Angguk Geleng 1 - Petikan Majalah Solusi Isu 98

Assalamualaikum,

Sekadar satu perkongsian bersama.

Dahulu ada seorang peladang kaya. Dia memiliki ladang tanaman yang luas sekali. Dia sungguh berpuas hati. Suatu hari , seorang teman bersembang dengannya tentang emas dan betapa kayanya orang yang memiliki lombong emas.

Pada malam itu, dia berangan-angan tentang lombong emas. Tidak berapa lama kemudian dia menjual semua ladangnya. Duit itu dijadikan perbelanjaan untuknya mengembara menari tanah yang mengandungi emas . Ke sana sini dia mencari dan membeli tanah. Akhirnya dia kecundang. Duitnya habis, emas tidak jumpa-jumpa juga. Akhirnya dia mati di jalanan, jauh di tempat orang. Dikatakan juga dia membunuh diri.

Suatu hari , sedang oang yang membeli ladang peladang malang itu membawa kerbau ke sungai di ladang. dia perasan akan sesuatu yang berkilau kilau di atas beting sungai. Dan sejak pada hari itu, ladang tanaman itu bertukar status menjadi lombong emas terbesar di kawasan tersebut.

Kalaulah si pemilik asal tidak meninggalkan ladang tersebut, berkemungkinan dialah orang pertama yang menemui  bijih emas itu. Tidaklah dia mati diperantauan.

Apakah pengajaran disebalik kisah ini? Jom kita sama-sama renungkan.

Kak Aya nampak sikap tidak cukup dengan apa yang ada dan sentiasa ingin dan ingin mengumpul harta menjadi isunya di sini.

Ini adalah cerminan diri kita sendiri tetapi dari sudut layar yang berbeza. Pengakhiran yang merugikan diri sendiri. Satu jentikan tepat pada hati Kak Aya sendiri.

Jom muhasabah!


0 comments :

Catat Ulasan