07 August 2017

Doaku mengiringi kepergianmu

Petang tadi, sampai rumah dah hampir pukul 6.30, kelam kabut solat Asar, tadi tak sempat nak solat di pejabat.

Lepas tu teruskan berkelam kabut dengan bertaekwando di dapur.

Masak nasi, rebus telur, tumis bahan tumisan untuk dijadikan sambal telur.

Masa aroma sambal menusuk hidung , terdengar suara orang memberi salam.

Adik ipar kepada jiran sebelah rupanya.

Dia datang nak bagitau Kak Ipar dia nak berangkat menunaikan haji malam ni.

Terkejut jugak la Kak Aya...walaupun kami ni nama je jiran tapi ntah lah, kesibukan yang menjarakkan kita.

Sedih jugak dengan kehidupan di kota ni....muka jiran pun susah nak nampak..masing masing awal pagi dah keluar, terang hampir bertukar gelap baru sampai rumah semula.

Setiap masa berperang dengan masa hinggakan ada yang lebih penting pun terlepas pandang.

Macam kak aya ni, jiran dah nak berangkat baru dapat tau..kadang tu rasa teruk sangat Kak Aya ni sebagai seorang jiran.

Jiran Kak Aya tu menunaikan haji bersama salah sorang abang dia.

Susie , nama jiran Kak Aya ni...cadang tu lepas buka puasa, mandi dan solat maghrib nak terus la  ke rumah dia...rasa tak sedap sgt belum sempat pergi sedangkan nampak mereka dah sibuk sibuk depan pagar..tapi kenangkan nak buka dan solat...dulukan mana yang perlu.

Ketika hampir nak bagi salam rakaat terakhir terdengar suara Susie bagi salam, bertalu-talu...memang Kak Aya terus melompat buka pintu sebaik saja lepas bagi salam.

Dia dah nak pergi, katanya....maafkan salah silap, doakan urusan dia dipermudahkan.

Sebak sangat terasa di hati..ye..kami tak rapat tapi sebagai jiran, sifat kasih antara kami mungkin tersedia ada..tambahan ketika arwah mak dia ada dulu , kami kerap bersembang tepi pagar pemisah antara dapur dia dan dapur Kak Aya.

Kak Aya raih Susie dalam pelukan....dalam hati berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan perjalanan dan urusan ibadat beliau..Semoga pulang dengan membawa Haji Mabrur.

Kak Aya memandang kereta yang membawa dia hingga ke pandangan terakhir, dengan bertelekung di badan.

Semoga Susie dan abangnya mendapat Haji yang Mabrur.


No comments:

Post a Comment