MISI KURUS - Exercise Sit Up

Assalamualaikum

Kak Aya ngadu dengan Umar, anak bujang Kak Aya tu....

M : Mama ni makin gemuk lah , Umar..tengok la baju baju mama, semua ketat.

U : Aah kan...Umar rasa mama cantik kalau kurus ( saja bodek untuk bagi semangat kat mama)

M : mama tak tau la nak mulakan diet macam mana.

U: Umar cadangkan kita buat exercise Sit Up dulu la slow-slow sebab mama pun tak boleh nak joging, sakit lutut, sakit kaki.

M : Okay, nanti kita mula dengan Sit Up.

Rentetan daripada perbualan tu, Umar jadi trainer tak bertauliah kepada Mama.

Untuk kali pertama malam tadi, Mama cuba buat sit up, kelakar ada seksa pun ada ...tapi malu kat anak cuba jugak la kan buat walaupun tak sempurna...Umar bersungguh sungguh membantu.


Dapat dalam 30x je..itu pun pecah peluh, kata orang Terengganu.


Doakan Kak Aya berjaya kurang sikit berat badan ni ye...impian sejak dulu , macam yo yo...kejap turun kemudian mencanak naik.

Obes oh Obes..MISI KURUS - Mulakan semula

Assalamualaikum,

Tengok di ruangan komen pada entry sebelum ni, MZ ada bertanya, adakah Kak Aya preggy? Sebenarnya Kak Aya ni sedang berdepan dengan masalah obesiti yang agak berat hu hu.

Dengan ketinggian 144cm, berat 83kg, memang siapa yang baca ni boleh bayangkan macam mana.

Macam sedar tak sedar berat kian memberat..rasanya makan macam biasa je, aktiviti harian pun sibuk semacam ..siang ke pejabat, kadangnya tiap malam keluar memandu untuk COD barang, memandu kereta manual lagi..

Penimbang ada je kat rumah ni tapi jarang nak timbang, mungkin sebab fikir susah sangat nak kurus, jadi macam tak ambik pot lagi dah tentang berat badan, lalui je hari hari macam biasa..siang berganti malam, malam beransur perg jadi siang, macam tu la hari hari.

Bila tu yang Kak Aya perasan badan kian besar?

Bila lengan baju kurung rasa ketat, hingga rasa tak selesa, lepas tu kan perasan jahitan kat bahagian ketiak mulai nak terkoyak..kain pun tak dapat zip dengan mudah...baru la macam terfikir - ehh aku makin gemuk ke?

Terus ambik penimbang dan ohmaiii 83kg..tak percaya sebenarnya..tapi itu la hakikatnya.

2 minggu lepas Kak Aya ada derma darah,sebelum menderma tu kan perlu timbang berat badan..rasa macam seorang pesalah je nak naik atas penimbang tu..pembantu doktor cakap 83kg ni macam sangat tak sesuai dengan ketinggian puan, kena kurangkan berat untuk kesihatan yang lebih baik.

Sekarang ni pun pesakit buah pinggang pun ramai dari kalangan mereka yang obes..hmm terus terbayang macam mana seksanya Ucu menjalani rawatan dialysis 3 kali seminggu.

Betul betul macam terasa seperti terkena tamparan..hinggakan sehari dua Kak Aya seolah kehilangan selera sebab terlalu fikirkan tentang nak buang sedikit berat yang membebankan ini.

Pada usia 44 tahun ni, memang seboleh mungkin Kak Aya tak nak ambil apa-apa ubat pelangsing badan..sedaya upaya nak cuba untuk buang lemak secara natural je.

Ada siapa yang obes sudi berkongsi tip tak ?