83kg!

Assalamualaikum

83kg.

Berat terpaling berat seumur hidup.


Review Filem J Revolusi

Assalamualaikum,

Baru balik menonton filem J Revolusi bersama anak-anak.. kami pilih TGV Wangsa Walk sebab itu terdekat dengan rumah.

Nama je dekat dengan rumah, ni kali pertama jejak kaki di Wangsa Walk, kesian la haiii Kak Aya ni.

Harga tiket utk 3 beranak RM29, Zahra free je.

Waktu tayangan 11.30 pagi..itu pun nak bagitau ke? hik hik.

Beli popcorn + soft drinks terus masuk panggung..dah gelap time tu.

Masuk dalam tu jam dah lebih 11.30, bajetnya memang on time sangat la rupanya naik berpinar mata tengok iklan...lepas satu , satu datangnya iklan,sabar je la...Kak Aya ok je boleh sabar tapi si Umar ni haa...bising mengomel, macam tengok tv kat rumah je banyak sangat iklan.

Ok, sebab apa Kak Aya pilih menonton filem ni? walhalnya bukan kaki wayang pun...dalam usia 44 tahun ni, rasanya macam tak sampai 10 filem pun yang ditonton..kalau lebih tu, mintak halalkan la ye, malas nak kira betul-betul....pilih filem ni sebab Umar la beria ria nak tengok, dia cakap TV bagitau, ni filem yang WAJIB ditonton..tak tau la kot dia fikir bila sebut wajib tu , berdosa jadinya kalau tak pergi tonton...saja usik dia, kalau kita tak pergi jatuh berdosa ke? Dia jawab, tak dosa tapi kita semua rugi la...pulak dah!

Kalau tanya Kak Aya, seronok ke menonton filem ni? Pada Kak Aya, filem ni biasa-biasa je, nasib baik la ada si SKODENG tu jadi pak lawak, boleh la gelak hilangkan rasa bosan ..bukan la bosan sebosannya tapi aksi je lebih, isinya tak ada apa pun sangat.

Dihujung cerita, apa yang kita boleh dapat adalah ianya mengenai DIAN, dia tak puas hati dengan ayah angkat dia..itu je la rasanya...mungkin Kak Aya tak begitu memahami apa yang nak disampaikan ..yang boleh kita ambik daripada filem ni, kasih sayang seorang adik terhadap kakak, adik sanggup buat apa saja..itu je .

Adanya Fazura dan Izara mungkin untuk menarik penonton ke panggung , tapi wataknya tak meninggalkan kesan pun di hati.

Boleh la bagi 3 bintang setengah..itu pun sebab si SKODENG tu..

Umar memang suka, dia cakap bagi 5 bintang.

Ada tak yang dah menonton , yang setuju dengan pendapat Kak Aya? Atau ada yang tak bersetuju?