13 May 2017

ISU FASHA SANDHA & NORA DANISH

Assalamualaikum,

Tengah buat apa tu...sini tengah lepak lepak je anak beranak.

Sambil lepak tu sempat la scroll IG...biasalah kalau ada bisnes online menag kerap la tengok IG dan FB.

Kak Aya tak sempat sangat dah sekarang nak follow kisah-kisah artis kecuali bila ada telefon karat bagitau sesuatu isu panas tu, ada jugak la jenguk jenguk kisah artis tu.

Macam hari tu, telefon karat cakap cuba tengok IG Rita Rudaini...jenguk la kejap, tengok banyak betul komen setiap post Rita, beribu riban..tak ada masa nak baca sebanyak tu tapi sepintas lalu membacanya memang penuh dengan caci maki..Ishhh tak tau la kenapa orang kita ni suka sangat bercakaran atas sebab yang tak ada kaitan dengan diri sendiri.

Terbaru sehari dua ni kisah Fasha dan Nora pulak...yang menjadi tarikan adalah respons peminat kedua dua belah...

Keliru bila difikirkan...sebab begitu berkobar kobar masing masing berbalas ayat cover sini, back up sana..

Mungkin masing masing banyak masa terluang kot

(Sekadar pandangan peribadi saja.)