22 January 2017

Anak anak Mama

Kejap je masa berlalu kan? 

Macam sedar sedar diri ni dah pun banyak uban, anak anak semua dah tinggi menggalah.

Banyak sangat dah yang berubah cuma sendiri macam tak begitu perasan.

Nadhirah dah 14 tahun, Umar 11 tahun, Zahra 4 tahun.

Ketika mula berblog dulu , Nadhirah baru berapa tahun je. 

Sekarang dia dah meninggi, baju kurung Kak Aya ketika anak dara dulu semua dia dah boleh pakai.

Kematangannya kian terserlah terutama semenjak setahun menjadi penghuni asrama.

Sekarang dah pandai bercerita macam macam perkara perihal sahabat, guru, pelajaran, masalah .





Umar pun sama, sejak dah berkhatan, memang ketara peruabahan fizikal dia. Dah sama tinggi dengan mama! Kuat makan sekarang ni..anak bujang la katakan.


Zahra pulak baru memasuki fasa bertanya itu ini..semua benda jadi persoalan bagi dia..jadi kena bersedia la dengan jawapan . Selagi kita tak jawab, selagi tu la dia akan ikut kita dan jawapan yang kita berikan tu mesti jawapan  yang memuaskan hati dia.

Itu la yang terlintas nak share di petang minggu ni.

Jap lagi nak makan tengah hari..dah siap masak...masak simple je, sambal ayam.

Ok la selamat menjamu selera dan beristirehat di hujung minggu bersama keluarga tersayang .

Angguk Geleng 1 - Petikan Majalah Solusi Isu 98

Assalamualaikum,

Sekadar satu perkongsian bersama.

Dahulu ada seorang peladang kaya. Dia memiliki ladang tanaman yang luas sekali. Dia sungguh berpuas hati. Suatu hari , seorang teman bersembang dengannya tentang emas dan betapa kayanya orang yang memiliki lombong emas.

Pada malam itu, dia berangan-angan tentang lombong emas. Tidak berapa lama kemudian dia menjual semua ladangnya. Duit itu dijadikan perbelanjaan untuknya mengembara menari tanah yang mengandungi emas . Ke sana sini dia mencari dan membeli tanah. Akhirnya dia kecundang. Duitnya habis, emas tidak jumpa-jumpa juga. Akhirnya dia mati di jalanan, jauh di tempat orang. Dikatakan juga dia membunuh diri.

Suatu hari , sedang oang yang membeli ladang peladang malang itu membawa kerbau ke sungai di ladang. dia perasan akan sesuatu yang berkilau kilau di atas beting sungai. Dan sejak pada hari itu, ladang tanaman itu bertukar status menjadi lombong emas terbesar di kawasan tersebut.

Kalaulah si pemilik asal tidak meninggalkan ladang tersebut, berkemungkinan dialah orang pertama yang menemui  bijih emas itu. Tidaklah dia mati diperantauan.

Apakah pengajaran disebalik kisah ini? Jom kita sama-sama renungkan.

Kak Aya nampak sikap tidak cukup dengan apa yang ada dan sentiasa ingin dan ingin mengumpul harta menjadi isunya di sini.

Ini adalah cerminan diri kita sendiri tetapi dari sudut layar yang berbeza. Pengakhiran yang merugikan diri sendiri. Satu jentikan tepat pada hati Kak Aya sendiri.

Jom muhasabah!

19 January 2017

Kejutan 4 Disember 2016 - 46 hari lepas

Hari tu adalah hari yang sepatutnya hari gembira sebabnya dah plan awal-awal nak ke KFC sempena birthday Umar yang ke 10. 

Sejak seminggu sebelum tu lagi, dia asyik ulang ulang sebut nak pergi KFC dihari jadi dia nanti..padahal tiap bulan mesti ada 1 hari tu makan kat KFC. 


Awal hari Ahad tu bermula dengan keluar membeli nasi kerabu , kedai yang berhampiran dengan Pejabat Pos Laju (PPL) Batu Caves, lepas makan memang nak ke PPL untuk pos barang customer. 

Selesai urusan di PPL, terus balik rumah. 

Kemas2 kat tingkat atas dalam setengah jam jugak la, berpeluh2..turun kemas bahagian dapur pulak..tengah berpeluh-peluh tu,HP suami berbunyi. 

Dengar la suami bersembang. 

" Abang kat mana sekarang? Saya ada je kat rumah" 

Terus hati ni rasa mcm semacam, memang Kak Aya ni kan jenis kelam kabut kalut malut kalau tau ada orang nak datang rumah tiba-tiba je. 

"Abang kat depan pagar dah ?" 

Suspens sungguh rasanya, nak selak langsir tu boleh aja tapi kenangkan dengan pakaian bibik yang tak begitu semenggah, tak elok la nak pergi mengintai. 

Suami pun bagitau la , Kak Asiah anak beranak ada depan pagar tu.. 

Terkejut sakan la Kak Aya ni..berpeluh macam apa je ..tarik baju kurung kat ampaian, terus tukar pakai baju kurung tu..kelakar pulak bila diingat-ingat. 

