat kenduri menyambut menantu

Kurang 3 minggu lagi, Insyaallah keluarga Kak Aya bakal menerima ahli keluarga baru..adik kak aya bakal berkahwin pada 26/8/2017 ni.

Majlis Menyambut Menantu bakal di adakan dirumah mak Kak Aya, Insyaallah pada 28/8/2017

Terus terang, Kak Aya sangat teruja sekali untuk berkumpul seluruh ahli keluarga kecil kami dan jiran-jiran tetangga akan datang membantu masak memasak.

Kali terakhir kenduri begini pada 2011, lepas tu tak ada sebarang majlis kenduri lagi selain majlis doa selamat kecilan.

Ni gambar throwback ketika menyambut menantu 2011.









KELABU



Saja je share gambar nak sekeping di pagi Syawal yang lalu.

Suka tengok gambar ni sebab memang sekeping je pun yang ada.

Tema warna pilihan si kakak.

Ahli yang lain main setuju je la.

Semua pakaian beli di Kenanga WholeSale kecuali baju tuan blog, beli kain dan tempah jubah.
Orang bersaiz special memang kena tempah, tak boleh main beli yang dah siap macam orang lain.

Kami beraya di Tampin, Rembau dan Terengganu.

Hmm raya haji tak lama lagi dah kan...tak sabar....sebabnya cuti tu nanti adik kahwin, nak bercuti cuti sehari dua lepas tu sambut raya haji di rumah mak kak aya.

Salam Aidiladha..eh awalnya hik hik..terlebih dos gembira ke apa..



Alahaiii Founder Dot Dot Dot

Kadang kadang sebagai penjual online ni kita suka jugak jadikan kata-kata atau tips dari Founder produk lain sebagai motivasi kepada kita.

Walaupun ayat-ayat santai je , ada benda yang boleh kita ambil jadikan panduan di dalam berbisnes terutamanya bisnes online.

Kawan Kak Aya sorang ni memang jadi follower kepada lama sosial Founder Produk Dot Dot Dot.. selalunya ayat dia bolehla dijadikan tangkal azimat kepada para peniaga lain.

Tadi kawan Kak Aya ni ada la lahirkan rasa kurang selesa dengan ayat-ayat Founder tersebut...kawan kak aya ni luahkan dalam group agen produk kita orang la kan...kami semua terus bertempiaran lari ke FB Founder tersebut

Saat Kak Aya baca tulisan Founder tersebut....terus rasa melugai..

Kisahnya Founder tersebut tak puas hati dengan komplen seorang doktor tentang kaedah pembersihan alat sulit yang disyorkan oleh Founder tersebut.

Pada kak aya, doktor tersebut memberi pandangan berdasarkan pengetahuan beliau, tak perlu la Founder tersebut melatah hinggakan menulis ayat-ayat yang pada kak Aya agak keterlaluan kelucahannya. 

Sosial Media ni memang senang nak buat pahala,sangat senang jugak nak buat dosa.

Pada Kak Aya, tulisan kita tu melambangkan peribadi kita sebenarnya..tulisan yang kasar-kasar tu sebenarnya lahir daripada hati yang penuh dengan kemarahan.

Kak Aya bukan la penulis yang baik hanya sekadar tau mengeja  je lebih kurang layaknya tapi masih boleh berfikir untuk luahkan rasa agar tidak membuatkan orang yang membaca itu merasa tidak selesa dan naik melugai.

Harap faham apa itu melugai...nak muntah dan mual maksudnya



Nasi Lemak Sempoi.

Sejak akhir akhir ni rajin betul nak masak nasi lemak petang-petang hari.

Balik kerja, terus berpusing berputar ligat siapkan segala bahan untuk nasi dan sambal..sambil tu jugak rebus telur.

Tung tang tung tang hampir sejam siap.

Nasi lemak sempoi je.

Nasi, sambal, telur rebus, timun dan bilis goreng.

Masak nasi tu 2 pot je, daun pandan yang ditanam sendiri belakang rumah tu kurus haluih je..tapi bau menyengat , santan tak terlalu pekat tak jugak terlalu cair.

