Cuti 2D1N di Gold Coast International Resort Morib

Assalamualaikum


Bagi salam sendiri jawab, sebab dah lama blog ni tak ada pengunjung, nasib baik la belum lagi dihuni oleh benda lain hi hi...merepek pulak tetiba Kak Aya ni.

Nak cerita sikit tentang percutian singkat Kak Aya anak beranak pada cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni..dah lama sebenarnya entry ni terperap di dalam Draft.

(MAAF KERANA ENTRY NI TAK LENGKAP SEBAB TAK ADA GAMBAR, ADA MASALAH UNTUK TRANSFER DARI HP KE PC NI. . SEKEPING TAK ADA GAMBAR YANG BERJAYA DI PINDAHKAN KE SINI...NASIB NASIB..)


Cuti Raya Cina baru ni Kak Aya anak beranak tak balik Terengganu, niat di sudut hati paling dalam tu nak balik Terengganu, hi hi melampau kan pertengahan Dec hari tu dah seminggu kat Terengganu, ada hati nak balik lagi...sebab tu la bagitau "niat di sudut hati yang paling dalam". 

Ok la faham sebab dah seminggu di Terengganu cuti sekolah hari tu, cuti raya cina ni sangat la afdal balik Tampin la pulak...tapi selalunya jarang berlama lamaan di Tampin... 

Kak Aya cadangkan kepada big boss kat rumah ni, sebelum balik Tampin, kita bawak anak anak mandi manda kat kolam dulu la, book la hotel murah murah untuk satu malam..kesian mereka ni, last bercuti mandi manda macam tu awal tahun 2014, Zahra belum pun setahun time tu. 

Asalnya nak bercuti di Impiana Morib, tetapi dah penuh..dulu pernah ke sana ketika mengandungkan Zahra, Umar teringin lagi nak ke sana, lagi pun harganya berpatutan....

Kesiankan anak-anak yang berapa tahun sekali dapat bercuti, Kak Aya booking di Gold Coast Morib ni.

Kak Aya akui memang jarang berpeluang untuk bawak anak anak bercuti, biasanya cuti bagi kami adalah balik kampung di Terengganu, itu pun dah cukup menyeronokkan tapi kita pun faham kan ..sesekali nak jugak bagi anak anak merasa mandi manda kat kolam.

Umar memang sangat teruja hinggakan malas nak pergi sekolah. Padahal beberapa hari lagi nak cuti sekolah baru pergi. 

Nadhirah macam teruja tak teruja je pada mulanya, bila dah sampai baru la nampak teruja. 

Kos keseluruhan termasuk masuk mandi kolam dlm RM350 macam tu..kami bawak bekal makanan dari rumah je, spaghetti carbonara, nasi goreng, jem, roti dan maggie. Macam bercuti banyak hari je gayanya. 

Kos itu termasuk kos penginapan, free breakfast untuk 2 orang, free 2 entrance fee ke taman permainan, kos penyimpanan tuala dan kos membeli keperluan di kedai serbanika di dalam tu.

Kami bertolak dari rumah sekitar 2.30 petang Jumaat macam tu, cuaca elok je dari rumah...sampai sana sekitar 4.30 , hujan turun selebat lebatnya. 

Umar terus mengeluh tak dapat mandi kolam walhalnya yang patut dirisaukan terlebih dahulu adalah macam mana nak masuk ke lobi, tempat parkir semua dah penuh, kami dapat tempat yang agak jauh daripada lobi. 

Big boss terpaksa la berlari lari ke lobi, Kak Aya anak beranak menunggu di dalam kereta. 

Lama jugak la menunggu, lebih setengah jam, nampak la big boss sekali lagi berlari lari anak datang ke kereta. 

Payung ada 2, kami ada 5 orang, pandai2 la adjust .. 

Kami terus ke bilik di ting 8, bilik 2843, mengadap tempat parkir ha ha berangan dari rumah nak mengadap kolam ...redho je le. 

Booking pun last minute macam tu kan, mana ada pilihan .. 

Big boss gayat naik ting 8...itu la sebab kes booking last minute la jugak . 



Masuk bilik, terus bau agak hancing dari arah dalam tandas..memang la kak aya dah baca banyak review tentang percutian di sini..ada yang ok, ada yang tak ok..apa pun kena lalui sendiri tengok macam mana. 

Beria la kak aya mencuci tandas guna sabun mandi sendiri...tak ada sabun mandi dalam tu..mungkin pihak hotel terlupa nak sediakan.. 

Umar terus buka baju masuk tempat jakuzi tu...Ya Allah sabar je la tengok keterujaan dia.


