Panasnya Bumi Terengganu

Assalamualaikum,

Tetiba sangat malam ni sampai je dari kampung, sambil sambil mesin pakaian, on pc update blog! Memang sesuatu sangat rasanya..

Kak Aya balik Terengganu sejak petang Sabtu lepas., petang tadi gerak balik KL semula.

Panas betul cuaca sepanjang beberapa kat sana...bermandi peluh saban masa, kipas on 24 jam, angin terasa panas membahang.

Balik kali ni memang memerap seperap perapnya kat rumah, kalau bakar atas bara api mesti sedap ni..he he.

Kalau selalunya balik mesti walaupun sekali nak jugak ke Pantai Telipot, plan asalnya pun memang nak ke sana petang-petang, bawak anak-anak main layang layang, sudahnya memang mereput kat rumah je.

Panas sangat malas nak keluar lepak kat luar. Duduk rumah pagi petang siang malam sapu Sakura Mask kat muka..nak elakkan kulit wajah terbakar...biasanya dulu sebelum kenal Sakura Mask memang kulit jadi gelap bila balik dari kampung.

Siang tadi, rasanya hari yang paling panas sepanjang beberapa hari kat sana...gerak pukul 4 petang, sampai KL jam 9.30 malam, Kak Aya masih berpeluh-peluh..minum air bertong tong rasanya..

Syukurlah walaupun panas berbahang, masih lagi berpeluang berkumpul adik beradi, jumpa mak ..masak makan masak makan tambah berat ...

Malam ni anak-anak semua baring kepenatan dek kepanasan.

Apa pun cuaca di Terengganu, hati tetap rindu nak balik selalu.

Ok itu je nak share.

Puisi - KAMI HANYA PENGAGUM CIPTA-MU

Kak Aya minat sekali dengan puisi-puisi ketuhanan hasil karya Alhamarhum Ustaz Azman, di bawah ni adalah salah satu karya beliau.
ALFATIHAH buat guru yang banyak berjasa mengajar Quran, pelajarnya ramai termasuk la Kak Aya & sahabat-sahabat di pejabat.
=======================================================================
Tuhan,
Jadikan kami pengagum karya cipta-Mu.
Pada warna alam-Mu nan bercorak
Terbias pada awan nan berombak
Dari nur milik-Mu nan terserak
Di riak tasik nan tenang
di luas langit-Mu yang tidak bertiang
Sesudah tersingkapnya kelambu siang.
Tuhan,
Kami hanya pengagum cipta karya-Mu
Bukan pengagum pada warna
cipta hamba-Mu nan riak,
Terkasta pada rupa, pangkat
dan harta nan membuak.
Bimbang tersilau suluh nikmat nan banyak
Nanti di balik termakbul segala kehendak,
Engkau menguji kami dengan “istidraj”.
Al-Kurauwi
Tasik Ampang Hilir
11 Februari 2015