Satu rumah berbau pandan. Segar je bau pandan dan rasa macam nak makan satu periuk...eh bukan la nak makan periuk, kot ye pun kak aya sekarang dah macam gorila, makan masih pada tahap normal lagi.

Untuk sambal pulak, bawang kecik , bawang putih , cili , belacan diblend bersama. Tumis macam biasa, masukkan air asam ..semua step macam biasa je la.

Nanti-nanti setiap yang Kak Aya masak, Kak Aya nak catat semua dalam blog ni..berserta gambar sekali.

Baru la hidup ceritanya.

Lepas makan 3 beranak ni...kenyang menyandar youu.



Senja nan Merah

Tajuk je senja nan merah...gambar sebenar kelabu asap...


Masa ni dah hampir sangat dengan waktu Maghrib.

Balik kampung wajib datang menjenguk laut yang setia menghempas pantai...memandang liuk lintuk pokok kelapa ..ohh sabar la hati...lagi 2 minggu lebih je lagi...Insyaallah daerah ini pasti dilewati lagi.

Pantai Telipot...mung tunggu aku balik ye..

Doaku mengiringi kepergianmu

Petang tadi, sampai rumah dah hampir pukul 6.30, kelam kabut solat Asar, tadi tak sempat nak solat di pejabat.

Lepas tu teruskan berkelam kabut dengan bertaekwando di dapur.

Masak nasi, rebus telur, tumis bahan tumisan untuk dijadikan sambal telur.

Masa aroma sambal menusuk hidung , terdengar suara orang memberi salam.

Adik ipar kepada jiran sebelah rupanya.

Dia datang nak bagitau Kak Ipar dia nak berangkat menunaikan haji malam ni.

Terkejut jugak la Kak Aya...walaupun kami ni nama je jiran tapi ntah lah, kesibukan yang menjarakkan kita.

Sedih jugak dengan kehidupan di kota ni....muka jiran pun susah nak nampak..masing masing awal pagi dah keluar, terang hampir bertukar gelap baru sampai rumah semula.

Setiap masa berperang dengan masa hinggakan ada yang lebih penting pun terlepas pandang.

Macam kak aya ni, jiran dah nak berangkat baru dapat tau..kadang tu rasa teruk sangat Kak Aya ni sebagai seorang jiran.

Jiran Kak Aya tu menunaikan haji bersama salah sorang abang dia.

Susie , nama jiran Kak Aya ni...cadang tu lepas buka puasa, mandi dan solat maghrib nak terus la  ke rumah dia...rasa tak sedap sgt belum sempat pergi sedangkan nampak mereka dah sibuk sibuk depan pagar..tapi kenangkan nak buka dan solat...dulukan mana yang perlu.

Ketika hampir nak bagi salam rakaat terakhir terdengar suara Susie bagi salam, bertalu-talu...memang Kak Aya terus melompat buka pintu sebaik saja lepas bagi salam.

Dia dah nak pergi, katanya....maafkan salah silap, doakan urusan dia dipermudahkan.

Sebak sangat terasa di hati..ye..kami tak rapat tapi sebagai jiran, sifat kasih antara kami mungkin tersedia ada..tambahan ketika arwah mak dia ada dulu , kami kerap bersembang tepi pagar pemisah antara dapur dia dan dapur Kak Aya.

Kak Aya raih Susie dalam pelukan....dalam hati berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan perjalanan dan urusan ibadat beliau..Semoga pulang dengan membawa Haji Mabrur.

Kak Aya memandang kereta yang membawa dia hingga ke pandangan terakhir, dengan bertelekung di badan.

Semoga Susie dan abangnya mendapat Haji yang Mabrur.



Asam Pedas Untuk Dia

Semalam anak dara ada call membuat permintaan .

"Mama....masakkanlah untuk kakak , asam pedas tenggiri & sambal belacan..mama bawak nasi sekali,kita makan ramai-ramai...anggap la permintaan ni sebagai hadiah birthday kakak."