Ada jendela di dalam bilik , bila di kuak terus nampak tandas, jakuzi dan tempat mandi ..cuba tengok gambar kat bawah ni..sebelah jendela sana tu adalah tempat tidur ..kalau setakat suami isteri je ok la kalau gaya gitu tempatnya tapi bila ada anak-anak dah besar, rasa tak selesa la bilik air jenis terbuka camtu.






Bilik agak luas, kalau bawak 2 toto pun masih ada ruang lagi. 

Cuma tang kebersihan tu agak kurang memuaskan , bila Zahra selak bahagian bawah cadar, ada nampak botol mineral yang dah kosong ..mungkin kepunyaan penyewa sebelum ni..disebabkan dah baca banyak review tentang kebersihan di sini, kami tak la terkejut dengan situasi tu. 



Bahagian balkoni tu ada 2 kerusi, boleh la nak ambik angin malam..tapi disebabkan mengadap parking lot, malas nak bersantai kat situ...lampu balkoni tu pun rosak. 

Keseronokan bercuti di sini adalah lebih kepada anak-anak sebab dapat mandi kolam yang boleh la dikatakan cantik. 


Petang tu, selepas puas mandi jakuzi, Umar dan Nadhirah meninjau-ninjau area kolam dari tingkat 8 tu...dia cakap orang ramai mandi manda sebab hujan dah berhenti...jom la mandi sana .. 

Dalam pukul 6, kami anak beranak turun la mandi kolam..airnya pada Kak Aya agak kotor bila kita tengok dekat-dekat,dari kejauhan memang nampak biru je. 

Mungkin sebab seharian berapa ramai manusia mandi di dalam tu... 

Memang best la kalau dapat bilik mengadap kolam, lain sangat panoramanya ..jauh la kalau nak dibandingkan dgn mendapat parking lot macam yang kak Aya dapat tu he he. 

Pukul 6.45 kami dah di arahkan naik... 

Malamnya aktiviti makan makanan bekalan..Big boss sebenarnya kurang sihat..lepas mandi terus berselimut. 

Kak Aya , Nadhirah dan Umar memang makan makan makan je selagi mata celik, nasib baik tak tercekik. 

Umar ada keluar tinjau tinjau arah kolam , nampak ramai jugak yang mandi untuk sesi malam..kak aya tak pasti untuk waktu malam, pukul berapakah waktu yang dibenarkan untuk mandi manda.

Kalau ikutkan Umar, memang la dia masih nak turun mandi. 

Syok jugak dapat lepak je depan TV sambil makan makan di dalam suasana yang berbeza daripada kebiasaan...DI rumah pun macam tu jugak tapi tak sama suasananya. 

Kak Aya dan Zahra tidur paling awal, lagi 3 orang menonton TV sampai 12 lebih kot. 

Esoknya, big boss dan Umar bersarapan kat bawah, yang disediakan oleh pihak hotel..dapat 2 free breakfast. 

Kak Aya, Nadhirah dan Zahra makan apa yang masih ada kat dalam bilik tu.. 

Menurut big boss, tak banyak pilihan makanan pun.. 

Lepas sarapan, terus tukar pakaian untuk terjun kolam. 

Kali ni betul betul mandi manda sebab tengah hari nanti dah nak balik Tampin. 

Masa turun kolam sekitar 9 .30 macam tu, airnya memang bersih...tapi dalam pukul 10 lebih dah jadi macam petang semalam...nampak putih putih macam makanan hancur atau apa pun tak tau la...big boss buat lawak, dia cakap hingus, kahak semua la eiiii 

Sekejapan je sekitar kolam tu penuh dengan manusia...kalau nak datang memang elok datang time weekdays tapi sebabkan anak anak sekolah terpaksa la datang time cuti. 

Pukul 11 kami dah naik ke bilik, kemas-kemas barang...big boss , Umar dan Zahra sempat terlena.. Kak Aya dan Nadhirah sempat la hantar barang-barang ke kereta . 

Sekitar 11.50 kami dah check out dan teruskan perjalanan pulang ke Tampin. 

Kesimpulan daripada percutian ini - Alhamdulillah anak-anak gembira, itu yang penting. Tapi untuk datang lagi ketika cuti umum, jawapannya TIDAK

Insyaallah lain kali, kita cuba percutian singkat di tempat lain pulak. 

Itu je la review ikhlas yang Kak Aya dapat share.

Gambar-gambar dalam ni Kak Aya ambik ehsan dari Google.

1 comments :

Mama Zharfan berkata... [Reply to Comments]

sajer singgah baca entry kat blog akak
thanks akak sbb tulis review psl tempat ni..errr mr hubby cerewet bab2 hygenic..so memang tak bolehlah kalau dtg tempat2 gini
anyway, for me..yg penting kids happy kan :)

Catat Ulasan