Tadi tu hanya sempat kemaskan bahagian dapur dan atas je kan, ruang tamunya berselerak dengan mainan Zahra, ada makanan, buku.. 

Tetamu dah pun ada depan pintu, kita selamba je la kan jemput masuk, duduk je la tang mana yang boleh duduk. 

Kak Asiah ni adalah pengasuh Nadhirah ketika habis pantang sehingga la Nadhirah tadika, Umar sempat lah dijaga oleh Kak Asiah lebih kurang setahun, lepas Kak Asiah sekeluarga pindah balik Sungkai. 

Dah macam family sendiri dah mereka ni cuma kalut sikit bila rumah bersepah macam tu, kebetulan tak ke pasar, memang peti ais kosong la kan. 

Rupanya mereka dari Sungkai nak ke Selayang untuk kenduri kahwin anak jiran lama dulu. 

Sempat la sejam mereka lepak lepak. 

Lebih kurang 11 lebih macam tu, mereka gerak ke kenduri, Kak Aya pulak nak keluar hantar barang customer di PPR Batu Muda. 

Hp Kak Aya sebenarnya dah beberapa bulan tak ok..kena tukar baru sepatutnya tapi memandangkan belum betul2 terdesak untuk menukarnya, guna je la dulu..HP tu banyak OFF daripada ON. 

Ok, masa dah keluar untuk COD barang tu, sampai kat traffic light bulatan Batu Caves tu, Kak Aya mintak tolong Nadhirah on kan HP. 

Masuk la whatsapp daripada Kak Ton, geng ngaji kat ofis tu. 

Ayat dia - " Awak ..Ustaz dah meninggal" 

2 kali mintak Nadhirah baca ayat tu...sempatlah Kak Aya ambik HP tu dan baca sendiri mesej tu dan lampu isyarat pun hijau..terus la memandu. 

1001 pertanyaan datang menerpa ni...Ustaz mana agaknya ye? ( walaupun tau, kalau kami sembang  , biasanya  kalau sebut "ustaz" je itu merujuk kepada Ustaz Talaqi kami, Ustaz Azman Ahmad) 

Jumpa lagi sekali traffic light merah, terus reply whatsapp Kak Ton - Ustaz mana ye? Saya tengah memandu ni, dah menggigil ni. 

Dia reply, baca kat Telegram , memandu dulu sampai tempat , baru baca. 

Dah tau, bila dia tulis baca kat Telegram tu membawa maksud Ustaz Azman la. 

Sampai kat PPR Batu Muda tu, customer belum ada....sempat la baca semua kat Telegram Group Ngaji. 

Memang tak dapat ditahan-tahan airmata ni ..memang terkejut . 

Ketika itu jugak la customer datang..mesti dia terkejut tengok Kak Aya dengan airmata berjejeran. 

Hinggakan salah kira. 

Balik rumah baru la whatsapp semula dengan customer, bagitau dia tentang berita yang menyedihkan tu. 

Ustaz Azman atau lebih popular dengan nama Azman Al Kurauwi meninggal akibat kemalangan langgar lari. 

Arwah berbasikal pada hari pertama selepas basikal tu dibeli. 

Memang hari tu betul-betul penuh dengan kejutan hinggakan ketika makan di KFC , hati kurang ceria walaupun hari tu adalah hari jadi Umar. 

Sekeluarga macam muram , suami biasa bersolat Jumaat diimamkan oleh arwah Ustaz Azman ketika bersolat di DBP. 

Begitulah, hanya Allah Yang Maha Mengetahui bila dan di mana ajal kita. 

Persoalannya untuk kita orang-orang awam ni , bersediakah kita. 

Nanti sambung lagi rentetan daripada peristiwa ini. 

17 January 2017

2017

Assalamualaikum


Syukurnya sebab masih sempat curi masa untuk blog kesayangan Kak Aya ni.

Berkali-kali tukar template sejak mula berblog, daripada free , berbayar berbayar berbayar dan sekarang guna yang free punya.

Tukar lagi kali ni dengan alasan untuk ambik mood berblog sempena 2017.

(Gelihati rasanya dengan alasan itu)

Salah satu azam tahun ni adalah nak menulis perkara perkara bermanfaat walaupun 1 entry je sebulan.

Sama ada orang datang baca atau tidak, itu jangan dikisahkan sangat. Anggap lah ini adalah personal diari.

2017 ni banyak sangat pengharapan yang Kak Aya letakkan.

Tak tau la akan terus bergerak seperti yang diimpikan atau sekadar pengharapan.

2016 berlalu dengan macam-macam cerita, penghujung 2016 diakhiri dengan cerita duka, Ustaz yang mengajar kelas agama Fardu Ain, Tafsir dan Kelas Talaqi meninggal dunia kerana dilanggar lari.

Kegembiraan 2016 pun tak kurang banyaknya, Alhamdulillah untuk semua nikmat dariMU Ya Allah.

Nanti Kak Aya kisahkan mana yang masih kekal dalam ingatan sepanjang tahun lepas.

Ni entry pemanas, semoga Kak Aya tidak la sekadar mengukir janji palsu untuk kekal aktif.

Sekian.