Mak mana lah yang sanggup hampakan permintaan si anak kan? Tambah tambah kalau permintaan tu bukanlah permintaan yang besar dan berat untuk ditunaikan.

Makanya, pepagi ni berkejaran la mama ke pasar..padahal naik kereta dah kenapa nak kena berkejaran? hi hi.

Beli tenggiri dan peha ayam, cili api , daun kesum, timun batang..itu je yang dibeli, tak padan dengan berkejaran.

Balik rumah sepantas kilat mak ko ni menyiapkan segalanya..ni dah settle masak segala, ngadap blog jap..haruslah catat.

Ayam tu kak aya goreng je, ayam goreng berempah...guna resipi yang dikongsi oleh Nornabila , isteri pelakon Sharnaz Ahmad, ambik ko mak siap tiru resipi retis, kalau tak sedap, tak tau la nak.

Sambal belacan tu letak mangga muda..phewww 

Asam pedas resipi sendiri je , tak ada la tiru mana-mana resipi retis.

Nasi dah tanak...eh macam dulu dulu kan bila sebut tanak nasi...mak dulu dulu selalu cakap tanak nasi.

Sekarang ni tunggu waktu Zohor je, lepas solat Zohor berdesup la kita ke Kuala Selangor.

Opps kek belum beli, kena keluar jap, beli siap2.




050817 - 14 tahun lalu

Pejam pejam celik celik ..14 tahun dah rupanya.

Masih terkenangkan sakit yang sungguh panjang, luka yang agak banyak, pendarahan yang agak banyak, masa untuk sembuh agak lama berbanding 2 anak yang lain.

Alhamdulillah..Syukur sangat-sangat, anak itu membesar menjadi remaja solehah sekarang ni.

Dia tak balik bermalam minggu ni, jadi sempena birthday dia hari ni, kita anak beranak la yang ke asrama..dia cakap tak perlu kek pun tak apa, cukuplah sekadar bawak nasi berlaukkan asam pedas dan sambal belacan je

Walaupun dia cakap tak nak kek, kena beli jugak kek sebab Zahra pulak yang over, asyik meratib ratib nak kek nak kek nak kek...tau la tak celebrate birthday dia hari tu..esok beli kek untuk cover semua , mungkin beli 5 slices, senang masing-masing punya kesukaan, 5 slices untuk 5 orang ahli 5 tarikh sepanjang tahun ni hi hi..betul betul jimat ni , semua kumpul sekali sepanjang tahun.






Tahun lepas punya ni..





Sesekali ..

Tak tau nak cerita apa pun sebenarnya, kebetulan ada beberapa keping gambar yang dah ditransfer ke PC, pilih2 share je la.

Sesekali makan jauh hingga ke Midvalley ( Little Penang)



Sesekali makan di Domino.


Sesekali bergambar berdua


Sesekali menggunakan LRT untuk KL


Ok la itu la SESEKALI untuk dishare kan...nanti jumpa gambar SESEKALI yang lain, kak aya share lagi.


p/s: tak keluar pulak caption pada gambar...pelik la pulak....




RANDOM


Sesekali teringatkan blog, time tu la baru gigih nak buka, belek-belek..lepas tu berkurun pulak tinggalkan. Tahun belum cukup 10 entry pun lagi rupanya..bagusnya Kak Aya ni...

Kalau masih ada yang sudi menjenguk, terima kasih banyak banyak.

Sekeping dua gambar masa di Gold Coast Morib hari tu.

Dalam bilik hotel di Gold Cost Morib.



Lobby area.


Depan bilik masa nak check out.




Cuti sekolah akan dtg pulak tak lama lagi....kali ni adik kak aya kahwin ketika cuti sekolah akan dtg,kebetulan sekali dengan cuti Hari Kebangsaan dan Hari Raya Haji, Kak Ayaa ada plan untuk short vacation bersama keluarga kecik Kak Aya.

Kalau jadi, Insyaallah Kak Aya update cerita dan gambar di blog ye!